Thursday, September 1, 2016

zika & preggy mommy

Wrote by





1. Apakah virus Zika?
Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).
Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.
 


Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

.

2. Bolehkah jangkitan Zika dirawat?Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.

.
3. Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis.Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washington DC yang bercuaca panas.Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.





4. Siapa berdepan risiko paling tinggi?
Bayi dalam kandungan paling berisiko sekiranya si ibu dijangkiti virus Zika.
Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama


sumber: astroawani

so pregnant women smua tmsuk fa hope kita smua dilindungi.Amin... ambil langkah berjaga2 ya...





Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM:
  1. Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu
  2. Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh
  3. Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.


Tuesday, August 30, 2016

keputihan ketika pregnant

Wrote by


Pregnant kali nih fa kena keputihan pulak. Sebenarnya normal keputihan ketika pregant sbb hormon kita tgh berubah. Tapi nih smp x selesa kdg gatal2. Fa inform dgn my gynea Dr Kay. So doc decide nak ambk sampel. Tkut2 ada gbs. Bahaya utk baby. Kalau kena gbs. Mama & baby kena antibiotik yg agak kuat.. so fa ok je.. ambl sampel mcm ala2 buat pap smear. Gitula rasanya..
.

Alhamdulillah dlm 1 week ke less xingt reault keluar.. keputihan normal.. bkn gbs.. so doctor kasi antibiotik biasa kena hbsikn dlm msa 1 week... Msa check dkt kkia pun fa inform nurse.. nurse xbgi cuci dgn feminine hygine wash tu. Suruh cuci dgn air suam. And tkr pantiliner selalu...
.
.

Pastu ada org petua mnum yakult yg botol biru tu utk elakkan keputihan. Tp jgn mnun kerap takut kang naik pulak gula dlm darah.. fa mnum shri sbotol.. sbb sdp kn.haha.skrg alhamdulillah dh xgatal2. And keputihan dah berkurangan tau... so spa2 ada keputihan xkisah la preggy ke x. Boleh la try yakult ye...
.
.




Monday, August 15, 2016

11 weeks pregnant boleh detect syndrome down

Wrote by


Masa around 13weeks+ tu lepas raya.. eh terlupa pulak nk buat nt scan baby awal.. sebab excited nak raya kot..hahasebelum tu.. apa tu nt scan?


Imbasan nuchal translucency (NT) ialah ujian saringan yang menilai samada bayi anda berkemungkinan mempunyai sindrom Down. Ujian saringan hanya boleh menganggarkan risiko bayi anda mempunyai sindrom Down, manakala ujian diagnostik seperti CVS atauamniosintesis akan memberi anda diagnosis yang tepat (tetapi mempunyai risiko kecilkeguguran).

Imbasan NT tidak dapat memberitahu dengan tepat samada bayi anda mengalaminya, tetapi ia boleh membantu anda membuat keputusan samada perlu membuat ujian diagnostik atau tidak.
Bagaimanakah imbasan NT ini dilakukan?Imbasan ultrasound mesti dijalankan di antara minggu ke-11 dan ke-13 tambah enam hari kehamilan. Sebelum minggu ke-11, imbasan sukar dilakukan kerana bayi masih terlalu kecil, manakala selepas minggu ke-14, sebarang cecair yang berlebihan mungkin diserap oleh sistem limfa bayi yang sedang berkembang.

Imbasan biasanya dilakukan melalui perut, tetapi kadang kala perlu untuk membuat imbasan faraj yang akan memberi pandangan yang lebih baik. Tiada risiko ke atas anda atau bayi dan ia tidaklah begitu tidak menyelesakan. Baca tentang imbasan faraj dalam gambaran keseluruhan tentang imbasan.

Untuk mengetahu dengan tepat tarikh kehamilan anda, doktor akan mengukur bayi anda dari hujung kepala hingga ke hujung bawah tulang belakang. Kelebaran NT juga akan diukur. Kulit akan kelihatan sebagai satu garisan putih, dan cecair di bawahnya akan kelihatan hitam.

Anda juga akan dapat melihat kepala, tulang belakang, tangan dan kaki bayi anda di dalam skrin. Beberapa ketaknormalan besar mungkin tidak dirangkumi dalam imbasan ini, tetapi anda disyorkan supaya membuat imbasan anomali terperinci pada kira-kira minggu ke-20.

