skip to main |
skip to sidebar
Teknik bernafas masa contraction & bersalin
Wrote by
fa.ismail
at
6:09 PM
Teknik Bernafas Waktu Kelahiran
Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai
kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis
pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan
keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.
1. Peringkat awal (early labour)
Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga
kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam
pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.
2. Peringkat aktif (active labour)
Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli
dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin
ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak
kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting)
boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti
biasa secara perlahan-lahan.
3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)
Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan
pernafasan panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya
panting-panting – hembus.
INFO TAMBAHAN
Pernafasan Lamaze
Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan
mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan
dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya
ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.
Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba
masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat
melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika
sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan
yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta
dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda
mengalami kontraksi.
Teknik betul meneran
Bayangkan
keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu dirapatkan ke
dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini
belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda
meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh doktor dan
jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang
boleh.
Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas
sebanyak dua hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke
punggung dan bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung
kerana ia boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap
akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan
meneran terlalu kuat. Teran perlahan lahan untuk mengelakkan koyak
teruk.
0 love notes: