Wednesday, July 24, 2013

allhamdulillah

Wrote by




Baby boy
D.o.b : 21 julai 2013
Time : 2.22am
Weight : 3.35kg
Normal



Friday, July 19, 2013

40 minggu

Wrote by


ramai yang tertanya-tanya fa dah bersalin ke belum..ada yang whatsapp, sms, pm fb, instagram lagi...wow..ramai tertunggu-tunggu ya...korang tertunggu-tunggu tambah la fa..lagi la tertunggu-tunggu... fa belum bersalin lagi..today genap 40 weeks..yes my due date today 19 julai...tapi hari tu pergi check up dekat HUKM..doktor cakap kkia kira salah due date fa...dia tukar due date fa 20 julai...ala..sehari ja pun kan beza..tak mengubah apa-apa pun..sebab baby macam suka ja duduk dekat dalam lagi...


check up lepas doktor tambah lagi 9 hari kalau fa tak bersalin lagi...so kalau tak jugak gaya macam baby nak keluar terpaksa la serah diri dekat hospital 29 julai nanti...maybe kena induce..dengar induce dah macam seram kan..mesti lagi super duper sakit..tapi kalau itu ketentuan Allah S.W.T..fa redha...mesti ada hikmah kan...fa bersyukur sangat sebab tak ada masalah sepanjang preggy nih...Allah permudahkan perjalanan preggy fa dari mula sampai sekarang...tak ada alahan, hb, bp semua okey..kencing manis tak ada... fa and baby sihat...Allhamdulillah...maybe penantian baby keluar adalah dugaan kecil Allah bagi dekat fa... tambah bulan puasa kan...kena la belajar bersabar..ye tak??


best bila tengok instagram, fb ramai membe yang due lebih kurang fa selamat deliver baby...comel-comel pulak tu...lagi la tak sabar fa..hehe..tapi masa tu akan tiba jugak kan..so bersabar.maybe baby kesian tengok mama dia kena ganti banyak nanti...so dia pun nak keluar lambat...tak kisah la sayang...asalkan baby sihat dekat dalam...dapat menunggu selama 9 bulan..tak kan seminggu ja lagi tak boleh sabar kan...


Tuesday, July 16, 2013

Tips, petua and senaman untuk cepat bersalin

Wrote by


disebabkan nervous jugak baby belum keluar nih....tapi masih mampu buat relax lagi...haha..sebenarnya cuak.. yola..hari-hari update blog pasal dah dekat due date and baby masih tak ada hint nak keluar... mesti korang bosan kan...maaf la ya...just nak share aja dong..so fa ada la mengoole sikit petua-petua orang dulu-dulu and senaman untuk cepat bersalin...mana tau dapat membantu mom to be macam fa yang menunggu hari nih...



 petua-petua cepat bersalin
  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga. 
  • Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah. 
  • Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
  • Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
  • Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
  • Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg aku amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
  • Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
  • Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk (aku mmg failed nak pegang buku lali. Peha besar sgt...so pegang je la besi palang katil tu)
  • Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
  • Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
  • Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
  • Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang :)


Senaman Kegel (Kemut)
Senaman ini baik untuk kulit / otot vagina supaya lebih kenyal, dengan itu otot boleh mengembang dengan   lebih baik apabila proses kelahiran bayi. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot yang menyokong rahim dan untuk menjamin keintiman hubungan suami isteri. Senaman ini boleh dilakukan di mana saja. Salah satu daripada senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan, dan kira sampai 10 (atau 10 saat) dan baru dilepaskan bakinya..yang ni baik juga untuk suami..sebab sekarang ramai yg kena kanser prostat, senaman ini dpt mengurangkan risiko.
  
 
Tailor Sitting
Kebaikannya
Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis. Dapat memperbaiki postur badan. Melembutkan sendi pelvic. Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.


Kaedahnya:
Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak. Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai. Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha. Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai. Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.