Sumber: babycenter


Disebabkan sonoworld ampang nih sekankang kera je dari rumah. Fa terus booked slot online.. fa booked malam so huband balik kerja boleh pergi sama tgk adik baby.. sampai je sana tunggu turn.. dan sonographer pun start la scan perut. Alahai baby tgh sleep pulak waktu tu. Menghadap dalam. So xdpt nak tgk.. sonographer suruh ktorg g makan dlu baru dtg balik.. 
.
.
Ktorg pun g mkn dkt kedai blkg tu je.. lepas tu dtg baby dh berbaring dlm perut. Baru boleh ukur cecair belakang tengkuk dia.. alhamdulillah cercair blkg tgkuk adik baby 0.2cm. Ianya normal. Syukur alhamdulillah.. kalau normal rasanya less than 3.5mm kot. Lgi satu sonographer check ada x nasal tip. Tulang hidung. Alhamdulillah ada. So kita tggu 20 weeks + pulak nak  buat detailed scan dkt sni..
.
.
So far service sonoworld ampang mmg bagus la.. dia akan explain dgn terperinci. So kalau korg nak tya apa.boleh tya je..price buat nt scan nh Rm100. Korg akan dpt gmbr dan report scan..😊😊😊






Monday, August 8, 2016

short vacation - hibiscus lexis pd

Wrote by


Disebabkan husband cuti 10 hari last week.. sebelum kembali kerja dkt office baru kitaorg decide nak pergi holiday dkt2 je la.. lagipun minggu birthday isa.. so boleh la bwk dia holiday.. husband dh siap booking Hibiscus lexis before raya lagi.. sbb booking awl murah kan and tu time weekdays ktorg g. So price murah dari weekend..
.
.
Lexis hibiscus nh check in 4pm.. ktorg smp awl dri 4pm. Sbb weekdays bilik dah ready so boleh je check in awal. Bilik pun diupgrade percuma kepada premium pool villa.. husband booking excecutive pool villa je sbb dkt dgn lobby. Dah diupgrade free ktorg ok je..
.
.
Bukan main suka si isa tu.. sbb dpt swimming x kira waktu.. kejap2 request nk swimming.. boleh la anak.. janji berbaloi stay sana..ada sauna tau dlm bilik..so sapa nak panas2 boleh la bersauna lepas swimming...
.
.






Price booking dalam RM700 lebih rasanya.. Husband fa booking thru agoda je.. katil dia 2 queen size..memang boleh tido 4 adult tau.. berbaloi rasanya.. deco moden habis la.. sampai ktorg cri tv xjmpa. Rupaya disebalik cermin hitam dekat dinding. Sadis btul.hahah
.
.
Ktorg ada dpt voucher makan RM30 dkt hibiscus walk.. area situ jugak.. so ptg tu kita jln2 cri makan jela dkt2..
.




Esoknya lepas check out. Ktorg singgah ostrich fsrk kot namanya.. dekat pd jugak.. boleh bg makan kambing, ostrich, rabbit, ayam, mcm2 la.. suka la si isa tu..
.
.




Sunday, August 7, 2016

Adik baby dah pandai kuis

Wrote by




Subhanallah... 15 weeks 5 days for da 1st time fa rasa kuis2 dlm perut time baring.. adik baby nk say hai ye dkt mama syg.. abang dulu 4 bulan lbh baru mama rasa gerak2.. maybe dh 2nd pregnancy kot kn.. cpt terasa baby gerak.. tapi tak la kuat lagi gerakan.. mcm ada butterfly je terbang gitu.. xsabo mama nk rasa awk gerak2.. nak bagi abg dgn papa awk pegang nanti..😊 membesar dgn sihat ye adik baby..
.
.
Smlm keluar jln2 fa pakai jeans.mak aih senaknya la rasa.. memang dah kena simpan jeans la.. dah kena cri maternity pants dlu.. xpun pakai dress/jubah and palazzo je paling selesa 😊


Wednesday, August 3, 2016

DOA UTK ELAK KEGUGURAN

Wrote by

Last post fa ada cerita pasal fa keluar brown spotting awal preganancy kan?.. fa nk share doa yg fa amalkan setiap kali lepas solat untuk mengelakkan keguguran...Kita dah cucuk & mkn ubat kuatkan rahim.. at the same time. kita kena banyak berserah kepada-Nya... sebab Allah S.W.T yg berkuasa..
.
.







mommy2 yg mengalami bleeding dan diawal kehamilan elok amalkan doa nih..Insyallah anak dlm kandungan kita terpelihara..Kita kena banyak berdoa kepadaa-Nya semoga semuanya dipermudahkan..


