Saturday, June 29, 2013

Nak free sample?

Wrote by




wah...free sample..wink*....siapa la tak suka barang free kan..fa dah dapat sample breast pad dari MAM nih dah lama...dalam sebulan lepas kot..sekarang baru teringat nak update sini...selalunya kita dapat free sample nih kalau beli something ke...dekat expo ka..kan...but korang boleh request free sample nih... melalui email sahaja..yang dah tau bagus la..if yang belum tahu...ha...yang nih good info untuk korang...after korang email...diorang akan reply minta detail untuk pengeposan...then dalam beberapa minggu...korang akan dapat sample tu...


sebenarnya banyak barang korang boleh request...disebabkan sekarang sibuk pasal baby..so korang boleh request barang baby and mama..macam breast pad, pampers, susu dan macam-macam lain.. then korang boleh try and nilai sendiri before beli barang tu banyak kan..nanti tak best..rugi pulak kalau beli banyak kan...


Breast Pad
MAM - email ke  hello@mymambaby.com

Diapers Free Sample
Huggies - http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx
Babylove - http://www.babylove.com.my/
Mamypoko - https://www.mamypokoclub.com/product/sample_request.php
Drypers - http://www.drypers.com.my/ms/Produk/permintaan-sampel/
Whoopee,email to: whoopee@peoplengrit.com
Sila sertakan maklumat berikut :
Name:
MyKad:
Address:
Mobile No:
Baby’s name:
Baby’s MyKid:
current diaper brand:
Request Sample size: (you are allowed to mix)


Sample Susu Percuma
Similac - http://www.abbottnutrition.com.my/node/29
Fernleaf (keluarga) - http://www.fernleafinstitute.com.my/BM/request-sample-KUAT.htm
Fernleaf (kanak-kanak) - http://www.fernleafinstitute.com.my/BM/request-sample-1-3.htm
S-26 - https://www.wyethnutrition.com.my/web/guest/our-products/free-samples
Dutch lady - http://www.smartmoments.com.my/momsclub/samplerequest
Friso - http://www.growinguptogether.com.my/members/login/register.html
Anmum - http://anmum.com/my/sample_request.aspx
Nestle Nan Grow - https://www.facebook.com/FirstSolidFoods/app_353743508012124
Dumex - http://www.dumex.com.my/login
Mead Johnson - http://www.meadjohnsonasia.com.my/sign-up.aspx?sampleReq=1
Isomil - http://www.abbottnutrition.com.my/member_features/mbr_sample_order.asp?type=1 (*kena register jadi member dulu baru boleh request free sample)





Friday, June 28, 2013

mandi wiladah selepas bersalin

Wrote by


Allhamdulillah today genap 37 weeks preggy...baby dah boleh keluar bila-bila masa...when? Only Allah knows..so doakan kami ya..bab bersalin preparation baby and mama allhamdulillah complete.. ada la sikit barang..tapi tak penting pun...nak bersalin nih..kita perlu la tahu mandi-mandi wajib selepas bersalin kan.... mesti ramai yang anggap mandi wajib sekali ja..lepas kering nifas kan..?...


sebenarnya kita selepas bersalin perlu mandi wiladah....Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak...manakala mandi nifas ialah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis)tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksimaialah 60 hari.Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itumandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.


Niat mandi wiladah : Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala


 Mandi Wiladah dan nifas
 
Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing

sumber dari : http://halaqah.net 
 
 


Thursday, June 27, 2013

Penting ke perut BESAR atau KECIL masa preggy?

Wrote by


penting ke perut besar atau kecik time preggy nih? bagi fa tak penting sangat as long as baby dekat dalam membesar dengan sihat...perut fa dikategorikan kecik jugak la time pregnant...kalau dalam gambar tengok macam besar..tapi hakikatnya tak besar sangat pun....


