Friday, December 13, 2013

TIPS MENGAJAR ANAK

Wrote by

maybe ada yang dah baca blog adlil rajiah dia share tips ddari chilf psychistrist...now fa copy and paste de4kat blog fa..share untuk korang... and takut fa tak jumpa blog tips sis nih..so fa mohon share ye sis
 
..

Tips berguna dari Child Psychiatrist

 1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.  Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.

 

2. Don't expose to too much things in a box. 
"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T
Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D
So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?
Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"
Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
 
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."
Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.
 
Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T
 
 
3) Stimulate their imitation skills.
Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.
So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.
Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).
Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T

Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.
 
 
 
4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.
Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-
 


5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"
Camtu.
Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.
Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,
"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."
"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."
Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.
6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.
Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.
Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D
Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.
7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.
Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, 
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.
 
 
8) Overly-attached to one person is not a good sign.
Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.
9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.
 
 
 
10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.
Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.
Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
 "Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"
Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab. 
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.
 
 
credit blog: ADLIL RAJIAH 
 
 again...nih semua fa COPY PASTE dari blog sis ADLIL RAJIAH..jom kita share semsama..hope dapat membesarkan dan mengajar anak dengan baik..
 
 
 
 


Thursday, November 28, 2013

berkesan tak perineal massage dkt fa?

Wrote by


last update blog october..now dah hujung november nak masuk december dah..baru ada masa nak update...biasa la dah ada baby nih...masa fa dah makin terhad untuk diri sendiri..kadang nak mandi lama-lama pun tak sempat tau...tadi buka blog..terus la banyak la comment..sorry tau fa tak reply lagi..tak sempat...nih nak update laju-laju..sebab isa dah bangun...

ingat tak perineal massage masa preggy yang fa buat tu...tak ingat KLIK SINI...fa beria la buat everyday massage tu...tapi apa kan daya..masa bersalin kena episotomy jugak...fa pun tak tahu panjang ke tak...maybe cara fa buat salah kot...terpaksa la menahan sakit dijahit dan menunggu luka jahit baik...sadis betul..




sekali fa ternampak ada orang post nih dekat fb..terus..nak menjerit sebab kita boleh tak benarkan doktor gunting kan...sebab fa rasa fa baru meneran sikit..dah nak keluar pun isa...doktor terus minta kebenaran gunting..untuk first time mama macam fa nih tah tahu apa-apa..and takut baby ada komplikasi ke apa...siap angguk ja benarkan...fa rasa fa mampu keluarkan isa tanpa gunting..sebab isa tak besar sangat masa lahir...maybe bukan rezeki kot..redha ja...


so mom to be yang lain alert ya benda nih..if korang tak ada masalah masa lahirkan baby..jangan benarkan doktor senang-senang ja nak epi korang tau...tapi kalau keadaan kritikal baru benarkan okey...nak menunggu luka baik satu benda yang sakit tau...sebab nak bangun kena slow-slow... dengan newborn baby nak kerap susu...mencabar jugak...


maybe bagi fa perineal massage tu tak jadi...sebab doktor terus nak gunting...tapi mom to be yang lain buat tau...fa rasa memang berkesan..sebab bukaan cepat sangat...fa dalam beberapa jam ja dalam labour room dah fully 10cm terbuka....good luck mom to be...


nak tempek sikit latest gambar isa..isa dah 4 bulan sekarang..dah pandai menirap dah..pastu suka sangat tarik spek dengan rambut...makin mencabar mama dia sekarang....








Friday, October 11, 2013

stroller baby isa

Wrote by


baru ada masa nak mengupdate blog..kalau tak bz ja dengan si kecik..nih ada masa of course la sebab si kecik tengah nyenyak tido...post nih fa nak cerita pasal first car baby isa...car untuk baby mesti la stroller kan...fa dah lama berkenan quinny....berkenan zapp la..buzz la...tapi lagi suka zapp xtra...hub suka sebab 3 wheelers...ramai review cakap best...boleh guna dari newborn sampai toddler kan...then masa preggy fa ada pergi mammours tanya pasal quinny zapp xtra nih.. sales girl tu cakap baik tunggu yang 2013 punya edition...sebab boleh fold sekali dengan seat...masa tu stroller tu tak masuk malaysia lagi...now pun still tak masuk lagi kan..sebab dekat kedai belum ada...tapi yang boleh fold nih 4 wheelers....yang lama tak boleh fold 3 wheelers kan...