Tuesday, July 26, 2016

BLEEDING MASA 5 WEEKS PREGNANT

Wrote by


Pregnancy selepas keguguran adalah pregnancy yg pling cuak utk setiap ibu? Sapa pernah keguguran mst tkut2 perkara sama berulang. Sma la dgn fa. Masa tahu pregnt dah ckp dgn husbnd kalau jd mcm dlu mcm mna.. husbnd siap mrh jgn la pkir bkn2. Ada rezeki insyallah ada.. just jaga diri. Jaga mkn smua.. start from tu mmg fa jaga.. masa baru tahu pregnant kali ketiga nih. Fa and husbnd & sorg je kwn fa yg tahu.. dkt fmly pun xbgtau. Fa siap pesan dkt husbnd. Nanti bila dah nampak heartbeat baby baru kita ckp dgn semua org.. so ktorg kuat la memegang rahsia nh..
.
.
Sampai one day ptg tu. Fa pergi toilet and nampak ada brown spotting.. terus cuak rasa nak ngs semua.. tapi sikit sgt spotting tu and cair je color.. fa whtspp kwn fa dlu tya dbb dia pernah bleeding masa pregnt. Dia suruh fa g hosp cpt nnti doc akan inject and bagi ubat... fa terus call hospital tmpt fa buat dnc Tengku Azizah Maternity Setapak nak buat appoimnt dgn doc Kay hari nih jgak.. sbb lucky me.. Dr Kay on duty hari tu ptg smp mlm.. so dah set appoinmnt smua terus call husbnd... husbnd otw balik dri work.. dlm hati nh xhbs2 mengucap and hope xde ap2 jadi.. planning dgn husbnd dlm 3months pregnt baru nak jmpa doctor check up dgn Dr Kay. Tapi dh jd gini mmg start la sesi check up dgn Dr Kay..
.
.
Dah smp sana.. tunggu turn smua.. isa pulak meragam ajak husbnd main dkt luar.. so fa je masuk bilik doktor. Bagi tahu doc smua ada spotting and Im pregnant.. doc pun terkejut sbb fa baru dnc dgn dia.. and dia ckp u should rest about 3 4 months.. dia kata xpe..jom kita scan...
.
.
Masa scan dah nampak kantung.. tp blum lagi nampak anything inside.. doc ckp saya inject ubat kuatkan rahim ye.. so fa ok je. Mengiring and dia inject atas sikit dri pinggul.. fuhhh sakit jgak la injection tu. Tapi demimu anak mama kuat.. so doc ckp nh tanda nak gugur.. tp xpe..kalau mmg rezeki dia akan kuat.. next week another appoimnt nk tgk mcm mana..doctor jgak ada bagi dupaston ubat utk kuatkan rahim..mkn 3 kali sehari...
.
.



Selepas tu 2 3 hari jgak la brown spotting still ada.. fa dah risau2.. stiap kali solat akan baca doa utk elak.keguguran...smp la 1 week appoimnt dgn doc.. masa tu fa dah xde keluar spotting apa2 dah..  kantung mkin mmbesar dan dh nampak tiny dot dky dlm which is baby la tu... tp time nak x clear sgt baby sbb kcik lg..doctor Kay ckp kita inject utk last time je.. so kena la injecton kuatkan rahim lagi...  doctor suruh continue mkn dupaston and next appoimnt lagi 2 weeks.. alhamdulillah syukur dah tgk kantung makin mmbesar.



After 2 weeks.. Alhamdulillah dh nampak baby clear dkt dlm and heartbeat pun dah nampk masa nh baby dah 7 weeks plus...syukur sgt baby membesar dgn sihat..kalau fa google org ckp ubat dupaston tu bgus kuatkan rahim kita.. kalau baby xjd dia reject dri badan kita.  Gitu la
.
.



Monday, July 25, 2016

ISA DAH 3 YEARS OLD

Wrote by


Alhamdulillah khamis lepas birthday my 1st baby. Si isa dah 3 years old maknanya 3 tahun lepas bertarung nyawa lahirkan si isa. Alhamdulillah Allah anugerahkan anak yg sihat, bijak, pandai ambik hati..kdg2 mencabar jugak keimanan mama. Tapi biasa la budak nk mmbesar mmg byk peel kan. 
.
.
Planning this year nak buat birthday party dia tapi mama mcm xde tarikh yg sesuai je nk buat.  Sbb papa dia xnk buat musim raya nh.jln jem kesian org nk dtg.. so ntah xtau nk buat bila. Jdinya masa 21st july lepas. Tokpa isa nak dinner 1 family utk bday isa... ktorg pilih restoran seafood dkt shah alam tu je.. isa pun happy je bab mkn mmg dia sentiasa on..
.
.




So jumaat tu mama dgn papa dh prepare celebrate bday isa dkt school pulak utk kwn2 dia. Happynya la sbb dia request kek bday dinosour drpd mama. Akhirnya dh dpt. Xde memasak apa pun mama bwk ke school. Order kfc dgn kek je 😊😊😊 
.
.






Happy 3rd bday my boy


Sunday, July 24, 2016

Pregnant semula selepas keguguran

Wrote by


 Assalamulaikum.. selamat hari raya.. lamanya x update. Last update pasal miscarriage april lepas.. alhamdulillah kalau yg follow fb fa mst dah tahu skrg fa tgh expecting next baby.. syukur Allah makbulkan doa fa nk next baby selepas keguguran lepas.. dh 3 bulan skrg.. fa & baby alhamdulillah sihat.. hopefully dipermudahlan sehingga baby dilahirkan dan semuanya selamat
Amin
.
.
Cepatnya fa lekat balik? What u pregnt balik? Kan baru dnc? Ya ya ya... kalau ikutkan doktor after dnc kna rest dalam 3 4 month utk conceive balik. Tapi mana mungkin kita menolak takdir dan rezeki kan.. lps dnc fa ada terpikir ada ke lagi rezeki nk pregnt balik ye.. sbb my period still ting tong tau.. lps dnc mmg fa x period. Fa dnc 4 april.. 15 mei reception my sis in law.. mmg berjln ke sna sni.dukung si isa je.. mkn mmg byk tau time nh.. keesokkannya on 16 mei fa period.. tapi eh period xmcm selalu.. setitik dua je selama 2 hari.. lps tu stop.. eh apesal pelik je nih.. so fa mcm ada terdetik.. eh pregnt ke ye? Masa isa dulu ad jgak shri period tp keluar skit je. So fa pun apa lagi ambl la pregnancy test.. buat upt. Tp second line tu very2 blurrr tau.. kalau skli tgk mmg xperasan.. so perasaan fa kuat katakan Im pregnt..
Whatsapp husbnd fa bg pic upt.. tp dia lagi la blurr.. xfhm line dkt upt tu..  
.
.
Start hari tu every day fa buat upt tau.. sbb fa ada beli upt strip yg murah tu byk2 Rm1 je 1.. start la aktiviti test urine everyday. ..kdg smp sehari 4 kali pun ada tau.. tp blur jugak.. bila test makin hari makin terang.. alhamdulillah.. fa ada jugak test pakai upt cassete. Yg nh lagi clear dri strip. Alhamdulillh  rezeki Allah bagi lagi..
.
.




Last fa beli digital pregnancy test nh je yg dpt detect awal.pregnancy lagi tepat.. masa menunggu result keluar dkt screen upt digital tu nervous lahai..m tiba2 keluar pregnant dulu.alhamdulillah.. rezeki utk pregnant semula..doakan fa & baby selamat ye.. yg tgh ttc atau tgh menanti kehadiran cahaya mata byk berdoa.insyallah akan smp rezeki semua nanti
.
.





Wednesday, April 20, 2016

PART 2 - Keguguran my little baby

Wrote by

Jom sambung kisah semalam. Sampai la isnin date fa booking untuk dnc. sehari sebelum nurse Hospital Azizah call inform fa kena admit 1pm. Dia cakap puan datang buat dnc rehat kejap. if tak ada apa dah boleh balik same day. Puan kena puasa start 7pm isnin tu. Okey fa tak ada rasa nervous ke apa. tapi terbayang kena bius tu sebab seumur hidup belum pernah kena bius,. Fa banyak google pengalaman orang dnc., and banyak tanya kawan-kawan. At least kita ada gambaran macam mana proses tu nanti.