hari tu masa ada check up dekat kkia...masa 8 months plus kot..tak ingat dah..menunggu turn ambil bp... ada sorang kakak nih tegur fa..dah berapa bulan adik pregnant...dengan pantas fa jawab la dah 8 bulan kak... eh kecik ja perut tak macam 8 bulan..dah dekat nak bersalin kan..fa jawab maybe anak first kot sambil sengih je dekat akak tu...yes memang dari awal preggy fa perasan perut fa tak besar...awal dulu macam tak nampak pun...start la risau eh ok ke baby dekat dalam..membesar dengan okey ke...sebab perut tak nampak kan...sampai ada sekali check up...fa tanya doktor..kenapa perut saya tak nampak lagi..doktor cakap biasa la..anak first...perut tak besar sangat...sebab tak ada ruang baby lagi kan.. masa tu terus lega... 


tapi jeles tengok preggy mommies lain perut besar ja...macam comel ja tengok...now fa dah tak risau...sebab setiap kali check up baby and scan..doktor cakap berat and saiz baby okey...tak kecil tak besar...saiz and berat baby mengikut minggu sepatutnya..Allhamdulillah...so preggy mommies yang mengalami perut kecil ja masa preggy...jangan risau as long as baby sihat and membesar dengan okey... perut kecil or besar tak ada kena mengena dengan baby dekat dalam tau..


preggy mommies lain selalu juga bercerita dengan fa perut diorang kecik ja orang tegur...fa selalu la nasihat its ok perut kecik asalkan baby ok kan...best perut kecik tak besar sangat tak membazir la duit perlu beli maternity blouse ke....just beli pants ja...kalau yang boleh muat lagi pants before preggy lagi untung... and tak perlu la berat-berat sangat bawak perut kan...abaikan ja mulut orang..asalkan both mama and baby sihat kan..


masa nih fa dah preggy tapi tak tahu lagi preggy..maybe dalam beberapa weeks




15 weeks preggy (3 bulan)




18 weeks preggy (4bulan)



 

21 weeks preggy (5 bulan)




24 weeks preggy (6 bulan)




30 weeks preggy ( 7 bulan)




35 weeks preggy (8 bulan)



36 weeks preggy (9 bulan)


esok fa genap 37 weeks...kalau ikutkan..37 weeks baby dah considered full term....so baby dah boleh keluar bila-bila masa...so masanya tiba untuk menunggu hari...doakan both of us ya blog readers...




nih fa letak sikit table anggaran berat baby dengan weeks kandungan....



Wednesday, June 26, 2013

baby care pilihan

Wrote by




lamanya nak update pasal baby care product yang fa pilih for my baby....masa dulu memang tercari-cari nak beli product apa...sebab banyak sangat suruh go for organic products kan...sebab bagus for baby... pastu bila organic product pulak..brands apa yang okey..sebab banyak sangat brand dekat pasaran kan... last fa decided beli brand BUDS....sebab banyak positive feedback...and harga pun affordable la... disebabkan BUDS nih tak ada baby powder...so fa beli baby powder and baby oil pigeon..kenapa pigeon? pigeon bukan organik kan?? sila baca sampai habis ye...




 fa beli yang travel set dulu BUDS nih...tak berani nak beli yang besar-besar...try dulu dekat baby... kalau baby okey..so lepas nih kita beli yang botl besar pulak ya....dalam travel set nih ada infant head to toe clenser, nappy time change cream and infant cream.....harga dalam RM39.90...tapi fa beli dekat bebe totz...so ada less...tak ingat berapa..15% kot...




 

 pastu fa tercari-cari baby powder and baby oil yang selamat untuk baby..last terbaca banyak blog mom to be review pasal brand pegion sakura nih....sesuai untuk sensitif skin...dan paling penting Free from harsh chemicals, it does not contain paraben, sulphates and coloring agents.  It uses natural ingredients such as our signature Sakura extract, renowned for its moisturizing and anti-inflammatory properties.  So mild and gentle, it is proven safe on baby's sensitive skin. so memang bagus la kan...bagus or tak for my baby.. nanti lepas guna untuk si kecik fa akan review lagi...


so mommies sekalian..tolong la periksa dulu any products kalau nak beli..especially for baby...

Apa itu PARABEN???
Paraben adalah sejenis bahan sintetik pengawet yang digunakan dalam makanan, farmaseutikal, kosmetik dan produk penjagaan peribadi seperti deodorant, pembersih muka, gel mandian, pelembab dan syampu. Paraben membantu produk-produk tersebut tahan lama; tetapi, paraben boleh memasuki sistem badan kita melalui kulit apabila kita menggunakan produk tersebut.
Kesan pada bayi?
Baligh Lebih Awal. (Early Puberty)
Kebolehan paraben meniru hormon lain menyukarkan sistem endokrin berfungsi sempurna.