fa nih kan kuat google cari mencari dekat online..still belum masuk...sampai la dekat bersalin...masa google..terjumpa online shop nih jual...ada ready stock and pre-order....masa tu kitaorang plan tak nak beli lagi...nak tunggu baby isa keluar dulu....pastu raya hari tu tok ma and tok pa baby isa cakap nak hadiahkan stroller...alhamdulillah rezeki baby isa...so tokma baby isa suruh order....fa terjump dekat instagram nih..online shop rtw_store...fa pun email tanya...pre-order 6-8 weeks and kena bayar full...then hub ada bagi la satu online shop nih dekat fb....fa pun terus inbox tanya...online shop tu mia fichita dekat fb... owner tu reply pre-order2 weeks and boleh bayar deposit dulu....so harga lagi murah...fa apa lagi terus la order and bayar deposit...


tak sampai 2 weeks barang dah sampai malaysia...hub nak ambil cod ja..so hub pergi ambil dekat rumah seller dekat bangi....alhamdulillah..service memang puas hati...cepat reply dekat fb and barang cepat sampai...selama keluar...hub yang buka and pasang...sebab fa kan dengan baby isa dalam kereta.. sampai la satu masa hari tu fa keluar dengan mil dengan sil bawak baby isa..tetttttttttt....tak tau macam mana nak unfold balik masuk kereta..hahaha....












perasan tak pelapik aka head and body support dalam stroller tu... untuk baby kecik macam isa nih... diaorang kan kecik lagi..better letak pelapik dalam stroller..so baby akan lebih selesa.... pelapik nih fa beli brand j cole....nak beli dekat one baby world dah sold out...cari punya cari...jumpa online shop mylittleboss.. harga pun agak murah sebab ada sale....so terus order... yes pelapik nih sangat selesa okey...lembut ja...




 


nampk selesa kan baby isa dalam tu...lagi satu kegunaan head and body support nih boleh lapik masa baby tido...masa makan dekat gyu kaku dengan family in law hari tu....baby isa tak nak tido dalam stroller...so kitaorang bagi tido atas sofa..





sangat praktikal kan..selain dalam stoller korang boleh lapik dalam car seat or rocker baby....


sekarang good new untuk pencinta quinny zapp xtra 3 wheelers tapi foldable seat..euro version dah ada... korang boleh beli dekat ig rtw_store....its ok isa..yang 4 wheelers nih pun mama dah suka..tapi kena belajar fold and unfold dulu bagi teror...haha...


stroller zapp xtra foldable seat nih kalau fold memang kecik jugak but keburukan stroller nih adalah berat ok...fuh...tapi tulang empat kerat fa nih masih mampu mengangkat ok...lepas nih naik muscle plus 6 pack la mama...=)




Thursday, September 26, 2013

bila anak reject botol susu!! dan finally jumpa botol yg sesuai

Wrote by


Alhamdulillah dari lahir sampai hari nih fa dapat susukan baby isa....syukur sangat sebab baby kan berhak dapat susu dari ibunyakan...susu fa pun setakat nih cukup untuk baby isa kenyang...hopefully ianya akan berterusan...start dari baby isa lahir sampai sekarang fa memang direct feed ja baby isa... bonding kuat sangat kalau kita df baby...masa df tu baby mesti nak menyusu sambil tengok muka mama dia... YA ALLAH satu perasaan yang tak dapat digambarkan la...


sampai la fa rasa dah ready nak introduce baby isa dengan botol susu...tapi still fa bagi susu fa..fa pump dengan BREAST PUMP MADELA MANUAL...fa pernah buat post pasal beli breast pump nih... fa guna botol tommee tippie...mula tu baby isa hisap ja sampai habis 2oz susu dalam tu...esoknya sama jugak minum sampai habis...tapi sehari masa tu fa bagi sekali ja guna bottle..just nak biasakan baby isa guna botol... pastu lama tengok dia macam tak nak pulak..tolak dengan lidah dia...ala...sedih terus mama...sebab mama suka betul botol tommee tippie...comel..siap beli 2 lagi masa preggy...


runsing jugak bila baby isa rehject botol..yela if ada apa-apa hal tak dapat nak df baby isa...kesian dia... hari tu fa tak tahan sangat nak ke toilet pastu baby isa pulak nangis nak susu....menahan ja la fa sambil susukan baby isa...kesian dia nangis kan...so kalau dia nak botol senang sikit..boleh minta orang lain susukan kan...