Sampai je hospital register semua. Dia bawak naik wad. nurse tanya nak single room ke open ward. fa pilih open wad je sebab kejap je kan dekat situ.Buat apa nak membazir. Buat dnc nih pun mahal dah.. Tambah sikit memang lebih kurang harga bersalin dah tau. **pengsan**. Kenapa fa pilih Hospital tengku azizah setapak? 1st fa memang planning second baby nak deliver situ. Lagipun banyak review bagus dengan gynea situ and paling penting semua staff situ perempuan. So tak ada isu aurat nanti. Fa pilih dr kay sebab banyak review dia bagus. . So memang rezeki adik baby keluar daripada rahim mama dari tangan dr kay jugak walaupun awak keluar belum sempurna sebagai janin lagi.

Dah dapat katil.. eh open ward tapi sorang je fa dekat situ, nurse cakap ramai dah discharge tadi. ok so fa pun baring dulu.. dengan isa bising dalam tu.haha nasib tak ada orang.nurse suruh tukar baju dan kencing ke nak membuang dulu. dah tukat baju pastu fa baring. pastu nurse datang masukan ubat dakat tut untuk bagi ada bukaan sebab fa tak ada bleeding so dalam tu tertutup lagi. mak aih masa nih memang terasa sakit sikit sebab nurse masukan ubat tu betul2 dalam.dia cakap sebab memang tertutup lagi.dah masuk ubat tu nurse tak bagi bangun selama 2 jam.
                                                         
                                                                   


fa pun baring je sambil main phone.nak tunggu 2 jam mak aih lamanya.boring la.nak tdo tak pulak nagntuk. dalam setengah jam ke sejam lepas tu nurse datang cakap puan jom pergi ot. doctor dah ready. so fa pun jalan je g ot. dia cakap nak wheel chair tak.fa cakap xpela saya ok. boleh jalan.  sampai je ot nurse suruh buka gelang ke rantai ke jam semua. kalau ko pakai gigi palsu ke apa pun kena buang. pastu datang pakar bius kenalkan diri. dia cakap saya akan bius je. yang akan buat procedur doktor kay. so fa masuk ot baring dekat katil...mak aih nampak batang tempat letak kaki tu yang untuk bersalin. masa bersalin isa tak guna pun benda tu. dah baring semua. doktor bius cakap saya nak cucuk nih.nak masukan drip. nanti ubat bius masuk melalui sini. nanti full bius ya puan. fa angguk je. pastu nampak kelibat doktor kay tengah sedia2.


pakar bius cakap puan saya nak masukan ubat dah nih. puan baca bismillah lepastu mengucap ye. lepas je mengucap. kelam dunia. tak sedar apa. tiba2 dengan orang panggil.puan puan dah siap. puan okey tak. masa tu fa lalok kau dah macam kena ganja dah. sedar dalam tak sedar. fa ingat fa ada tanya nurse tu. banyak ke keluar. semua ok x. nurse macam jawab je tapi fa tak ingat. so fa kena tolak masuk ward. sampai je ward pening lagi. nurse datang ambil bp. and cakap puan rasa nak muntah tak? fa cakap tak. tapi saya lapar. saya tak makan daripada malam tadi.dia cakap okey puan. sekejap ye saya bawakan makanan. dia datang dengan nasi ayam dengan sejug air kosong.nurse cakap puan minum dulu air kosong skit. kalau tak rasa nak muntah puan boleh makan, so fa minum and rasa ok je.so makan la nasi. habis sepinggan nampak sangat lapar.tapi makan dalam pening. dah tu nurse datang tanya puan okey tak. fa cakap saya pening la. dia pun check bp. ye blood pressure rendah. dia cakap xpe,puan rehat dlu,.saya tutp lampu puan tdo dlu. lepas tu fa tido. datang dr kay dengan nurse. doktor tanya awak okey tak. fa cakap fa pening skit.dia cakap xpe awak rehat dlu,.lewat2 skit awak dh boleh balik. dengar balik terus okey,


tak lama tu mak mertua dengan kakak ipar fa datang.. pastu nurse datang suruh pergi toilet kencing semua. kalau ok dah boleh discharge. so fa pergi toilet. yuop ada bleeding macam period gitu. so ready tkr baju semua. nurse cakap dah boleh discharge. dia ada bagi antibiotik dan pain killer kalau rasa sakit. so nak turun bawah nurse nak ambilkan wheel chair tapi fa tak nak. dia cakap puan boleh ke jalan.,boleh dik.tapi sebenarnya tengah pening lagi sikit. settle bil semua so boleh balik. dia bagi appoinmnt lagi 1 week jumpa doktor.
.