Pelvic rock

Kebaikannya:
dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang dapat mengurangkan sakit belakang.

Kaedah
Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata. Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat. Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut / belakang. Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.


Wall slide

Kebaikannya:
Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan. 


Kaedah:
Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.  Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda. Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat. Naik ke atas semula. Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya. Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.
 


Monday, July 15, 2013

kerisauan diambang 39 weeks 3 days

Wrote by


today fa ada last check up dekat HUKM...allhamdulillah bp, urine baby semua okey...due date lagi 4 hari...doktor tambah lagi 9 hari kalau fa tak bersalin masa due date...masa tu terasa..baby please keluar cepat ya...sebelum due date...tapi kita nih hanya merancang..tuhan yang tau bila masa terbaik kan baby nak keluar...betul tak...? so 29 july nih kalau baby tak keluar jugak terpaksa la menyerah diri dekat hospital... 


anyone yang pernah overdue bersalin and experience kena induce boleh la share dengan fa... sebab sekarang dah rasa cuak jugak...risaukan baby dekat dalam kalau overdue..








Sunday, July 14, 2013

berjalan memudahkan bersalin

Wrote by



Allhamdulillah today genap lima hari umat islam berpuasa termasuk jugak mak buyung yang tengah sarat nih berpuasa.Allhamdulillah syukur Allah S.W.T bagi kekuatan untuk fa berpuasa.... yes darling...my baby still dalam tummy lagi.entah la bila la baby mau keluar..apa pun sabar menunggu..itu semua kerja tuhan...doakan yang terbaik ya...


Weekand nih kan ada parenthood expo dekat mid valley..ingatkan tak mampu dah nak pergi.. tapi tadi berkorbar-korbar semangat nak berjalan banyak kan... mudah-mudahan senang bersalin.... so ajak la hub pergi...ingat nak tambah stock nursing bra dengan nak beli autumz punya sterilizer and warmer....sampai sana mak aih as usual la parking mesti susah punya...pusing-pusing dapat la parking..terus ke exhibition hall... cari apa yang nak dibeli...tapi kuatkn nafsu jangan membeli baju untuk baby da...sebab dah banyak kan... allhamdulillah nafsu dapat dikawal bulan puasa nih..


So dapat la beli nursing bra dekat booth fabulous mom...then cari sterilizer tu...sampai booth autumz...pastu tengok eh murahnya rm150...then dia explain yang warmer tu brand lain tapi warranty autumz...so hub xberapa nak la...sebab takut tipu kan... so kitaorang tak beli pun...masa otw nak balik nampak jelly bunny tengah sale 50%...apa lagi mesti tak menahan kan...so masuk dan dapat la sepasang kasut dengan harga rm14.50....yeayyy.. teruja mak you all..maybe last shopping before bersalin..hopefully la kan..









Friday, July 12, 2013

tengah sarat vs puasa

Wrote by


3 hari rasanya tak mengupdate blog....today dah ramadhan ketiga kan...Allhamdulillah sarat menunggu hari fa masih mampu berpuasa selama 3 hari...maksudnya my baby masih di dalam...today genap 39 weeks... tapi tak ada tanda-tanda baby nak keluar lagi..mungkin tengah final touch up kot kan sayang...mama dah tak sabar dah tunggu kamu keluar...setiap hari kalau ke toilet mesti check kot-kot ada darah or brown spot...pastu kalau terasa senggugut sikit..terus eh nak beranak dah ka....haha.. betul tak mommies yang tengah menunggu hari...mesti sama kan kecuakan macam fa nih...tambah yang first timer nih,,,


berbalik kepada tajuk la kan..melalut sampai entah ke mana....okey..preggy vs puasa... yes orang preggy nih dibenarkan tidak berpuasa kan..kalau memudaratkan baby or mama dia...tapi bagi yang rasa mampu berpuasa...better kita berpuasa kan...at least dapat melatih baby dalam perut untuk berpuasa and sabar ye tak...tapi bagi yang tak mampu sebab alahan yang kuat atau sebab lain..dibolehkan tak berpuasa kan..