 bila jadi macam nih..en google la penyelamat...fa punya la google experince mommies semua bila anak reject botol...ramai suruh try bagi orang lain yang susukan baby guna botol...sebab baby bila mama dia susukan guna botol dia akan tolak...sebab dia bau mama dia...so dia mesti nak direct susu dari mama dia kan... tips nih fa dah cuba,,,still gagal..kadang nak kadang dia tak nak bila mak sedara or hub susukan...pastu orang suggest tukar puting botol..dah fa beli tomme tippie...tak boleh la nak tukar puting sahaja kan..kena tukar botol sekali..ramai suggest guna puting yang kuning tu...sebab ianya lembut..material latex kan...ramai suggest guna AVENT, MAM, NUK, PIGEON...so dalam pilihan fa..fa nak try NUK and PIGEON.... 


so fa belik NUK dulu...fa beli dekat MANJAKU...balik terus cuci pastu sterile then bagi baby isa minum guna NUK...haha...as usual...dia tolak mentah-mentah uolls...luluh hati mama nih semangat pergi belikan... tapi fa tetap tak putus asa...yes..bila dah jadi mama nih   kita kena berani mencuba...if orang cakap membazir....abaikan..sebab kita nak the best untuk our baby kan... ala..handbag, baju boleh beli mahal.. apa salah untuk anak kita melabur sikit...bila fa google lagi..orang suruh try PIGEON PERISTALTIC PLUS... bila baca punya baca dengan bloog mommies,,,,ramai dah berjaya...


lepas ja check up baby isa hari tu..fa ajak hub pergi jusco nak beli botol..terus mencari PIGEON PERISTALTIC PLUS nih..ada 2 jenis...crystal clear bottle (PP) dengan Yellowish gold/honey-like colour bottle(PPSU)...PPSU nih RM55...yg PP tu RM40...fa ambil PP ja..sebab nak try dulu kan.. botol nih even plain biasa tak secomel tomme tippie tapi ianya sungguh mahal kan..demi anak...fa beli jugak...


nih beza PP dengan PPSU - material yang digunakan untuk buat botol ni, ada 2 jenis - Polypropylene ( PP) atau polyphenylsulfone (PPSU). PP ni selalu digunakan dalam kebanyakan produk seharian. PPSU ni yang gred tinggi, lagi bagus dan tahan lama. Botol yang diperbuat daripada PP, warnanya lutsinar (crystal clear). botol yang guna material PPSU, warnanya yellowish gold/honey-like colour.


                             PPSU                                                                                 PP



so fa pilih botol PP sahaja..takut si kecik nih reject lagi kan...fa beli yang wide neck sebab 'closer to nature', yela..kan lebar macam mommies b*** kan....and senang kalau nak pegang...esoknya pagi terus bagi si kecik..tapi kena cuci and sterile dulu la....dalam hati nih selawat banyak-banyak hope baby isa terima... finally...alhamdulillah..baby isa hisap tanpa reject langsung....habis susu yang fa panaskan dia minum... hari nih hari ketiga guna...alhamdulillah..dia suka...minum dari botol sampai tertidur...baby isa pun tak nipple confuse sebab df pun dia ok jugak...syukur sangat finally jumpak botol yang serasi...puting pigeon nih pun lembut ja... walaupun botol nih tak secomel tt yang mama suka..tapi mama suka jugak pigeon sebab baby isa suka..




 sedapnya dia guna botol pigeon...


tips untuk mom to be: jangan beli botol susu satu jenis dengan banyak..sebab kita tak tahu kan baby kita sesuai dengan botol mana..kalau boleh selang seli jugak df dengan botol masa awal-awal pantang....bagi baby biasa..