balik je rumah start la sesi berpantang. pakai stokin.pantang makan. 1 week fa tak keluar. duduk rumah je.  fa makan ikan haruan. makcik fa bawak dari kampung. hari2 makan.memang sedap la. berat pun turun tau. sakit? ada jugak terasa pedih2 dekat bahagian rahim maybe kesan cuci tu.  minta husband belikan minyak herbanika nona roguy. fa sebelum tu ada beli barang pantang nona roguy. beli phytonatal dengan teh herbanika. tapi fa start makan lepas habis antibiotik doktor. fa urut masa 1 week after tu. bookes yang spa ke rumah.fa buat urut, bertungku dengan bertangas. malam2 memang sapu je minyak nona roguy tu.








now alhamdulillah fa dah sihat. apa perasaan fa? fa redha. maybe Allah nak duga kita. fa yakin ada hikmah disebalik yang terjadi. kita perlu bersyukur sebab kita salah seorang yang Allah sayang dan dia duga kita. bagi yangs enasib dengan fa jangan sedih. insyallah ada rezeki kita lagi lepas nih. Allah tak pernah salah pilih orang untuk diberi dugaan sebab dia tahu kita boleh melaluinya.

Tuesday, April 19, 2016

PART 1 - Keguuguran my little baby

Wrote by

Assalamualaikum.

Dua tahun menyepi.blog tinggal habuk . Nak type pun terkial sebab lama tak menaip bercerita. Alhamdulillah anak fa si isa pun tahun nih dah nak masuk 3 tahun. Cepat masa berlalu. Tapi bukan nak cerita pasal si isa. tak apa nanti fa tempek gambar si isa kot ada yang nak tengok si kerinting tu. Kali nih fa nak cerita fa keguguran 3 minggu lepas. Maaf la dah update blog terus bercerita cerita sedih. Sebab fa nak share pengalaman tu sebab ramai dekat luar sana mengalami apa yang fa lalui.


Alhamdulillah hujung bulan febuari lepas. Fa rasa selera makan dah kurang. Pelik memang pelik. Fa yang suka makan jadi kurang selera. Tapi tak pikir banyak maybe sebab fa puasa ganti. So rasa nak makan jadi kurang. Sampai la hari last fa puasa ganti. Cakap dengan husband nak berbuka dekat Seoul Garden. Dia pun okey jer sebab favourite dia. So dekat sana fa makan sikit je. Lepas tu dah tak terasa nak makan. Dalam hati happy la nafsu makan dah kurang kan so boleh teruskan misi kuruskan badan. Esoknya tu weekend, kakak ipar fa datang rumah masak nak buat shell out. Sebab beberapa hari sebelum tu husband dah belikan bahan2 nak shell out. Masa diorang masa fa fah rasa loya. Eh pesal nih tak boleh nak bau. Selalu bau masak2 nh ok je.. lepas tu fa naik bilik, terus keluatrka upt dalam laci. Memang benda nih fa ada spare dekat rumah. Terus check.subhanallah. naik 2 line clear memang merah terang tau dua line.. ok xpe fa test lagi sekali. Yes sama.2 line. Masa tu happy tak terhingga sebab fa dengan husband memang dah ready for second baby. Isa pun dah nak masuk 3years and dah tak susu badan. Memang rasa the right time dah kitaorang bak tambah org baru.
.




