Monday, April 29, 2013

barang baik CEPAT GRAB

Wrote by





new items dekat page fanpage Lil'Qarmaa





cara hilangkan hitam pada pelipat ketika mengandung

Wrote by


today fa nak share something yang fa rasa amat berguna untuk mommies yang tengah preggy...tapi kepada yang tak preggy belum berkahwin pun boleh ja...sesuai untuk semua...time preggy kalau perasan dekat bahagian pelipat dekat badan nih akan gelap kan..macam berdaki....nih kan sebab hormon badan preggy mommies tengah berubah...oh my..mesti risau kan takut tak hilang kesan hitam nih...fa pun tak terkecuali... terus try satu sabun nih...


so far fa baru pakai beberapa hari...tak nampak lagi la perubahan kurang kesan gelap dekat pelipat tu...tapi fa dah notice yang dekat area siku and lutut fa yang selalu kering tu..dah tak kering dan mengelupas...sebab sabun nih melembabkan kulit... fa pernah cerita kan..hari tu bagaian leher jadi merah-merah sebab orang cakap alahan mengandung kan.. pastu naik dekat pelipat tangan pulak baru nih..memang gatal la...biasa la bila gatal cepat ja tangan mengaru dan meninggalkan parut...tapi memang miracle la..lepas guna sabun nih..terus tak gatal parut pun hilang even baru guna beberapa hari....


lepas guna and nampak perubahan dekat diri sendiri tu yang fa share dekat sini..sebab ramai preggy mommies or tak preggy mengalami masalah kulit kan...sebab banyak sangat product just focus untuk kecantikan kulit muka ja kan...sabun nih pun korang boleh guna untuk muka and satu badan... fa potong dua sabun nih...nak jimat la katakan..hehe..lagipun sayang takut habis nanti...banyak pulak fa review...tapi tak bagitau sabun apa kan...



nih la sabun tu...MARINE ESSENSE BEAUTY BAR...color pun comel kan....sabun nih berasaskan garam buluh...so memang natural product ya..so selamat digunakan even tengah preggy..untuk anak yang ada ezcema pun sesuai guna sabun nih..


Antara kelebihan ni :
- Mencerahkan kulit bahagian badan yang gelap - leher, ketiak, lutut, celah peha, etc
- Mengurangkan masalah eczema dan kulit sensitif
- Melembutkan kulit kering
- Menghilangkan jeragat dan kesan parut jerawat
- Merawat masalah bau badan


kalau korang berminat and nak order boleh whatsapp/sms shj fa 0149301585 atau email ke lil.qarmaa@gmail.com




Friday, April 26, 2013

7 bulan mama & baby

Wrote by




Allhamdulillah today genap 28 minggu preggy...maksudnya dah 7 bulan dan dah masuk 3rd trimester... setengah org catrimester terakhir...nervous pulak sebab dah masuk last trimester kan...hopefully baby tunggu cukup bulan baru kuar..ameen....sekarang mama tak ready and kamu pun tak mature lagi dekat dalam tu...so bagi kamu complete dulu...dah ready semua baru keluar ya sayang...kan baby nak keluar bulan Ramadhan...bulan mulia kan sayang...so happy tendang-tendang, mengeliat dulu dalam tummy mama ya...


Allhamdulillah selama preggy 28 minggu nih Allah permudahkan untuk fa...tak ada sebarang masalah sangat preggy...syukur...hopefully Allah permudahkan sampai bersalin nanti..ameen...biasa la yang sakit pinggang and belakang tu..tu perkara normal preggy mommies kan...sekarang baru terasa cramp betis time tido.. kalau fa mengeliat time tido..kekadang cramp la sikit.gosok-gosok sikit hilang la..so far baru jadi 2 kali... ada sekali fa sapu yoko yoko dekat betis pagi tu..hilang terus...


baby sekarang pun makin aktif...tambah kalau fa terletak tangan dekat perut ke..mesti dia macam menolak... ganggu ruang dia kot...sorry baby...mama tumpang kejap je...kalau mengiring lagi la dia menolak... hehe.. sempit kot time mengiring....kadang rasa dia macam mengeletek mama ja..kadang mesti tergelak sorang sebab geli...heheh...geramnya dengan dia...siap la kamu keluar nanti...=)


this month punya check up kena minum air gula sebab arwah mama fa dulu ada diabetis..so anak kena minum takut faktor keturunan fa ada kencing manis kan..hopefully fa ok la minum air gula nanti...hehe





NAMA YANG DILARANG DLM ISLAM

Wrote by


time sekarang nih fa tengah start mencari nama for mamy baby N...sebab confirm yang depan perlu letak N nak sama dengan papa dia kan...so info nih fa terjumpa dekat fb ramai share...so fa rasa better fa share dekat sini sebab ramai mom to be yang baca blog fa...so nih sebagai info untuk kita bersama...take note ye mommy and daddy sekalian...


Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;

1. Balqis – ketua jin

2. Qistina/Kistina – penghulu jin

3. Najwa – bisikan

4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

5. Haikal/Haiqal – tengkorak

6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

________________________________________________________________

[Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam]

Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:

A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan
Asiah Wanita yang derhaka
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina
B
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar
D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah
F
Faji’ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah
G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan
J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan
K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa
L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk
M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan
N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami
Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan
R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi’ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina
S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani’ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun
T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua
W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh
Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa
Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh



Video ulasan dari Ustaz Sharhan.




Thursday, April 25, 2013

yeayy..dah dapat baby

Wrote by


Allhamdulillah my biras aka kakak ipar hubs dah selamat melahirkan baby boy seberat 3.97kg secara normal ahad lepas...fuhh..besar kan baby...salute la kak nurus bersalin normal dengan baby yang besar....terus fa pulak rasa nervous...fa banyak tanya pasal preggy and bersalin dekat my biras nih..sebab nih baby second dia kan..so banyak la bertanyakan pengalaman dia preggy and bersalin dulu...kitaorang tau kak nurus nih preggy time reception fa dekat kl..now dah keluar dah si kecik yang bam bam nih....




nih la saya baru beberapa jam selepas dilahirkan...nak tunggu baby mommy fa pulak sebab nanti kitaorang kan bff....




sekarang saya dah ada nama...NIK UMAR NAIM...


alahai mommy fa geram la dengan kamu sayang...hari-hari pergi cium kamu kan...sebab tak puas sangat bau baby yang wangi..plus muka baby yang suci bersih..pipi gebu selembut sutera....menenangkan betul... sekarang fa pulak nervous menunggu my turn...hopefully semuanya dipermudahkan dan selamat...ameen...




Wednesday, April 24, 2013

#4 barang untuk baby 'N' dari PUREEN CLEARANCE

Wrote by


today baru berkesempatan nak update pasal PUREEN CLEARANCE  weekend lepas kan.. fa dgn hubs pergi hari sabtu....plan memang nak pergi awal...al maklumlah hujung minggu confirm terbabas sikit bangun.. lagipun malam sebelum tu hubs bz buat project final dia..so kesian pulak nak kejut awal sangat.... kitaorang sampai around 11am macam tu..nih first time fa pergi clearance pureen nih..tapi dah baca blog mommy review pasal pureen clearance nih..so ada dah terbayang di tempat kejadian kan...depan-depan tu of course la jem sikit...kitaorang park dekat bangunan apa tah..RM3 ja per entry...so jalan kaki..tapi tak la jauh mana pun...masa jalan tu terserempah dengan IRINE...dia dah nak balik..awal ye Irine datang memborong...


tips nak pergi nih perlu terjah tempat baju dekat belakang..baru tempat sabun-sabun tu...tapi dah rasa kitaorang nih lambat..confirm baju pun dah dirembat mak-mak kan dah berehat ditepi memilih...so kitaorang grab je dulu sabun-sabun...


 

fa beli disposable nursing pads, detergen ABD liquid and powder, liquid cleanser adn baby wipes....yes baby expo sebelum nih di ENTRY INI dan INI fa dah grab sabun and baby wipes..nih saja tambahkan stock.. lagipun agak murah kan..so apa salahnya buat stock...pastu fa beli pureen streatch mark lotion brand PUREEN...before nih kan fa pakai brand cocoa butter di ENTRY INI...nih saja ja nak try sebab yang cocoa butter tu dah nak habis...dalam kotak tu dapat free cotton buds..then hubs pilih milk powder dispenser, teehther and bottle brush brand disney....pastu masa depan bakul bottle brush pureen nih..ada akak nih cakap dia lagi suka brush yang macam panjang nih...lagi senang dari bulat...so fa yang tak tahu mana bagus..ambil ja bottle brush brand pureen tu jugak..beli sikat rambut jugak sebab tak beli lagi kan..



 
 dah settle grab barang sabun semua tu..so kitaorang terus ke bahagian belakang..bahagian baju-baju....aim memang nak beli baju dekat sini buat basahan baby dekat rumah nanti...sampai-sampai mak ai...kosong offer bins tu...penuh la mak-mak dekat tepi tu memilih...so fa suruh hubs pegangkan bakul and fa pergi menyelit antara orang nak grab baju yanga da sikit-sikit lagi...kalau ada bakul susahnya nak menyelit kan.. dapat la dalam 10 pasang baju..tapi ada gak dua tiga helai tak ada seluar..tak apa la baby..nanti mama belikan seluar ye dekat mana-mana...tak pun mix je yang ada...fa ambil blanket and pillow and bolster.. cari yang siap bedding set..dah habis kot...so beli sapu tangan, towel, mittens and booties, bibs baby....