Maka akan menyebabkan kanak-kanak perempuan boleh baligh lebih awal contohnya seawal lapan tahun. Para pengkaji paraben mendapati bahawa, pembesaran buah zakar dan buah dada kepada kanak-kanak lelaki juga boleh berpunca daripada paraben.






Friday, June 21, 2013

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN

Wrote by


 post nih dah lama ada dalam draft blog fa....fa copy dari facebook...terus simpan dalam draft.... so now fa dah 36 weeks bersamaan 9 bulan...so dah makin dekat nak deliver... fa share la dekat sini cara meneran..so senang untuk rujukan fa and mom to be jugak bila tiba masanya nanti...


CARA MENERAN SEMASA BERSALIN

1. angkat kepala dagu cecah dada.

2. mata pandang perut

3. tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)

4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat

5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6.tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax...

7. baca bismilah, selawat

8. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat) 







Thursday, June 20, 2013

Nursing cover / nursing apron murah and cantik

Wrote by




apakah itu??? jeng-jeng...haha... hub tengok dia cakap shawl...amboi hub mentang la wife kamu nih suka shawl...ini bukan shawl ye darlings semua....ini adalah pouch berisi nursing cover....punya la semangat nak bf mebuak-buak..siap order nursing cover dah kan...orang cakap berguna juga masa dalam wad lepas bersalin nanti...mana nak tahu kan...tengah bf baby pastu ada orang datang melawat...so nursing cover la penyelamat keadaan..itu la penyebab utama fa beli awal-awal...


sebab lain adalah fa terjumpa nursing cover murah and siap ada pouch matching dengan nursing cover...so senang nak simpan dalam handbag and bersih kan sebab boleh simpan dalam beg kecil tu...harga just RM35... murah kan? dah la cantik...ada pouch lagi..kain tak panas....so tak rugi la beli...fa beli dengan SARANGCRAFT....cepat terjah fb..abby nih buat upon order...so korang order baru dia buatkan... ambil masa dalam one week ja...kain semua dia provide..just korang pilih design...bawah nih fa letak sikit ya..mana tau korang berkenan...
















all pic credit : SARANGCRAFT

ada 9 design untuk korang pilih...cepat order dengan abby SARANGCRAFT ya....fa akan review lagi lepas gunakan untuk bf baby nanti...to mommy semua sekarang tak ada alasan susah untuk bf baby lagi dekat luar kan....menutup aurat lagi...dekat mana-mana boleh bf baby..




nih la cara penggunaan nursing cover or nursing apron....mudah kan kalau nak bf baby masa dekat luar...




Tuesday, June 18, 2013

8 bulan mengandung still boleh naik flight

Wrote by


Korang mesti dah tengok teaser picture surat doktor dalam entry lepas...ENTRY INI... hari tu ayah fa dekat kedah ada call suruh fa balik untuk settle sikit urusan yang memerlukan fa ada dekat sana...then bila discuss dengan hub...hub cakap nak balik dengan kereta or flight..masa tu kalau boleh memang nak naik flight.. sebab kejap kan...then terpikir pulak diambang preggy 34 weeks...boleh lagi ka dengan pressure dekat atas lagi...so hub cakap balik dengan kereta ja..so fa ok ja...


then bila godek website MAS & AIR ASIA...baca dekat syarat for expectant mothers...wah..boleh lagi nih naik/...pastu tiket flight pun tengah murah..terus discuss lagi dengan hub..and hub cakap naik flight la..kesian dekat fa nak naik kereta lama pulak nanti...










 


if pregnant 28 weeks above...kena provide surat dari doktor..so fa dekat hubs pergi klinik and tunjuk buku merah preggy mommy tu...then doktor buatkan surat..before tu doktor akan tanya keadaan kita okey ke tak...untuk air asia dibenarkan sampai 35 weeks...and untuk mas sampai 36 weeks kalau dalam negara and 35 weeks kalau international flight....





Allhamdulillah masa naik flight tu..fa tak ada rasa apa-apa..baby pun macam biasa aktif ja..sebelum naik atas flight..sampai dah landed pun aktif ja dia...fa tak ada rasa lain la..fa pergi dan balik dengan flight... so far tak ada apa-apa rasa la...semalam ada check up pun..Allhamdulillah baby sihat..mama dia pun sihat... air ketuban semua okey..syukur...fa nasihatkan kalau yang nak naik flight tu...pastikan kita fit untuk naik.. sebab badan kita..mesti kita rasa kan..setiap orang lain-lain...paling penting minta nasihat doktor dulu...


ini kes naik flight dikala hujung pregnancy...kalau yang awal-awal tu..macam beberapa minggu tu...setengah orang cakap bahaya sebab awal lagi kan..takut ada risiko keguguran....fa pernah naik flight masa nak pergi krabi bulan december tu..masa tu fa baru 11 weeks kot..allhamdulillah okey..kalau awal pregnant nih tak perlu surat doktor..apa pun kita tawakal kepada Allah..Insyallah semuanya selamat...


masa pergi tu fa tak isi apa-apa form..maybe pekerja mas tu tak perasan fa preggy...sebab perut fa tak besar sangat...maybe dia ingat tak sampai 28 weeks lagi kot..haha..tapi masa balik dekat air port alor setar..fa kena isi form pregnant mom...then korang free to fly...tapi masa fly nanti jangan lupa bawak buku pink.. in case ada apa-apa masalah..so buku pink ibu mengandung sentiasa ada sebagai rujukan..




Friday, June 7, 2013

8 bulan mama & baby

Wrote by


Allhamdulillah today genap 34 weeks preggy....lagi 6 minggu atau kurang atau lebih untuk jumpa my baby N...klau ikut my EDD insyallah 42 days to go....hopefully my baby keluar dengan mudah dan both of us selamat....cuak??? of course pada tahap sekarang dah terasa kecuakan tu...sebab tak tahu rasanya macam mana kan..tu yang fa macam cuak sikit...first pengalaman kan...tapi kalau tak ada yang first tak ada la second third experience kan...so hopefully semuanya baik-baik aja...allhamdulillah 34 minggu dengan si kecik dalam perut..usung kesana-sini...Allah permudahkan perjalanan preggy fa tanpa masalah... Allhamdulillah... orang cakap kalau preggy senang..beranak susah...tapi bagi fa tu semua ketentuan ilahi kan... dia yang tentukan susah atau senangnya...kalau sakit anggap ja 'NO PAIN, NO GAIN'...


sekarang fa ada terasa sikit loya-loya....tapi tak la selalu...kekadang ja..ikut time dia la nak datang... kalau time perut kosong atau memang kelaparan sangat..datang la loya...biasa la tu angin kan... and sekarang bertambah mengidam teh ais...tak tahu la napa...kalau dapat teh ais tu memang heaven sangat... risau jugak sebab tak elok kan minum teh ais selalu..tapi itu la yang jadi idaman...nak buat macam mana kan...and now dah kerap jugak minum air kelapa...hubs siap belikan beberapa biji kelapa muda untuk jadikan stock untuk fa...biasa la kl kan susah sikit nak dapat..kalau dekat kampung terasa nak minum..boleh kait ja belakang rumah....bab kenapa minum air kelapa nih..next entry kita bercerita panjang lebar ya...


preparation untuk mama & baby almost complete..ada la sikit-sikit lagi...insyallah cuba settle sebelum masuk 9 bulan...sebab sekarang jalan lama sikit kaki akan bengkak and sakit pinggang...kalau tido malam memang kena berusaha sikit la cari posisi yang selesa....kalau mengiring kiri atau kanan terasa la si kecik dalam perut tolak-tolak macam tertindih pulak dia...siannya anak mama...kalau tido menelentang..mesti susah nafas..so kena half menelentang half mengiring...korang bayang la sendiri ya...


baby pulak makin-makin la aktif dalam perut...kalau fa usap perut..start la dia gerak-gerak...sampai berombak perut..mesti tersengih ja tengok..kadang dapat rasa kaki dengan tangan baby terbonjol keluar... so fa cepat-cepat la pegang..alahai kecik comel ja rasa..geram nak gigit kaki dengan tangan tu...doakan kami berdua sihat and selamat sampai deliver nanti ya...