hopefully my baby keluar before edd ya...takut kalau dengar induce...macam sakit sangat ja kan kalau induce...good boy keluar before edd ya...=)





Tuesday, July 9, 2013

akar fatimah dikala 38 weeks preggy

Wrote by



Tadi before mandi pagi....fa cuba-cuba rendam akar fatimah pemberian biras...ada yang panggil akar fatimah, sanggul fatimah and macam-macam lagi...rasanya macam sama ja kan bendanya....akar fatimah nih perlu direndam...orang cakap kalau dah dekat masa bersalin akar tu akan kembang sekembangnya...air  rendaman tu dijadikan air selusuh, disapu di perut or dibuat mandi...Nih hasil rendaman fa sselama sejam lebih..dah kembang sekembangnya..adakah sudah dekat masanya?

Tapi fa tak berani nak minum..so fa buat mandi ja air nih...anyone yang pernah cuba? Share please experince korang dengan air akar fatimah nih...




Monday, July 8, 2013

Tips kurangkan sakit nak bersalin

Wrote by


1) Bernafas secara beritma dan relaks semasa anda menghembus nafas.

2) Minta bantuan suami atau sesiapa yang menemani untuk usap atau urut perlahan bahagian belakang pinggang.

3) Minum air sambil menunggu antara kontraksi.

4) Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat apabila anda terasa lapar.

5) Pegang tangan suami anda.

6) Berguraulah dengan suami anda

7) Ciuman (daripada suami, ibu, kakak dan rakan anda).
Dengarkan bacaan ayat al-Quran dan alunan zikir untuk membantu anda relaks.

9) Elakkan daripada baring terlentang. Ubah kepada posisi yang lebih selesa seperti mengiring atau duduk supaya dapat mengurangkan rasa sakit.

10) Bukalah pelvis anda seluas mungkin untuk membantu anda melahirkan bayi anda, contohnya, berlutut di atas satu kaki dengan yang sebelah lagi keluar di sisi.

11) Bayangkan bayi anda bergerak turun ke pelvis anda dengan setiap kontraksi.

12) Berfikir secara positif: 'Setiap kontraksi membawa saya hampir kepada kelahiran bayi saya'.

13) Goyangkan pelvis anda dalam bulatan, ke belakang dan ke hadapan dengan setiap kontraksi.

14) Percayalah dengan badan anda; sesungguhnya anda pandai melahirkan bayi!

15) Pastikan pundi kencing telah dikosongkan kerana pundi kencing yang penuh akan melambatkan kelahiran anda.

16) Berjalan-jalanlah untuk melegakan lenguh dan sakit dan merangsang kontraksi.

17) Banyakkan berzikir dan beristighfar, secara tidak langsung ia dapat mengalih perhatian anda terhadap kesakitan yang melanda.

18) Mohon maaf daripada suami, ibu dan ayah dan minta mereka doakan supaya segalanya dipermudahkanNya.


Sakit bersalin dirasai kerana kontraksi uterus akibat pelebaran servik dan segmen bawah servik. Pengalaman ini tentunya tidak dapat dilupakan oleh para ibu kerana bagi setiap anak yang dilahirkan, belum tentu ibu itu akan melalui pengalaman yang sama. 




9 bulan mama & baby

Wrote by


Allhamdulillah...pejam celik today dah 38 weeks 3 days mama bawak baby dalam perut...dah 38 weeks nih setengah orang dah bersalin..tapi my baby still dalam perut lagi tengah bergumbira...so terpaksa la mama dia menghitung hari detik demi detik menunggu si kecik keluar...suka ya duduk dalam perut..tak puas lagi kot dalam perut tu..baby jangan overdue ya...takut pulak mama kalau nak kena induce...