nih ja yang fa sempat beli hari tu...sebab ramai sangat orang...kepanasan dan kelaparan pulak.. so settle membeli ingat nak pergi pigeon sale pulak..tapi dah kelaparan...so fa ajak hubs pergi makan..ibu-ibu mengandung nih tak dapat menahan kelaparan..kalau lapar kena terus makan..kalau tak..tak senang duduk la... so kitaorang melepak dekat sunway pyramid makan lunch dekat situ...so lepas tu...macam rasa tak puas ja shopping untuk baby...terjah jusco sunway pyramid pulak membeli lagi baju baby...sebab geram tadi tak dapat grab banyak baju baby kan...




dekat jusco grab lagi 7 helai baju untuk baby..yeay..finally dapat baju lubang-lubang yang ada color.. kalau tak jumpa putih ja...sekarang terasa risau sebab fa banyak beli baju baby saiz 3-6 bulan la..9-12 bulan la... untuk newborn sikit ja...sebab baca blog mommies cakap baby cepat besar..saiz nb kejap ja pakai...kesian pulak baby awal-awal dah baju besar...tak apa ke ye mommies?






Friday, April 19, 2013

amalan ketika preggy

Wrote by



kepada preggy mommies...time preggy nih jangan lupa surah amalan setiap hari...selalu baca AL-Quran... so far fa jumpa dua buku nih yang complete sangat....satu Yasin ibu hamil...dalam nih complete dengan surah Yusuf, Surah Maryam, Surah luqman...doa untuk keselamatan kandungan sampai la doa setelah memebri nama untuk baby....doa untuk anak...bagus kan buku nih...complete....fa beli yang nih dekat MPH... murah ja dalam RM7....siap setiap ayat ada terjemahan...bagus kan...


yang wirid untuk wanita hamil boleh diamalkan selepas solat..ada doa untuk baby dalam kandungan jugak..kecik dan mudah sangat korang nak bawa kemana-mana...yang nih fa beli dekat popular...murah ja RM3....fa rasa berbaloi ada both nih...menjadi amalan harian....


sebelum tido fa akan sedekahkan Al-Fatihah and ayat Qursi dan 3 Qul untuk baby...dari dalam perut lagi..mommies boleh mendidik anak...insyallah anak akan dengar masa kita mengaji.....moga baby N menjadi anak yang soleh ya sayang...ameen....



Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan
Surah Maryam
Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
Surah Luqman
Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa
Surah Yusuf
Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak
Surah Hujurat
Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yasin
Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
Surah At-Taubah
Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat
Surah An-Nahl
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin


WAREHOUSE SALE untuk barang baby APRIL

Wrote by


WAREHOUSE SALE untuk weekends nih...ada 2 ya....ramai yang tau pureen clearance promotion ja... pigeon pun ada..jom sesama kita terjah esok dan lusa mommies..













Friday, April 12, 2013

breastpump pilihan fa

Wrote by


akhirnya my breastpump yang diorder online dah sampai...before beli nih fa as usual la akan google dulu..baca membaca dulu....ramai suggest guna brand medela nih....so fa pun dengan 0 info pasal breastpump nih..start la mengoogle...rupanya medela nih ada banyak jenis..and banyak harga..oh my sampai beribu riban harga breastpump...terduduk mak....terus la cari yang murahan dulu...pastu terbaca medela ada brand medela harmony....price dalam RM200 lebih..not bad jugak...so tetiba one day baca blog mommy shakina farhan...dia ada medela harmony and medela harmony sealed...dia lagi suka medela harmony sealed atau MHS....and MHS nih lagi murah dari MH....owh my..terus pm dia lelaju nak order..sebab MHS nih pre-order...


hajat di hati mahu medela freestyle macam dynas pakai tu...ramai cakap okey sangat dan mudah sebab pump elektrik....tapi mak aii...sampai RM1000 lebih....owh..kalau nanti ada rezeki lebih for baby insyallah mama beli...tapi tak dapat freestyle dapat medela swing pun okey...medela swing pun elektrik jugak.. best jugak....tapi MHS yang fa beli tu manual...so bekerja keras la mama nanti nak mengepam..demi hak kamu baby...mama sanggup okey...




nih la mhs yang fa beli tu..dalam sterile pack ye...even korang rasa tak penting pun nak mengepam susu time pantang..yela nanti kan 24 jam masa free masa pantang...boleh direct feed je baby...tapi ianya penting jugak breastpump nih...yela time tengah bengkak susu...sangat berguna okey breastpump...boleh pam untuk keluarkan susu..mana tau time tengah bengkak susu..baby kenyang lagi ka..tak nak menyusu.. pastu korang boleh pam susu buat stock..so time mengurut ka..boleh bagi susu yang korang dah pam dekat baby... kalau nak susu banyak mommies kena rajin buat power pumping..tu dari pembacaan fa la...so berguna sangat breastpump if korang plan nak susukan baby...


kalau korang duit melimpah ruah boleh la beli yang freestyle tu...memang sangat berguna..tapi depends la..banyak jugak brand breastpump nih..avent, spectra, tommee tippie...macam-macam la..depends kepada poket ye mommies...buat permulaan nih kita try MHS dulu..ada rezeki lebih..nanti kita plan lain pulak ye... fa beli MHS nih dekat THESHOP-A-BLOG...price RM135...murah kan...hopefully fa selesa dengan MHS nih.. and susu melimpah ruah nanti..ameen..hopefully banyak la stock untuk si kecik nanti..




