Friday, March 28, 2014

cara mudah buat puree baby

Wrote by


Dah start semalam dengan post pasal blender. So next post kita cakap pasal solid food la ya.. sebab lepas update post blender. Ada orang request fa ajar cara buat puree untuk baby. Fa nih bukan pandai sangat pun... just share apa yang fa tahu and fa buat untuk baby isa. Ada orang prefer beli yang ready made puree yang dalam botol tu. Sebab senang kan. Bagi fa tak salah kalau mak-mak busy kan. Tak sempat. Tapi sebenarnya buat puree untuk baby nih senang and boleh simpan dalan freezer. Tahan 3 bulan ya macam kita simpan ebm. Kalau simpan peti ais bawah tahan dalam 3 hari... So rasanya tak ada alasan lagi mak-mak nak ngelat masak untuk anak..



Kalau tak ada masak buat banyak jenis puree and bekukan dalam feeezer.. bila nak guna cairkan dan panaskan ja.. dah boleh suap baby dengan makanan air tangan ibu kan.. fa dulu macam nak ja beli heinz dalam botol tu untuk isa. Yela dah nama untuk baby mesti selamat kan. Tapi bila baca group mom to be. Ramai yang tak kasi sebab ada pemanis and pengawet kan nak bagi tahan lama. So memang tak bagus la untuk baby.. fa pernah la sekali terbeli heinz botol tu untuk isa. Lepas tu dah tak beli. Fa buat sendiri puree untuk isa. Yola fa nak memang tak tahu masak. Setakat buat puree tu.. boleh la.. hehe. So mak-mak yang tak pandai masak jangan risau mudah sangat nak buat puree..



Mula-mula korang cuci dulu sayur or buah. Then buat kulit and potong. Lepas tu steam kan sayur or buah tadi dalam 15-30minit. Fa recommend korang steam atau kukus daripada rebus. Sebab kalau rebus, habis zat or vitamin dari sayur or buah keluar masuk dalam air rebusan. So korang steam atau rebus tau.lagi bagus. Kalau untuk ibu kesuntukan masa korang boleh steam semua jenis sayur or buah untuk bekalan beberapa minggu.






Dah settle steam buah or sayur tadi. Biarkan sejuk seketika. Then korang masukan ke dalam blender and tambah air sikit and blend sampai halus. Sebab kalau baby baru nak start makan nih. Sistem penghadaman diorang tak kuat lagi. So blend sampai halus tau. Macam isa dia suka puree cair. So fa lebihkan sikit air. Kalau baby korang suka yang pekat. Korangkurangkan air tau. Blend buah or sayur ikut jenis tau. Jangan campur semua sekali. Contoh blend carrot dulu. Pastu cuci blender tu, blend brokoli pulak dan seterusnya.






Settle blend, simpan puree dalam bekas untuk dibekukan. Macam fa nih guna baby cubes. Boleh beli dekat kedai baby. Jangan lupa label nama piree dan tarikh korang buat tau. Macam label ebm...Nanti baby nak makan keluarkan dari freezer dan panaskan. Then sedia untuk dimakan. nyum2... nyum...





p/s: kalau boleh elakkan la ready food dalam botol tu tau sebab banyak pengawet dan perasa. tapi kalau tak dapat elak..its ok mommy..tapi start bagi solid food masa baby 6 months above. kalau below tu consult dengan doktor dulu ya. 




3 love notes:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum fa, wahh thanks bagi tahu cara nak buat puree baby. boleh sheila refer sini balik nanti... singgah menabung ford untuk baby isa ~~~

Unknown said...

Nampak memyelerakan plak...

Rina Hamid said...

bestmye bila bby dah start makan. kena tgu helena 6 bulan bru nak buat. haishh lmbt btul lg 2 bulan. hehehe



 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com