Wednesday, September 25, 2013

check up 2 months baby isa

Wrote by


little isa kan dah 2 months...so perlu la check up and injection kan...wink..nih la buat mama nervous..isa relaks ja..tapi mama yang nervous sebab masa check up sebulan..bukan main nangis meraung kena cucuk... mama mana la tak sedih tengok anak menangis macam tu..sampai rasa biar la mama yang tanggung sakit tu... patut la before nih baca status mama-mama semua sayu bila tengok anak sakit..now my turn ada feeling macam tu...sampai kadang rasa nak nangis kalau anak rasa sakit or nangis kuat....kesian sangat dekat anak... lagipun diorang kecik kan.....tak tahu apa-apa lagi....isa nanti besar jangan lupa mama tau....


isnin lepas kitaorang buat appoiment nak check up isa....fa dengan hub decide tak nak pergi kkia...bukan sebab kkia tak bagus...sebab malas nak tunggu lama kan..kesian isa kecik-kecik nak tunggu lama sampai 2 jam...so fa pun google la klinik pakar kanak-kanak yang bagus and dekat...last fa decided nak pergi klinik pakar kanak-kanak shanaliza dekat wangsa maju..ala..sederet dengan hospital naluri...


hub set appoiment pukul 6.30pm...senang la lepas office hour kan...masa pergi nasib tak ada orang... dah sampai register..pastu timbang berat baby isa...now berat dia 2 months dah 5.3kg...patut la senget mama dukung kamu sayang..tapi tak apa..membesar dengan sihat ye sayang....masa nih cuak jugak la fa takut baby isa nangis sakit kan...




nih before inject..haha..muka baby isa macam cuak kan..nervous jugak ke yunk...hehe..baby isa kan strong.. boy kan...hero mama tak boleh nangis-nangis...



then nama NIK ALIIF dipanggil..rasa janggal pulak..sebab kan kitaorang selalu panggil ISA...hehe...lupa yunk nama kamu NIK ALIIF ISA...hehe...dah masuk baringkan baby isa...doktor tanya baby isa ada demam ke..fa cakap tak...so dia suruh pegang tangan baby isa...nurse pegang kaki and terus inject... agak lembut la doktor tu inject...baby isa pun nangis masa kena cucuk and ubat masuk...lepas tu dah stop nangis.. tak la macam inject 1 month tu..meraung..sampai bagi susu pun lama baru nak...lagipun fa tengok nurse tu macam kasar ja inject baby isa...



NIK ALIIF ISA - days 65

muka ada senyum lepas inject...good boy sayang mama...balik rumah fa lekatkan cool fever..risau takut demam..sebab orang cakap injection 2 months selalu demam...doktor ada bagi ubat demam..if demam boleh bagi ubat...tapi allhamdulillah baby isa tak demam....good dear...anak mama kuat dan kena kuat kan... sebab anak mama kan boy...nak jaga mama dengan papa dengan adik-adik nanti kan..opss...adik??? ok.. lambat lagi kot..fobia bersalin pun ada lagi...


sekarang baby isa suka senyum dengan ketawa kalau kita agah-agah dia...tapi ikut mood dia la.. tapi dah makin kerap senyum..dulu jarang sangat...pastu leher dia pun dah agak keras... kalau dukung suka la angkat kepala dia nak tengok-tengok...tak sabar tunggu baby isa pandai main..





Monday, September 23, 2013

Setahun bersama & wangsa grill chef zubir

Wrote by


Allhamdulillah syukur sangat last saturday bersamaan 21 september 2013...fa dengan hub genap setahun bersama as husband & wife...paling happy my little isa pun nak jugak lahir 21 hb..so sabtu lepas genap la baby isa 2 bulan...syukur sangat tahun nih celebrate first anniversary dengan hadiah paling bermakna and tak ternilai baby isa...tak pernah jangka yang kitaorang akan celebrate 1st anniversary bertiga...


hopefully our marriage will last until jannah..and family kita bahagia dan dirahmati Allah S.W.T....amin


lama tak bercerita pasala makanan dekat blog..so hari nih kita cetita bab makan  ya....siang tu hub ada kelas...so malam tu hub ajak pergi dinner...so kitaorang ajak sekali kakak hub sebab nak try makan dekat WANGSA GRILL CHEF ZUBIR...sebab ada hari tu fa dengan hub lalu ternampak kedai nih..terus teringin nak try...malam tu kitaorang pergi...mak aii...full house uolls....kena tunggu turn.. nasib masa nih baby isa dengan menyusu sampai tertidur dalam kereta...so weolls tunggu la dalam kereta...tak lama pun..dalam 15 minit kot...


dah dapat table terus la order...masa nih fa nak try lamb..tapi sayang sekali...lamb dah habis..banyak juga menu dah habis...sebab waiter dia cakap weekend memang ramai orang...alahai stress fa...so next time kena pergi lagi ye hub...please...malam tu macam hari makan sedunia..order dari appetizer sampai la ke dessert... almaklumla celebrate anniversary kan..

