Tuesday, July 2, 2013

Tanda-tanda nak bersalin & info kelahiran

Wrote by


37 weeks 4 days....sekarang menunggu hari...tapi buat masa sekarang tak ada tanda-tanda lagi...so boleh lagi untuk mengupdate blog dengan info-info for mommies semua..info nih fa terjumpa dekat fb...and fa rasa penting untuk share dengan preggy mommies untuk alert dengan info kelahiran....


Sekiranya mempunyai tanda-tanda hendak bersalin, anda perlu pergi ke hospital yang telah dirancang. Tanda tanda bersalin termasuk: sakit bersalin, petunjuk (terdapat kemerahan tanda seperti darah dan lendir di permukaaan serviks) dan pemecahan air ketuban.

Sebaik sahaja anda dimasukkan ke wad, kakitangan hospital akan melakukan perkara-perkara berikut:

1.Cardiotocography (CTG); untuk memonitor degupan jantung fetus

2.Enema; untuk membersihkan usus besar.

3.Pemeriksaan vagina; untuk memonitor bukaan serviks

4.Memasang titisan intravena; tiub plastik akan dimasukkan ke dalam salur darah. Tiub ini adalah untuk memasukkan ubat jika berlaku kes kecemasan.

Terdapat 3 peringkat proses bersalin:


1.Peringkat pertama

Serviks akan terbuka perlahan-lahan sehingga bukaan berukuran 10 cm bagi membolehkan bayi keluar. Pengecutan otot pada mulanya agak perlahan setiap 10 minit dan bertambah kuat dan kerap. Pada akhir peringkat pertama pengecutan berlaku setiap 2 hingga 3 minit dan berterusan selama 40 saat. Peringkat pertama biasanya mengambil masa lebih kurang 8 jam.

2.Peringkat kedua

Peringkat ini bermula apabila serviks telah terbuka sepenuhnya dan berakhir apabila bayi dilahirkan. Dengan bukaan serviks yang luas, bayi akan bergerak turun sehingga kepalanya muncul di bukaan vagina. Selepas kepala dan bahunya keluar, bayi boleh keluar dengan mudah. Peringkat ini mengambil masa 30 minit. Biasanya episiotomy (potongan di bahagian bawah vagina) dilakukan untuk mengelakkan vagina dari terkoyak.

3.Peringkat ketiga

Selepas bayi dilahirkan, uterus akan terus mengecut dan ia akan dikeluarkan. Peringkat ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.

~ Terdapat 5 jenis kelahiran. Ianya bergantung kepada keadaan kesihatan ibu dan kandungannya.

1.Bersalin spontan melalui vagina (SVD); bayi dilahirkan melalui vagina. Sewaktu dilahirkan, kepala bayi keluar dahulu dan doktor membantu bayi keluar dengan membuat insisi di bahagian bawah vagina.

2.Bersalin sonsang; punggung bayi keluar dahulu semasa dilahirkan.

3.Bersalin menggunakan forsep; Kaedah ini digunakan sekiranya bayi tidak bergerak atau ibu kehabisan tenaga untuk meneran. Forsep digunakan untuk memegang kepala bayi dan kemudian ditarik keluar untuk mempercepatkan kelahiran.

4.Bersalin menggunakan vakum; Kaedah ini digunakan sekiranya bayi tidak bergerak atau ibu kehabisan tenaga untuk meneran. Cawan vakum diletakkan di kepala bayi untuk membolehkan kuasa vakum akan menyedut bayi keluar.

5.Bersalin secara pembedahan (ceasarian section); Kaedah ini digunakan apabila bayi tidak bergerak keluar, ibu tidak mempunyai tenaga untuk meneran, terdapat masalah pada plasenta, saiz bayi terlalu besar atau kedudukan bayi yang tidak normal contohnya bayi berada dalam kedudukan sonsang.

~Selepas bersalin
Melahirkan merupakan proses yang memenatkan dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Selain itu, perubahan hormon sepanjang tempoh kehamilan juga menyebabkan anda berasa penat dan agak sensitif selepas bersalin terutamanya dalam tempoh 3 hingga 5 hari selepas bersalin. Penjagaan selepas bersalin harus diberi perhatian untuk memastikan proses penyembuhan berjalan lancar:

1.Mengamalkan diet yang sihat; untuk mendapatkan tenaga dan nutrien yang mencukupi

2.Minum banyak air; terutamanya bagi ibu yang menyusukan anak.

3.Rehat secukupnya; tidur 8 jam sehari.

4.Mengamalkan senaman; Ia membantu untuk menenangkan diri dan baik untuk proses penyembuhan badan. Walaubagaimanapun, anda perlu mendapat nasihat dari pengamal perubatan sebelum mula bersenam. Sekiranya anda bersalin melalui pembedahan, anda dinasihatkan bersenam hanya selepas 2 minggu kelahiran.

sumber: facebook







2 love notes:

me said...

Huuuuu terus nervous bace nih :)
Hopefully both of us n babies sihat & selamat aminnnnnnn

mshazadoes said...

dya pun dh rasa takut2..walaupun baby baru menjankau 6month..harap semuanya dipermudahkan...



 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com