Thursday, June 6, 2013

set tilam untuk baby

Wrote by


persiapan barang baby N and mama dah kira 95% siap la..nih yang fa plan nak disediakan before bersalin... barang lepas bersalin pikir kemudian la ya....selalunya bab sediakan barang baby nih mama ja yang excited terlebih..kaum bapak-bapak nih relax sikit...kalau mama-mama nih excited survey barang...buat checklist... beli-beli..risau kalau barang baby tak cukup..betul tak??? tambah first baby..keterujaan tu berganda kan...


barang baby yang fa pikir lama jugak nak dibeli adalah set tilam untuk baby...baby kan kuat tido..so harus la sediakan set tilam..sekarang nih famous set tilam kekabu kan....fa pun masa mula tu pikir nak beli set tilam kekabu...pastu bila berpikir panjang..set tilam kekabu nih memang best dah empuk..tapi agak tebal kan.. pikir la nanti baby dh boleh meniarap dan gerak takut jatuh pulak..haha...pikir panjang kan mama baby nih...
so last sekali terbekanan dengan quilt set...dah la corak semua memang geram-geram comel....tak percaya?? tengok nih..nih sikit ja fa letak..















haaaaaaaa....comel kan...tula banyak lagi corak yang available comel-comel..so bila dah tengok corak comel nih..apa lagi fa terus order...and banyak jugak fa survey dekat fb...fb amirah collection nih antara yang murah... so fa pun order la....




disebabkan bakal dapat hero..insyallah..so fa pilih design pun hero-hero punya design..banyak lagi design cantik..tapi fa terbekenan yang nih...and parcel pun dah sampai...kalau la yang keluar girl nanti..mama pasrah ja ..hehehe...tak sabar nak letak baby N atas nih nanti... quilt set nih boleh pakai lama..nanti baby N dah besar sikit pun still boleh tido atas nih.. kalau tilam kekabu or tilam baby kan macam kecil and sesuai untuk time baby tu kecil ja kan....so quilt set nih rasa berbaloi kot.. lagipun fabric dari designer cotton..so mommies? mana anda suka? kalau suka set tilam kekabu pun ok ja..depends la pada kemahuan sendiri kan... bagi fa..fa memang suka sangat quilt set nih..kalau nak tau price korang boleh pm owner Nur najwa amirah... dia juga jual set tilam kekabu...








Wednesday, June 5, 2013

MASSAGE UNTUK PREGGY MOMMIES & PERINEAL MASSAGE

Wrote by



apakah itu?? of course dikalangan mom to be or mommies semua dah familiar kan dengan virgin coconut oil or VCO nih....sebab banyak kebaikan yang penting natural product kan....VCO tanamera nih antara brand yang terfamous kot...rasa fa la...allhamdulillah barang berpatang fa dah complete...dulu berangan nak beli full set tanamera...tapi bila pikir balik...fa beli loose items and mix dengan brand lain..kenapa? bab barang berpantang nih lain entry la ya....sebab kali nih nak bercerita pasal perineal massage...


before bercerita pasal perineal massage nih..nak selit sikit pasal massage untuk preggy mommy.. ada yang cakap boleh ada yang cakap tak...hari tu fa tertengok wanita hari nih...doktor tu cakap boleh kalau preggy mommies nak massage time pregnant...at least boleh mengurangkan dan melegakan sakit-sakit pinggang, belakang or lenguh badan kan...at the same time baby pun akan rasa relax...tapi a BIG NO untuk massage bahagian perut tu la....masa fa masuk 7 bulan hari tu...fa dimassage atau melayunya diurut oleh nenek sedara hubs...nenek sedara hubs nih selalu urut orang bersalin..so dia urutkan fa masa fa preggy 7 months... fa cakap la yang fa sakit pinggang and pinggul... dia cakap normal sebab time preggy nih urat kita mengembang... tu yang sakit...lepas urut tu rasa okey sikit.....but sekarang maybe baby dah besar kan..so rasa la balik sakit tu...selalunya sakit pinggang ka belakang time preggy nih hanya akan hilang lepas baby keluar...itu la dugaan preggy mommies...tapi ingat yang pahala sangat banyak time preggy nih... semua sakit akan hilang lepas dapat tengok, dukung, peluk si kecik nanti...