 
lucky day kitaorang...chef zubir ada dekat wangsa grill....konsep kedai nih open kitchen...busy chef zubir siapkan order...yela full house kan malam tu...





sebelum makanan sampai...tidurkan si kecik isa dulu..time nih dia okey la..sebab baru lepas menyusu dalam kereta kan..so sumbat pacifier....tepuk-tepuk sikit tidur la dia..tapi bab tepuk sampai tidur memang hub yang pro..kalau dengan fa...baby isa tak nak sangat..dia suka menyusu sampai la tidur...haha..dia tau la kan papa dia tak ada susu...haha...so sekarang  pergi kedai makan mesti bawak stroller senang baby isa nak tidur... alasan kan..sedangkan senang mama dia nak makan...









yeayyy..baby isa dah tidur...so harus la bergambar....





yippie..appetizer dah sampai..nachos...sedap tau...wajib cuba...


seterusnya harus la main course kan






















last sekali mesti la dessert...kitaorang order lava cake



so far semua makanan dengan wagsa grill memang sedap...tapi portion agak sikit kot..kalau nak try memang wajib try la...kalau tak kenyang kita serbu kedai mamak pulak lepas tu...






Thursday, September 19, 2013

baju untuk preggy mommies

Wrote by


preggy mommies yang tengah mencari baju yang selesa boleh terjah lil-qarmaa-blogspot.com... ada new PAISLEY FISHTAIL TOP...sangat selesa untuk yang preggy..sebab baju nih loose and selesa...untuk bf mommies pun sesuai jugak...tak preggy pun cantik...boleh pakai dengan skirts atau pants... memang cantik la..ada 6 warna menarik....



fanpage: Lil'Qarmaa
instagram : lilqarmaa


Wednesday, September 18, 2013

part 3: bersalin oh bersalin (ending)

Wrote by


Allhamdulillah baby isa selamat dilahirkan jam 2.22am...syukur sangat semuanya selamat and baby isa allhamdulillah cukup sifat and sihat...so nurse dekat labour room suruh tunggu kejap dia call nurse ward untuk pick up kitaorang..hahah...masa nurse ward datang tengok and check baby...baby isa dah poo poo pun... yeayy..good boy syg...then fa baring atas katil and peluk baby isa..nurse hantar kitaorang pergi ward... ward dekat hukm jenis open ward..so far bagi fa selesa...


sampai ward...nurse minta pampaers and baju untuk baby isa...ward hukm tak payah bawak barang baby pergi labour room...diorang guna barang hospital ja...bila balik ke ward baru guna baju sendiri.... nurse cuci poo poo baby isa and pakaikan dia baju...then tinggalkan kitaorang...hub, mak sedara and mil pun teman kejap dekat ward then diorang nak balik untuk bersahur...tinggal la fa dengan baby is berdua bermalam di ward...nih forst time fa kena warded...tak pernah lagi warded...so perasaan macam boring amat...nasib ada baby isa...fa tenung ja dia tido...tak sangka nyawa yang fa bawah 40 minggu dalam perut nih..sekarang dah depan mata fa...setiap masa belek baby isa ja...sampai tak tido fa masa dalam ward tu...ada jugak la baby isa nangis nak susu...masa tinggal sorang dengan baby isa dalam ward macam cuak jugak sebab fa tak pernah handle baby...pastu takut kalau isa nangis nanti fa blur...first time la katakan....tak sabar nak tunggu siang...nurse cakap if tak ada apa-apa kitaorang boleh discharge...


pagi tu doktor datang melawat and dia cakap fa dengan baby boleh discharge...terus tak sabar nak balik...whatsapp hub bagitau....masa dekat ward baby isa poo poo tiga kali u olls...kencing fa tak perasan..nurse pulak cakap kalau tak kencing tak boleh balik lagi..terus la sedih pulak..baby isa please kencing..dalam 1 lebih tu nurse lain datang cakap dah boleh discharge and bagi bill suruh hub pergi bayar.... yeayyy...finally..nurse cakap baby mesti terkencing masa poo poo...maybe fa tak perasan kencing isa sebab kencing baby sikit sangat...


masa dalam ward baby isa ada nangis nak susu...so fa susukan baby isa...masa nih fa tak sure susu dah keluar belum..sebab baby isa menhisap ja...fa rasa kalau ada pun sikit sangat kot..tapi baby isa bersabar dan menghisap ja..lama jugak dia melekat dengan fa....baus jugak...baby cuba menghisap even tak keluar susu... baby macam stimulate bagi keluar susu...dalam 2 petang tu fa dah boleh discharge dengan baby... allhamdulillah...semuanya sihat...bil bersalin normal fa tanpa epidural dekat hukm dalam rm500 lebih sahaja..