Esoknya baru fa pergi klinik check up. Doctor tabya period last bla bla bla...and memang period fa start x regular lepas stop susukan si isa. Cakap dengan doctor my last period dec but i tak period lepas tu sampai sekarang. So masa check upt januari memang xde. Doctor pun scan.. nampak la kantung semua ok. And baby tak clear lagi maybe around 4weeks. So baby tak nampak lagi.dia cakap 4 weeks lagi awak datang scan balik.
.
So fa pun okey..during 4 weeks tu kitaorang g china nak beli material raya collection lilqarmaa. Start la my nightmare mabuk. Selama beberapa jam dlm flight ku keja kunyah gula2 atau asam sebab loya. Dekat china pun selara makan drop habis. Tak lalu nak makan.memang not me la.pregnant si isa tak pulak gini. Maybe pembawakkan lain2. Balik je dari china. Fa cakap dengan husband nak g scan tkut la apa2 jadi sebab baru preggy naik flight, dkt china jln je keje. So kitaorang g check up. Doc cakap baby ok.tapi tak still x nampak.nampak kantung je cantik. Doc cakap as long as awak tak bleeding should be ok. Yes memang fa xde bleeding langsung.doc cakap another 3 4 weeks datang. Masa tu baby dah boleh nampak.
.
Sepanjang tu la fa loya.. loya je muntah kekadang je tau. Seksanya diri nih loya.bau makanan loya.. certain bau memang loya. Kadang sebut je makanan ap2 dah loya. Memang time preggy nak cari benda pedas2 je.tu fa boleh telan.tambah ikan berlado. Fav la masa preggy tu. Isa memang happy tau ada baby dalam perut fa. Everyday memang berkali databg cakap dengan baby dlm perut.cakap nanti keluar tgk isa main ye. Dah siap nak bagi mainan dia dengan adik. So korang tau macam mana kan excitednya si isa.
.
Sampai la 3 weeks after.fa pergi nak scan lagi.start la debaran.. doctor scan sambil tercari2 baby. Alahai susahnya nak cari. Doc cakap heartbeat xdpt dgr nih fareehah. Fa pun tanya doc berapa weeks dah boleh dgr heart beat baby.doc cakap 7 weeks dah boleh.. awak around 8 weeks.dah boleh nh detect heartbeat dia. Start la fa x sedap hati. Doctor ckp xpe kalau baby jd.insyallah ad la dia.awak dtg lagi 3 week.s heh lagi kena tunggu... sampai bila.? 3 weeks 2 weeks kna tggu la bru pergi.
.


 Fa dah tak boleh nak tunggu.esoknya isa tak school.fa angkut je isa pergi cari klinik lain nak check sampai dekat melati.jumpa doctor nih..  so fa cerita la bla bla bla.period bila. Scan dlu bila. So doctor tu lembut je ckp.jom saya scan.masa dia scan pun tercari-cari baby. Kantung elok je bulat. Dia cakap fareehah sbr ye maybe bukan rezeki awak kali nih. Awak kuat ye.masa tu fa memang ok je tau. Pasrah and redha. Doc cakap samaada awak dnc atau tunggu 2 weeks dia keluar sendiri. Fa pun tya dnc nak buat dekat mana.dia ckp any hosp boleb. Bawak je gambar scan dia bagi tu..
.
.

Otw balik tu cakap dengan isa yang baby dalam perut dah tak ada.dia tanya baby pergi mana mama. Sedihnya masa dia tanya tu.sambil sebak cakap baby dah pergi jauh. Dah ikut wan (ayah fa).... isa pun okey.sambung main dalam car.
.
Sampai je rumah fa bercerita dgn husband apa doc cakap semua. Masa nih memang berjujuran air mata la.sedih sangat. Husband fa diam je.maybe tak  duga benda nih jadi dekat kitaorang. Husband cakap nk dnc ke tunggu. Fa cakap tak tahu nak mcm mna. Husband ckp kalau dnc mana la tahu sebenarnya baby tu ok lagi dlm perut semua. Fa cakap xpr kita jumpa gynea dkt hosp tengku azizah setapak. Sebab fa memang planning nak bersalin sana.
.
Dah sampai date appoinmnt.fa pilih docotr kay. Sebab ramai review dia bagus. Doctor tanya itu ini. Lepas tu scan. Nampak tau baby dalam kantung. Tapi tak dapat detect heartbeat. Doctor cakap perut awak pun tak rasa ketul. So doctor suggest dnc  fa cakap tak boleh ke bagi ubat utk baby keluar so xpyh dnc. Doctor kata boleh.tp kadang darah ketulan tak keluar habis.so awak kena dnc jugak. So pasrah la dnc.doctor tanya nak buat mana. Fa ckp buat situ jee. Next monday sebab nak settlekan keje dlu. Doctor kay ckp jangan sedih. Benda nih maybe baby tu kalau membesar x sempurna. Maybe tak.normal.so Allah tak nak bebankan awak dan dia ambil awal2 baby tu. Start tu memang fa positif.trima and redha.
.
.
Bersambung..😊

 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com