berbalik kepada perineal massage...apa kebenda la perineal massage nih..untuk ayat yang lebih mudah dan senang difahami ialah urutan pada bahagian ehem ehem tu...untuk elakan koyakan bahagian perenium tu...lagi-lagi first baby kan..so kita berusaha la buat perineal massage nih sekarang...at least kita berusaha.. kalau koyakan banyak pun kita tak menyesal sebab kita dah cuba buat...yang tu ketentuan ilahi kan...  anggap ja bukan rezeki kita kan...






Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?
* Lakukan "Perineal Massage"
* Menggunakan 1 atau 2 jari
* Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.

Bolehkah suami mendorong?

Sudah tentu!

Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?

* Tidak ada.
* Senang dilakukan.
* Tidak menyakitkan.
* Tidak perlu bayaran.
 
Cara-cara
1. Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
2. Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly. (Fa pilih minyak vco tanamera)
3. Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
4. Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
5. Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
6. Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.


"Perineal massage is vitally important to the success of your hypno birth... The massage should be done EVERYDAY for at least five minutes."


sini fa letak sikit video untuk korang lebih memahami parineal massage nih.... fa dah nak masuk 34 weeks... hopefully semangat dan ada kerajinan la nak buat....tak boleh malas-malas...koyakan dan jahitan masa beranak nanti lagi menyeramkan...better kita prepare awal-awal supaya dipermudahkan...






Tuesday, June 4, 2013

Misi mendobi baju baby selesai

Wrote by


hari tu bila buka instagram mom to be semua dah excited mendobi baju baby...fa pun gelabah la...apa satu pun tak cuci lagi..buat si kecik nih nak tengok dunia awal...kan masalah namanya tu...so pikir decide 32 weeks preggy dah start cuci...yessss....fa masuk 32 weeks preggy masa jumaat cuti hari wesak... so terus pagi-pagi rendam baju si kecik tu dalam baldi dan dalam batah tab baby sekali..sebab dekat rumah fa tak banyak baldi..so terpaksa pinjam bath tab baby....




fa guna sabun Pureen A-B-D powder and liquid..kenapa sampai dua jenis sabun fa pakai??? sabar-sabar... disebabkan baju and barang baby banyak nak kena cuci and tak muat ampaian..so fa buat 3 trip cuci baju and lampin si kecik....first trip cuci baju baby sahaja...yang nih al maklumlah first trip keterujaan menggunung bagaikan gunung kinabalu gitu..so fa cuci tangan ja baju-baju si kecik....fa guna yang sabun Pureen A-B-D powder...mak aih..bau wangi macam baby...fa rendam dengan sabun powder nih...




nih ha baju si kecik yang fa semnagat cuci tangan...cuci boleh tahan lagi..nak menyidai satu-satu..fuhh.. berpeluh jugak la...sebab kecik-kecik kan...




second trip fa cuci segala cadar, towel and bedung sikit and half mittens & booties...ada terlepas jugak sehelai baju baby tu terlupa cuci masa first trip...trip nih fa cuci guna washing machine ja..sebab malas dah kan..and towel semua tu kan tebal..so tak larat fa nak memerah nanti....yang nih fa guna sabun yang liquid tu..still wangi jugak..tapi fa rasa yang powder tu lagi wangi dari yang liquid nih....




last trip adalah mencuci napkin, mittens & booties, socks, barut and bibs baby...fuhh nih lagi mencabar mau sidai socks yang kecik-kecik tu...finally siap mendobi barang si kecik....trip nih pun fa guna washing machine ja...dah malas mencuci guna tangan dah...yang mittens and booties  pastu yang kecik-kecik semua fa masukkan dalam net bag tu dulu..baru masukkan dalam washing machine...


nasib la fa buat 3 trip cuci..so tiap kali melipat tak la terasa banyak sangat...al maklumlah barang baby kecik-kecik ni agak banyak....bila pulak nak datang mood nak mengemas hospital bag ya...??mom to be yang lain dah mengemas ke?






 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com