Thursday, September 12, 2013

part 2: bersalin oh bersalin

Wrote by


okey kita continue part 2 sementara baby isa tengah tido...perlu update laju-laju sebab baby isa kejap ja tido..pastu jaga nak susu...pastu sambung balik tido...


21 Julai 2013
dah pukul 12 lebih pagi tu nurse seluk and bukaan fa dah dekat 8cm...masa nih contraction makin kuat sangat-sangat...yes...contraction kuat dan fa sakit sangat... masa nih fa siap berpeluh lagi tau...tanya hub hospital nih tak buka air cond ke....hub cakap eh sejuk la...diorang buka aircond..masa nih fa berpeluh and rasa dahaga...fa minta dengan nurse air....sebab tak sempat bawak masuk air zamzam yang fa bawak dalam labour room...terlupa sungguh..tapi fa sempat teguk sekali sebelum masuk labour room...pastu nurse cakap fa tak boleh makan..minum pun just air kosong tapi sikit ja..so nurse bawakan air kosong untuk fa...


setiap kali contraction datang mesti fa panggil hub even dia dekat sebelah fa ja..and pegang tangan dia kuat.. sorry ya hub kalau tersakit fa genggam....sebab memang menahan sakit yang amat sangat...tak tergambar sakit tu...sakit contraction dekat pinggang...rasa macam nak tercabut tau pinggang...setiap kali contraction fa mesti duduk tak senyap...mengiring sana..lipat kaki la...sampai nurse and doktor datang suruh fa duduk diam-diam sebab tak dapat nak baca bacaan ctg...bacaan ctg jadi tak cantik kalau fa duduk tak senyap...tapi doktor saya tak tahan kot sakit..sangat sakit...mana boleh duduk diam....sampai satu masa fa dapat teknik keraskan badan masa datang contraction..siap pejam mata tau...kurang la sikit..sikit ja ok..tapi sakit still kuat ya...fa ada minta any pain killer dekat doktor..sebab tak tertahan kot...doktor cakap dah tak boleh sebab bukaan fa dah besar...nanti kalau ambil baby tido tak aktif...so fa tahan ja...setiap masa menahan sakit fa baca doa nabi yunus dalam perut ikan...selawat baca al-fatihah ayat qursi...macam-macam la yang terlintas....


nurse suruh fa sedut gas masa contraction datang...fa ada cuba 2,3 kali..tapi macam tak ada effect apa-apa pun...so fa cakap denga hub tak nak...biar fa tahan ja...masa nih memang terlintas kalau Allah nak tarik nyawa fa pun tak apa..sampai macam tu sekali tau...Astagfirullahaladzim....tah apa-apa fa nih....fa kuatkan diri dengan baca doa nabi yunus..fa tau orang lain boleh tahan..fa pun boleh...hub banyak bagi semangat time nih..tq hub....and fa kuat sebab tak sabar nak jumpa my baby....dalam pukul 1 pagi kot doktor and nurse datang seluk lagi...dah dia nak seluk time contarction...fa suruh doktor tunggu kejap bagi habis contration baru seluk...then doktor seluk cakap still 8cm..Ya Allah kenapa terasa lambat sangat nih...setiap kali habis contratcion fa akan minta hub suapkan air...rasa kering sangat tekak...


pastu nurse datang lagi...dia cakap dalam pukul 2.30am doktor akan datang check fa..dia cakap kalau rasa nak terberak cepat-cepat panggil diorang....masa nih la..fa kerap tanya hub pukul berapa...terasa lambatnya masa berlalu...nak tunggu 2.30am dengan sakit sangat....lamanya...sampai satu masa fa rasa nak teran and fa siap terteran sikit tanpa sengaja tau time contraction...pastu fa rasa nih kot yang nurse tu cakap tadi..rasa nak terberak...fa suruh hub panggil doktor...then doktor dengan nurse datang and minta hub tunggu luar kejap... doktor nak check bukaan...masa nih doktor seluk time contratcion..Ya Allah sakit jugak ya...kalau seluk time biasa tak sakit..tapi time contraction menahan sakit contraction lagi...tarik nafas untuk doktor seluk lagi..fuhh.. sakit kot...pastu fa dengar doktor cakap dah 10cm...masa nih fa tiba-tiba datang semangat kuat.. rasa contratcion pun hilang..sebab dah tiba masanya...doktor suruh nurse prepare semua barang nak bersalin and panggil hub masuk...