Wednesday, April 10, 2013

Botol susu mana bagus?

Wrote by


sekarang nih dah macam-macam brand botol susu kan....sampai fa pun blur tak tahu nak pilih mana..but now dah decide dah dengan bantuan hubs untuk beli botol susu si kecik nanti...kitaorang ingat nak beli tommee tippee kot untuk si kecik...lepas baca review orang...banyak yang cakap okey kan...ingat nak beli masa expo maternity and child lepas....tapi tak buka pulak booth tomee tippee..meh tengok brand apa yang ada...tapi fa tak masukan semua la...kalau semua brand nak masuk sini..naknya entry nih sampai esok pun tak siap...



 dulu sebelum ada baby..memang selalu tertengok-tengok la brand avent nih..sebab banyak anak cousin fa yang pakai..sampai fa terpengaruh untuk beli avent kalau ada baby...rasa macam avent nih bagus sangat kan...pastu bila baca blog mommy banyak lagi rupanya brand yang bagus untuk dijadikan pilihan...haha..betapa ceteknya ilmu sebelum nih....pastu sekarang bila tengok brand lain yang lagi comel bentukan..terus reject avent..hahaha..mementingkan rupa betul mama kan baby...tah-tah baby suka...adoi... tengok nanti..sebab tak cuba lagi kan..pastu orang cakap avent nih mahal sikit kan..ye tak?




pastu tersuka MAM....sebab anak buah pakai MAM nampak selesa dan comel ja... pastu pikir pulak kang balik rumah tokma & tokpa berkumpul nanti..tertukar pulak...sebab sama...pastu hubs cakap tak payah la MAM....











pastu hari tu pergi mothercare klcc..ternampak si comel weego...weego nih botol susu kaca.... mama dah terbekenan pulak sebab comel...pastu pikir kesian pulak baby sebab berat..and takut jatuh pecah..so ku matikan saja nih nak beli weego nih....so far mommies yang pakai ok tak? rasa macam nak guna masa baby dah besar nanti...sebab kalau botol biasa tu dalam 6 bulan dah kena tukar kan...kalau glass botol nih kau pakai ja sampai bila-bila..bila pecah ja tukar...



 

bottle bulat momma nih sungguh comel kan..macam bentul apple je...dal la mok mok...huih comel betul..  shape nih nak memudahkan tiny-tiny jari baby tu pegang dengan kemas...shape stimulates baby's fingers and hand movement..wow..menakjubkan bukan??





nih la bottle pujaan malaya mama and papa untuk baby...tapi tak beli-beli lagi..sabar ya...nanti mama beli untuk baby ye bottle demok-demok comel nih..


rasanya dulu parents tak ada la memilih sesangat kan pasal botol susu nih...sebab botol susu dulu plain ja..tak bercorak..bentuk pun sama ja....parents sekarang bukan main..nak beli botol susu anak pun siap study lagi...mana bagus ke tak...biasa la sekarang banyak sangat pilihan and kalau boleh mahu the best for their kids kan...




#3 barang untuk baby 'N'

Wrote by


last weekend kan ada maternity and children expo dekat mid valley...kalau dah nama fa....memang awal-awal teruja nak pergi...so terpaksa la husband ikut ja..sebab hubs tak suka tempat ramai orang macam tu....lantak la hubs..janji murah okey...nasib hubs tak ada kelas sabtu tu...so pagi dalam 10 lebih kitaorang dah gerak pergi mid valley...as usual...parking di gardens sebab senang dan banyak parking..malas nak mencari-cari parking di mid valley yang ramai orang..


so disebabkan sebelum nih kalau pergi kedai baby tanpa ada list nak beli..mesti blur tahap gaban punya tak tahu nak beli apa...so awal lagi fa dah siapkan list untuk shopping dekat expo tu...so lepas nih mommies sekalian yang nak shopping untuk baby..sila pikir dulu dan list nak beli apa..nanti ad ayang ternganga tak tahu nak beli apa..dan terlebih beli pulak....