sekarang nih fa selalu banyak jalan..bab tawaf shopping mall masih kuat...kuat berjalan nih..hope la baby keluar cepat kan...tapi kuat berjalan perlu jugak kuat makan..makan pun masih berselera besar lagi.. kejap-kejap lapar..macam mana la berat tak naik banyak...alahai..nanti pantang kena kerja keras la jawabnya... sekarang tak kisah pun nak naik berapa..asalkan baby sihat and mama pun sihat....


bab sakit pulak...dah 9 bulan...baby pun dah besar so sakit belakang makin terasa la...tambah dekat pinggang... kadang-kadang sampai senget jalan menahan sakit pinggang...sekarang kadang sakit bawah perut...sebab kepala baby dah ke bawah so pressure bawah perut kan..tu yang sakit...and satu lagi sakit celah peha...tu pun sebab kepala baby ke bawah kan...nak berdiri perlu betul stabil..baru boleh jalan.. kalau tak sakit jugak..paling menduga time tido malam...nak tukar position time tido memang sakit dan perlukan masa untuk ubah...kalau tersalah sikit..mahu terkeluar air mata....sekarang bila dah merasa sendiri experience membawa lagi satu nyawa dalam perut nih..baru tau betapa susahnya mengandung...betapa susahnya dugaan seorang untuk bergelar ibu...yang masih ada ibu tu hargai la diorang selagi diorang masih ada nih k..


yang belum preggy..banyakkan berdoa..insyallah time korang akan sampai..mungkin yang membezakan lambat atau cepat...tapi jangan lupa berusaha dan berdoa...







Saturday, July 6, 2013

Register deliver dekat HUKM

Wrote by


Insyallah fa akan deliver baby dekat HUKM Cheras...yela mama dia kan ex UKM..baby pun nak jugak keluar dekat HUKM...haha..no lah..nih semua hub yang nak..dia cakap HUKM bagus sebab officemate dia...ramai wife deliver dekat HUKM...and review diorang cakap bagus...so lepas kitaorang bincang..and fa setuju ja..asalkan semuanya selamat...HUKM nih ada 2 ward..general ward and yang private wings.. malas nak berprivate wings...general ward sudah..sebab dekat HUKM nih..ward ja berbeza...labour room still sama..so keselesaan hanya pada ward...setengah orang nak privacy..so korang boleh pilih private wings la.. fa pilih general ward ja...kalau private wings tu korang boleh pilih doktor untuk deliver and check up...


so macam mana nak register deliver dekat HUKM? nih fa buat entry sebab ramai yang bertanya dengan fa macam mana nak register bersalin dekat HUKM...first sekali korang kena minta referral letter dari klinik yang korang selalu check up...kalau macam fa, dekat KKIA la...fa minta nurse tu buatkan surat untuk deliver dekat HUKM...and korang kena bawak BUKU PINK check up tu..kalau korang kerja government bawak sekali la guarantee letter ya...kalau kerja swasta yang tak ada..so tak payah la...


korang bawak surat and buku pink pergi bahagian O & G HUKM tu dekat kaunter...then diorang akan registerkan korang and bagi date lain untuk appointment check up dekat HUKM... so far fa dah 2 kali check up dekat HUKM..masa register nih diorang tak minta bayaran apa-apa..just masa first check up nanti baru korang kena bayar...first check up dekat HUKM tu..fa kena RM70 untuk register & scan baby...next check up tu kena tak sampai la RM70...fa dah tak ingat berapa...


so far fa suka doktor HUKM..sebab diorang baik and membabtu sangat masa check up...banyak jugak fa bertanya masa check up...and diorang sangat membantu dengan info-info...so hope sudah terjawab ya mom to be macam mana nak register untuk deliver dekat HUKM...fa pergi register nih masa masuk 7 bulan preggy...


nih fa letak sekali kos untuk deliver dekat hukm general ward..







Thursday, July 4, 2013

Teknik bernafas masa contraction & bersalin

Wrote by

Teknik Bernafas Waktu Kelahiran

Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.