hub masuk and berdiri tepi kepala fa sambil gosok kepala fa bagi semangat..doktor suruh tarik nafas dalam-dalam and teran sehabis nafas....mula-mula fa buat tak menjadi..yes masa nih ilmu yang fa baca teknik pernafasan habis hilang....lupa habis...yela..time nervous sakit macam nih...memang dah tak ingat dah teknik semua...banyak kali fa cuba teran tapi nafas tak panjang...masa nih fa dah tak rasa contraction...maybe sebab tengah fokus push baby...ramai nurse masuk bagi semangat dekat fa suruh push..lama sikit doktor cakap nak gunting sikit..yes fa dapat rasa and dengar bunyi masa doktor gunting..siap boleh terlapas cakap aduh lagi tau..terasa jugak sakit tapi tak sakit macam contraction tu...bila fa dah dapat push sehabis kuat..doktor suruh kuat lagi sebab baby dah nampak kepala..takut lambat baby lemas...masa nih lagi bersemangat...fa tarik nafas terus push sampai habis nafas..then terus tarik nafas lagi push lagi....tak boleh ada gap ye lepas habis nafas..kena terus tarik nafas dalam-dalam cepat-cepat tau....then fa terasa ada satu benda besar keluar seketul macam tu...and terdengar suara baby nangis... terdengar hub cakap allhamdulillah and kiss dahi fa....masa nih fa syukur sangat baby dah keluar dengan selamat... pastu dengar nurse cakap Assalamualaikum dekat baby... nurse lap-lap baby sikit..pastu letak atas fa...Ya Allah masa nih tak caya fa dah ada baby...dah jadi mama.. memang sebak sangat tau...then nurse ambil bersihkan baby untuk hub azankan...


pastu sesi menjahit pulak...lama jugak doktor jahit sebab doktor nih perempuan...lembut ja buat kerja.. dia buat slow-slow tak nak fa sakit..doktor ada cucuk ubat bius..tapi dia cakap nanti masa jahit lapisan luar akan terasa jugak sakit...yup memang terasa jugak sakit masa jahit...tapi tahan ja la... doktor cakap kulit fa tebal tu terasa sikit sakit...nurse cakap bagus kalau kulit tebal so lepas gunting tu kulit tak jadi lembik and susah nak jahit...settle ja jahit...nurse bawak masuk baby bagi fa breastfeed...masa nih baby pandai sangat cari nipple and hisap....hub pun dah boleh masuk masa nih...then nurse hantar makanan..roti, air kosong dengan air milo...dia suruh fa minum air kosong..kalau tak rasa nak muntah..baru minum milo and makan... fa apa lagi terus makan la...nasib tak muntah....tunggu kejap dekat labour room..rehat-rehat...baru ditolak ke wad...















akan bersambung...............



Tuesday, September 10, 2013

part 1- bersalin oh bersalin

Wrote by


anyone yang follow blog fa mesti tau fa risau menunggu masa melahirkan baby kan..yela orang 38 weeks plus pun dah bersalin..yang due date lewat dari fa dah bersalin..tapi fa baby masa tu masih hapy lagi dalam perut fa...oh..cuak jugak la..sebab risau kan takut induce and takut apa-apa jadi dekat baby... masa tu pikir macam-macam la...setiap masa berdoa hope baby ok..and semuanya selamat...fa siap turun naik tangga dekat rumah tak naik lif..dah rumah tingkat lima...sebab nak bagi cepat bersalin..mop lantai, cuci toilet tapi still tak ada tanda bersalin lagi...