nih yang fa grab dekat booth pureen...rasanya banyak beli dekat booth pureen.....fa beli maternity pad...sabun ABD powder punya...before nih dah beli yang liquid...pastu baca review mommies cakap yang powder nih lagi wangi..so grab la jugak..tak rugi pun.. sebab nanti kan selalu nak kena mencuci baju si kecik tu...baby wipes yang tak ada fragrance..masa nih kakak ipar kirim baby wipes...so fa pun ambil la jugak untuk diri sendiri...beli liquid clenser untuk cuci botol baby..fa ambil flavour mint...entah la best ke tak...sebab fa memang suka kalau mint-mint nih...sempat grab 4 pasang baju untuk si kecik...saiz tu dari newborn sampai 9 bulan fa beli..besar tak apa..tahan lama..hehe... yang dekat depan tu semua free gifts....ada pureen maternity toohpaste, head to toe wash dengan maternity pad...




nih pulak dekat booth lain-lain...beli mamy poko saiz s dua pack..satu pack bagi kak ipar sebab dia kirim.. nak beli size newborn dah sold out...kitaorang tunggu dia restock sebab dia cakap dalam sejam.. tapi tak sampai-sampai...so malas dah nak menunggu..next expo la beli..tak pun beli ja dimana-mana sebab mungkin tak ada rezeki murah...booth mamy pokok nih bukan main panjang lagi tau beratur...fuhhh...mencabar betul


then beli baby socks dekat booth apa tah...tak ingat nama...then beli oral care rabbit dekat booth MAM.....nih beli sebab fa pernah terbaca satu blog mommies nih..dia beli si rabbit nih...dia cakap senang nak bersihkan lidah dan mulut baby lepas menyusu....kan lepas menyusu banyak putih-putih dalam mulut... so boleh la guna nih...masukan jari je dekat lubang tu..senang nak guna kan...fa nih dah ternampak dekat booth MAM...apa lagi terus grab...hubs cakap nak buat apa benda nih..so kena la explain dekat dia baru la boleh beli...



ha..nih la cara guna..senang dan comel kan....nanti mulut baby bersih ja...




lepas dah habis membeli dekat expo tu..geram sebab tak jumpa ada certain barang dalam list fa lagi dekat expo tu..so ajak hubs pergi jusco dekat mid valley tu...lama fa tercari changing mat yang bercorak nih... finally jumpa jugak...fa ambil yang large ada gamabr fish...suka la hubs..sebab hubs tu kan gila memancing.. habis la baby nanti kena teman papa memancing....fa ambil size large..so senang kan baby besar sikit pun boleh guna...kalau baby wee wee ka masa tukat pampers...tak la basan tilam kan...


then beli cotton balls..nih guna masa baby ada tali pusat tu..nak cuci tali pusat baby...and beli napkins jugak..napkins sekarang comel kan...ada corak comel-comel..tak la plain ja....banyak tau kegunaan napkins nih..yela orang sekarang dah tak guna napkins kan..dah guna pampers kan....tapi tak apa la..kita beli sebagai langkah selamat..kot pampers habis tak sempat nak beli...boleh guna napkins dulu kan...fa kecik-kecik dulu pun pakai napkins ja...napkins nih pun boleh dijadikan bedung baby, sapu tangan, jadikan towel mandi, boleh korang jadikan selimut baby..wow..banyak kan kegunaan...fa rasa cukup kot satu pack nih..ada 10 pieces...ke tak cukup?


nih kira palaing sikit la beli..setengah orang..mesti sekali beli banyak barang...tah fa suka survey dulu..beli sikit-sikit...banyak lagi nih tak beli..tunggu nanti pulak baby expo and pureen warehouse sale..tu pun kalau hubs termakan pujuk nak pergi..heheh..




Tuesday, April 9, 2013

comelnya..nomnom

Wrote by



Ya Allah..tak terperasan langsung dah masuk 200 hari kawen today....tengok ticker sebelah blog nih baru la perasan..cepat sungguh masa berlalu...Allhamdulillah...


today dapat message dari seller breastpump..yeayy...my breastpump yang di pre-order dah sampai..nanti dah dapat fa bagitau breastpump apa fa beli dan dengan sapa... semalam baru fa dapat tengok video anak tomom merajuk..alahai comelnya anak dia buat muka..tergelak-gelak fa..









Monday, April 8, 2013

Set berpantang pilihan fa

Wrote by




rasanya dah lama fa survey set untuk berpantang nih...memang dari mula hingga sekarang memang jatuh cinta dengan set TANAMERA...kenapa??? sebab packagingnya cantik..hahahah...tak ada maknanya la kot suka sebab packaging semata-mata kan..tapi packaging TANAMERA memang cantik..ianya adalah kerana100% berasaskan tumbuhan semulajadi dengan penggunaan herba tropika minyak pati..Tidak menggunakan pewarna tiruan, pewangi, pengawet serta bahan kimia bertoksik ataupun jamu yang mana kita tahu mungkin memberi kesan merbahaya kepada si comel kita. Ia juga halal kerana tidak mengandungi bahan yang mencurigakan dan mendatangkan was-was. itula sebab tak membahayakan baby kalau kita consume atau guna produk nih....kesihatan dan keselamatan baby penting...tambah pulak fa plan nak breastfeed si kecik nanti....time dia jaundice tu...fa still boleh guna tanamera nih..setengah produk kalau baby jaundice mama kena stop sementara kan...