1. Peringkat awal (early labour)
Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.

2. Peringkat aktif (active labour)


Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.

3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)

Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya panting-panting – hembus.

INFO TAMBAHAN

Pernafasan Lamaze


Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.

Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami kontraksi.

Teknik betul meneran

Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh doktor dan jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang boleh.

Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat. Teran perlahan lahan untuk mengelakkan koyak teruk.



Tuesday, July 2, 2013

Barang hospital mama & baby dah ready

Wrote by


37 weeks bersamaan 9 months plus preggy baru la mempunyai semangat nak kemas bag hospital...(sila jangan contohi fa ya wahai mom to be)...sepatutnya 7 months preggy tu dah kena ready..in case baby nak keluar awal..tapi allhamdulillah sempat dah fa kemas beg hospital dikala 9 months...and baby still happy inside tummy mama ...mesti baby tau kan yang bag tak berkemas lagi...tu yang dia pun dok rileks lagi dalam tummy mama...now mama dah ready sayang...menunggu kamu ja wahai baby N....dulu fa ada berkongsi CHECKLIST FOR MAMA & BABY...now semuanya dah terkemas rapi di dalam bag...



barang baby
Beg baby
Baby Diapers (10 keping)
Baju / seluar (5 pasang)
Minyak mestika baby
Baby Wipes/Wet Tissue (1 pek)
Tuala Mandi (1 helai)
Stokin/Sarung Tangan Bayi (5 pairs)
Peralatan Mandi
Bedung (3 helai)
Barut (3 helai)
Topi (1 helai)
Sapu tangan (1 helai) 


pastu fa dah ready barang baby untuk dibawa ke labour room..fa dah letak dalam satu paper beg kecil...so nanti hub tak payah susah-susah selongkar beg tu kalau nurse minta barang baby...kalau nurse minta..just bagi beg kecil tu terus dekat nurse...

barang baby untuk dibawa ke labour room
baju/seluar (sepasang)
baby diapers (1 keping)
Stokin/Sarung Tangan Bayi (sepasang)
Bedung (1 helai)
Barut (1 helai)
Topi (1 helai)


 

barang mama
Kad Lawatan Hospital / Buku pink
Kad Pengenalan
Telefon Bimbit
Baju (2 helai) 
Palazzo pants (untuk keluar hospital)
Stokin (1 pairs)
Kain Batik (1 helai)
Panties (3 helai) 
Disposable panties ( 3 packs)
Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
Tuala Mandi
Maternity Pad(1 pek)
Selipar (1pasang) 
Makanan/Minuman (Air Masak/Horlicks,Buah Kurma, Air zam-zam)
Bag Plastik
Baju Sejuk (Sweater) (1 helai)
Breast Pad (4 pair)
Nursing Bra (3 helai)
Tuala muka (1 helai)
Minyak mustajab pati halia
Tisu


 

tadaaaaaaa.....semuanya dah tersedia and ready to go...hanya tunggu masanya sahaja...





Tanda-tanda nak bersalin & info kelahiran

Wrote by


37 weeks 4 days....sekarang menunggu hari...tapi buat masa sekarang tak ada tanda-tanda lagi...so boleh lagi untuk mengupdate blog dengan info-info for mommies semua..info nih fa terjumpa dekat fb...and fa rasa penting untuk share dengan preggy mommies untuk alert dengan info kelahiran....


Sekiranya mempunyai tanda-tanda hendak bersalin, anda perlu pergi ke hospital yang telah dirancang. Tanda tanda bersalin termasuk: sakit bersalin, petunjuk (terdapat kemerahan tanda seperti darah dan lendir di permukaaan serviks) dan pemecahan air ketuban.

Sebaik sahaja anda dimasukkan ke wad, kakitangan hospital akan melakukan perkara-perkara berikut:

1.Cardiotocography (CTG); untuk memonitor degupan jantung fetus

2.Enema; untuk membersihkan usus besar.

3.Pemeriksaan vagina; untuk memonitor bukaan serviks

4.Memasang titisan intravena; tiub plastik akan dimasukkan ke dalam salur darah. Tiub ini adalah untuk memasukkan ubat jika berlaku kes kecemasan.

Terdapat 3 peringkat proses bersalin:


1.Peringkat pertama

Serviks akan terbuka perlahan-lahan sehingga bukaan berukuran 10 cm bagi membolehkan bayi keluar. Pengecutan otot pada mulanya agak perlahan setiap 10 minit dan bertambah kuat dan kerap. Pada akhir peringkat pertama pengecutan berlaku setiap 2 hingga 3 minit dan berterusan selama 40 saat. Peringkat pertama biasanya mengambil masa lebih kurang 8 jam.

2.Peringkat kedua

Peringkat ini bermula apabila serviks telah terbuka sepenuhnya dan berakhir apabila bayi dilahirkan. Dengan bukaan serviks yang luas, bayi akan bergerak turun sehingga kepalanya muncul di bukaan vagina. Selepas kepala dan bahunya keluar, bayi boleh keluar dengan mudah. Peringkat ini mengambil masa 30 minit. Biasanya episiotomy (potongan di bahagian bawah vagina) dilakukan untuk mengelakkan vagina dari terkoyak.

3.Peringkat ketiga

Selepas bayi dilahirkan, uterus akan terus mengecut dan ia akan dikeluarkan. Peringkat ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.

~ Terdapat 5 jenis kelahiran. Ianya bergantung kepada keadaan kesihatan ibu dan kandungannya.

1.Bersalin spontan melalui vagina (SVD); bayi dilahirkan melalui vagina. Sewaktu dilahirkan, kepala bayi keluar dahulu dan doktor membantu bayi keluar dengan membuat insisi di bahagian bawah vagina.

2.Bersalin sonsang; punggung bayi keluar dahulu semasa dilahirkan.

3.Bersalin menggunakan forsep; Kaedah ini digunakan sekiranya bayi tidak bergerak atau ibu kehabisan tenaga untuk meneran. Forsep digunakan untuk memegang kepala bayi dan kemudian ditarik keluar untuk mempercepatkan kelahiran.

4.Bersalin menggunakan vakum; Kaedah ini digunakan sekiranya bayi tidak bergerak atau ibu kehabisan tenaga untuk meneran. Cawan vakum diletakkan di kepala bayi untuk membolehkan kuasa vakum akan menyedut bayi keluar.

5.Bersalin secara pembedahan (ceasarian section); Kaedah ini digunakan apabila bayi tidak bergerak keluar, ibu tidak mempunyai tenaga untuk meneran, terdapat masalah pada plasenta, saiz bayi terlalu besar atau kedudukan bayi yang tidak normal contohnya bayi berada dalam kedudukan sonsang.

~Selepas bersalin
Melahirkan merupakan proses yang memenatkan dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Selain itu, perubahan hormon sepanjang tempoh kehamilan juga menyebabkan anda berasa penat dan agak sensitif selepas bersalin terutamanya dalam tempoh 3 hingga 5 hari selepas bersalin. Penjagaan selepas bersalin harus diberi perhatian untuk memastikan proses penyembuhan berjalan lancar:

1.Mengamalkan diet yang sihat; untuk mendapatkan tenaga dan nutrien yang mencukupi

2.Minum banyak air; terutamanya bagi ibu yang menyusukan anak.

3.Rehat secukupnya; tidur 8 jam sehari.

4.Mengamalkan senaman; Ia membantu untuk menenangkan diri dan baik untuk proses penyembuhan badan. Walaubagaimanapun, anda perlu mendapat nasihat dari pengamal perubatan sebelum mula bersenam. Sekiranya anda bersalin melalui pembedahan, anda dinasihatkan bersenam hanya selepas 2 minggu kelahiran.

sumber: facebook







 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com