paling fa terbekenan dengan set tanamera produk VCO dia...boleh guna untuk prevent stretchmarks and guna untuk perineal massage kan..so memang berguna start dari preggy lagi...so memang berbaloi la kalau beli set TANAMERA nih kan...fa pulak kan dah macam ratu google..semua benda fa nak guna baca dulu.. so far review pengguna memnag superb la..terus fa jatuh hati lagi..lagi..dan lagi..


satu set nih ada 11 items..
1) Minyak Kelapa Dara 100ml :disapu pada faraj dan diminum umpama air selusuh
2)Sabun Mandi Herba 125gm: mengurangkan tompok hitam di bahagian pelipat badan
3)Minyak Urut Herba 100ml: membantu pembuangan angin dan lenguh di badan
4)Air Bunga Lavender 70ml: memberikan aroma kesegaran diri
5)Teh Herba 2gm*14 sachet: memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah
6)Scrub Badan Boreh 20gm*4 sachet: mengurangkan tompok hitam
7)Mandian Herba 10gm*14 sachet: menyegarkan badan
8)Pilis 3gm*4 sachet: mengurangkan rasa mengantuk dan letih
9)Tapel 15gm*14 sachet: menegangkan otot dan kulit kendur di perut
10)Bengkung : menyokong postur badan
11) Herba Pembersih Wanita 10gm*14 sachet: menyahbau dan penyembuhan luka


sebab kenapa perlu pilih set TANAMERA
1. Selamat diambil oleh bayi dan ibu semasa di dalam pantang
2. selamat diambil walaupun bayi mengalami kuning dan tidak menyebabkan kuning semakin teruk
3. Membantu penyusuan ibu
4. Membantu ibu lawas air besar, ini penting kerana jika ibu mengalami sembelit semasa di dalam pantang, dikhuatiri luka ibu bertambah teruk
5.Membantu Menyembuhkan luka dengan cepat
6 Membantu memberikan tenaga dan mengelakkan ibu cepat lesu dan letih
7.Tiada sebarang kesan sampingan
8.Tidak menyebabkan ibu dan bayi rasa panas
9. Membantu menurunkan berat badan ibu


PRICE?? 
RM360 SM / RM380 SS 


MCM MANA NAK BELI?
tak perlu pergi jauh-jauh...korang boleh order tanya soalan dengan fa... boleh pm dekat page Lil'qarmaa / whatsapp fa 0149301585...


nanti fa review satu-satu produk tanamera nih ye..jom sesama guna...




Friday, April 5, 2013

baby dalam perut pun menangis

Wrote by


ingat tak fa share pasal scan 3d/4d hari tu??? kalau belum..sila baca....hehe...entry hari tu tah apasal tak dapat nak upload video....so today baru boleh upload video....nih la video si baby 'N' dalam perut fa....lepas dipujuk suruh senyum...senyum sikit pastu terus nak nangis..alahai anak mama..manja ye..keluar nanti macam mana la manjanya tu..ikut mama la kot bab manja..yang lain dah banyak ikut papa kan...





Thursday, April 4, 2013

5th MATERNITY & CHILDREN EXPO

Wrote by


mommies yang ternanti-nanti expo untuk si kecik...jangan lupa esok ada MATERNITY & CHILDREN EXPO dekat mid valley...fa plan nak pergi jugak dengan hubs...but tak sure lagi hari apa...confirm ramai orang dan susah mahu parking kan







Wednesday, April 3, 2013

girl or boy?

Wrote by


ramai yang suka meneka gender baby dalam perut fa...diorang tengok perut pun dah tahu gender baby...fa salute la korang....tak payah jadi sonographer nak scan...just tengok dah boleh teka..ramai yang meneka dengan betul....heheh...fa sendiri pun tak dapat teka tau....jom kita tengok berdasarkan apa yang fa alami dan berdasarkan kalender cina..






Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki


  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  •  
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur


                                                         berdasarkan chinese calender pulak....





ini untuk suka-suka ja ya....semuanya ketentuan Allah S.W.T. fa tak kisah pun mana-mana..both fa suka..asalkan baby dengan mama sihat and selamat..tu pun dah cukup untuk fa....





preggy mommies vs air ais

Wrote by


ada tak mommies yang tengah preggy nih suka sangat minum air berais...kalau ada meh kita high 5 sikit... tak tahulah..sejak preggy nih nak air berais ja...baru rasa puas minum...pastu mula hari tu start la risau... boleh ke ye preggy minum air ais...start la keja fa google..nih la tabiat sekarang mencari info...google ja senang... terus baca cakap takut anak besar la...macam-macam fa baca...tak hiraukan pun..fa tetap minum...kalau minum baru rasa puas....tambah teh ais..ya ampun kalau dapat macam dunia nih aku yang punya la....tapi bila pikir baby sebab minum teh ais..manis kan...so now dah kurangkan.....tengah type nih pun terasa mahukan teh ais...tapi kuburkan saja niat tu....tak pasal nanti dapat kencing manis pulak minum teh ais kerap kan..


tetiba fa terjumpa soalan nih......dan penerangan sekali...


yeayyyyyy..hip hip hoooreyyyy.....soalan dan jawapan yang sangat membantu si gila air ais macam fa...dikala panas sekarang... heaven sangat kan dapat air sejuk...fuhhhhh..........









Tuesday, April 2, 2013

#2 barang untuk baby 'N'

Wrote by


dapatkan korang meneka gender baby fa dengan gambar 3d/4d?? haha...confirm lepas korang baca entry pasal barang baby nih korang dah meneka tanpa ragu....walaupun fa tak announce secara rasmi lagi.. gambar baju dekat bawah nih mesti dapatkan menguatkan tekaan korang....haha....saja tak nak annouce lagi..tunggu second scan untuk kepastian...pastu baru fa buat press conference ye..hah..over kau fa..macam la artis sangat nak conference bagai kan...


entry fa beli barang baby nih buka lagi niat riak nak menunjuk ya..sila buang tanggapan tu jauh-jauh.. ianya sebagai reference untuk mom to be out there...sebab fa pun selalu baca blog mom to be sebagai reference apa perlu dibeli...mana yang okey..blog-blog nih banyak membantu fa.....biasa la nak jadi first time mommies yang tak pernah beli barang baby and tak pernah jaga baby sebab tak pernah ada adik mesti sangat la tak tahu apa yang perlu dibeli...mana yang okey..apa yang tak perlu....so hope sangat segala entry fa dapat bagi sedikit info buat korang ya...sharing is caring kan...


fa nih jenis yang beli sikit-sikit...kekadang tu masuk kedai baby survey ja dulu....ada pulak masuk then beli satu je barang...biasa la kot...tak tahu nak membeli apa kan...so now dah 6 bulan preggy nih...kena la start beli secara besar-besaran dah...takut nanti 8 bulan macam tu dah tak larat kan..now pun dah sakit pinggang bila berjalan...




disebabkan sekali pergi kedai beli sikit ja..so boleh la gabungkan barang yang dibeli di beberapa kedai dalam satu entry.....tak ingat weekend bila...fa dengan hubs nak terjan one baby world (OBW) dekat taman permata, melawati tu...tapi masa kitaorang sampai kedai dah tutup...dia tutup around 7pm...alahai... frust hati...pastu ajak hubs pergi manjaku dekat area wangsa walk tu..berhadapan dengan carrefour wangsa maju...


mosquito net
then sempat la grab few items...fa ambil mosquito net tu...pilih yang putih....sebab suka bila baby pakai barang putih..nampak comel ja...fa beli brand ANAKKU..


mittens and booties
ambil mittens and botties putih lubang-lubang tu....fa beli jugak baju lubang-lubang putih untuk si kecik pakai waktu siang..sekarang kan panas..kesian pulak nak bagi pakai baju tebal kan...yang brand ANNAKU brown stripe tu fa beli dekat obw...macam comel ja..terus la ambil..


boonnet
pastu ada weekends bila pulak pergi ou..masuk FOS..ternampak boonnets comel nih... 3pcs  RM7 kot..alang dah murah...kitaorang ambil ja....kain pun lembut and best..


baju baby
pastu pergi mid last two weeks..ala yang lepas makan DIP DIP tu...ha..sempat grab sepasang baju tangan pendek putih untuk baby...masa nih malas nak membeli banyak..sebab masa tu tak tau gender lagi....


rompers
fa adalah pencinta rompers baby..kalau tengok rompers..alahai kenapala semua rompers comel... tambah tengok baby pakai rompers dengan peha ketul..lagi la tak tahan...comel betul..rompers tu fa beli dekat OBW jugak..memang dia jual sepasang macam tu....price RM29 kot..


jumpsuit
nih untuk baby pakai tido...malam kena yang tangan panjang dengan seluar panjang...takut baby sejuk...fa beli dekat obw.....kain pun best...


 nail clipper
nih fa beli dekat obw jugak brand tommee tippee..masa nih confoius nak ambil yang set sekali dengan scissors or tak..pastu hubs cakap ambil ja yang nih..kalau dari fa baca blog..orang suka pakai scissors ja potong kuku baby..sebab jari kan kecik-kecik comel ja lagi...tengok la..nanti kalau perlu..fa cari yang set tu..





hajat di hati last weeknd nak pergi mid valley dengan hubs..then disebabkan dah petang and jem..so hubs ajak g sogo....pastu time nih pulak sempena GP sale...suka la kitaorang.....tambah gender dah tau..lagi seronok nak shopping...


towel baby
fa beli satu ja dulu brand pureen kot kalau tak salah..nih ja paling tebal dan okey...towel nih perlu beli lagi..mana cukup satu..nanti ada comel baru beli lagi


socks
nih hubs yang pilih...dia semangat nak beli kasut..sekali tak ad size newborn..haha..terus la ambil ja socks comel nih...


 bekas bedak
fa beli bekas brand ANAKKU...bekas nih isi bedak baby nanti...


baju baby
sebab geram tengok baju nih color lain..susah baju baby nak ada color macam brown-brown orange macam tu...terus la fa ambil...boleh pakai tido ka time siang ka..


rompers tangan panjang
rompers nih beli sebab sale brand Hallmark..brand nih kan mahal dalam sehelai baju baby tu sampai RM100 lebih...yang fa ambil nih pun RM100 lebih..sale sampai tinggal RM20 lebih..so hubs cakap ambil ja..sebab tengah sale..susah nak dapat harga macam nih kan..


jumpsuit
jumpsuit biru tu pun bran Hallmark...sale sampai tinggal RM20 lebih...hubs ambil jugak walaupun besar..lagipun boleh simpan..nanti baby besar sikit dah boleh pakai...


caps
caps tu sbenarnya untuk umur setahun-2 tahun...brand truddy and teddy..disebabkan sale sampai tinggal RM18..terus la ambil jugak..sebab comel kan...smart anak mama nanti...tapi sekarang kena simpan dulu..bila muat nanti baru boleh guna..


tula barang setakat ini yang baru dibeli..tunggu weekend nih pulak nak terja child and maternity expo...






Monday, April 1, 2013

3d/4d scan si kecik

Wrote by


okey..entry yang dijanjikan...now baru sempat upload picture and video tecik-tecik mama dalam perut nih....selalu lupa nak bawak cd...today alang-alang berada di rumah..zassss....terus upload... rabu lepas fa dah set appoinment dengan jezzlyn nak buat deatiled scan..alng dah detailed scan fa nak buat sekali 3d/4d scan....kitaorang pilih dekat Klinik Fauziah dekat Ampang nih je sebab dekat dengan rumah....tak kose i nak g jauh-jauh kalau ada yang dekat...disebabkan fa nak buat detailed scan sekali dengan 3d/4d so kena booked 2 slots....fa booked pukul 1pm...sebab ingat hubs boleh pergi time rehat...sekali hub EL terus one day kerana nak tengok si kecik nih....


time pergi tu terus daftar dekat kaunter...and terus dipanggil...nervous plak rasa mahu scan...hehe.. masa scan tu..jezz cakap buat detailed scan dulu la sebab si kecik nih pemalu...tutup muka dengan tangan comel dia tu...pastuy muka tu nak sembuyikan dekat uri...alahai..pemalu betul anak bujang fa nih...ikut papa la...pastu jezz cakap..alahai hidung mancung..oh ikut papa lagi..mama kau nih hidung sekembang taman...


jezz buat detailed scan lama...ukur panjang tulang kaki, tangan, jarak mata, tengok mulut sumbing ka tak...banyak lagi la..tengok jantung baby semua..allhamdulillah semuanya normal...syukur sangat mama...hopefully baby terus membesar dngan sihat ye sayang...last tengok gender...terus ternampak.. jezz suruh teka...apa lagi mama yang blur tengok meneka dengan ebtul...hehe..pasal gender kita rahsia dulu ye...







nih la dia si kecik dalam perut mama....time last-last dipujuk jezz baru la dapat tengok muka pemalu dia...dah perangai banyak macam papa..gaya tido pun cam papa...tapi muka mama kan??? heheh.. tak kisah la sayang...janji semuanya dipermudahkan dan kamu dan mama sihat...amin..dah tunjuk muka start la keja buka mulut comel dia tu...tengah telan air ketuban ye sayang..ke kamu lapar..


then jezz gerak-gerakkan perut fa nak pujuk dia suruh senyum..pastu dia boleh senyum sikit pastu nak nangis...alahai sayang.,...comel sangat muka cebik nak nangis tu...






anyone yang preggy dalam 18-24 weeks boleh la buat detailed scan untuk tau kecacatan dan pembentukan organ baby...3d/4d pulak sesuai masa 22 hingga 28 minggu..kalau lebih takut tak berapa clear sebab baby dah bam bam kan...fa buat detailed scan and 3d/4d scan nih semua sekali RM220 sekali dengan gambar printed and cd....so jezz nih memang famous... anyone yang nak buat boleh booked appoinment dekat website dia...kalau tak nampak muka tak ada charge..so apa tunggu lagi mommies...






 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com