sepatutnya due date fa 19 julai...fa overdue 2 hari...dah la masa tu tak tau rasa sakit or macam mana tanda bersalin selain keluar darah or pecah air ketuban...tak tau rasa sakit tanda nak bersalin macam mana...fuhh... nervous jugak masa tu..ok..fa buat by part la ye..sebab panjang kan...nanti korang bosan pulak baca...jom kita start...are you ready darling?
20 julai 2013
pukul 11 pagi tu fa ada rasa macam sengugut...tapi tak kuat sangat...tapi kerap jugak...dalam 10 minit sekali.. tapi boleh tahan lagi...hari tu hub ada kelas...fa pun berpuasa lagi hari tu...sebab tak sakit sangat kan..mampu bertahan lagi..tapi makin lama sengugut tu macam makin kuat pulak sakit...bila datang sakit tu..tak boleh nak baring or duduk..berdiri pun macam tak kena...tapi sakit tu kejap je..dalam beberapa saat ja kot... mak sedara fa ada dekat rumah fa..dia suruh fa buka puasa suruh makan la..bagi tenaga kot dah nak bersalin..tapi fa tak nak...sayang kot puasa...so fa bertahan...time nak solat pun tahan ja...memang sakit sangat...siap whatsapp hub suruh balik terus after kelas...fa cakap leps berbuka pergi hospital...tapi risau pulak kot nih braxton hicks saja....sebab fa tiap masa pergi toilet check kot ada keluar darah or air ke... tapi yang keluar macam lendir jernih ja...selalunya tanda bersalin lendir bercampur darah kan..tu yang fa confius tu...lendir nih keluar 2,3 hari sebelum jugak....tapi fa buat dunno ja...


time berbuka pun sakit tu datang lagi..fa bagitau hub lepas berbuka pastu mandi and solat terus la pergi hospital...masa time mandi tu..fa wee wee dulu..time tu perasan ada darah sikit...sikit sangat...lepas solat terus kitaorang pergi hukm...time nih nervous dah dalam kereta...dah sampai masa dah ke..fuhhh...kalau dah masanya..hope dipermudahkan...


hub drop fa dengan mak sedara dekat emergency o & g..fa daftar..and nurse check bp semua...then dia suruh kencing untuk check urine...pastu dia bagi kain hospital suruh tukar sebab jap lagi doktor nak check bukaan aka seluk..oh my nervous i time nih..sebab teringat ramai orang cakap seluk tu sakit kan...nurse pasangkan ctg nak check denyutan jantung baby....then bacaan tak berapa elok sebab maybe baby tengah tido and tak aktif...time nih jugak la doktor pelatih nak buat survey tanya itu ini pasal pregnancy fa...alahai ko tau tak aku tengah nervous nih..boleh pulak muka selamber ja tanya macam-macam...tapi layankan jugak la...pastu doktor datang..nasib perempuan...dia cakap nak seluk..terus fa istigfar banyak-banyak...dia suruh fa tarik nafas and dia seluk...masih nih takut jugak..kot la tak ada bukaan lagi...sebab sebenarny fa ada jugak perasaan excited nak jumpa my baby..yela..dah tunggu lama kan...lepas tu doktor cakap dah 4cm...Ya Allah masa nih happy sangat...sebab dah 4cm...doktor kata nak pecahkan air ketuban...fa angguk ja..doa nak jumpa baby dah termakbul..allhamdulillah...dah tiba masanya...pastu berdoa hope malam tu jugak la dapat bersalin...lepas doktor pecahkan air ketuban..yes darling..pecah air ketuban tak sakit..lepas tu akan rasa ada air panas mengalir ja dengan banyak...doktor tu boleh cakap dekat nurse yang fa nampak relax ja.. ya doktor saya buat relax supaya tak sakit...allhamdulillah teknik berjaya...bila bangun perasan kain habis basah and ada lendir and darah..so nurse suruh tukar kain sebab doktor suruh fa masuk labor room....labour room pun ada kosong.then bila keluar dari bilik pemeriksaan tu...mil and fil pun ada sekali..baru datang..terus fa ditolak masuk labour room..


hub ja dibenarkan masuk labour room...tapi fa ditolak masuk dulu..sebab hub kena register dulu ambil pass baru boleh masuk teman fa...labour room hukm bilik-bilik...1 bilik sorang..tapi tak la besar sangat..fa rasa agak selesa jugak la...dalam labour room nurse bagi baju dengan kain lain suruh tukar...and kena buka pakaian dalam ye..pastu nurse masukan ubat dekat bontot untuk bagi uut uut....lepas masuk ubat..terus fa pergi toilet melepaskan hajat....bila dah balik ke labour room..hub dah ada...nurse check bp and pasangkan ctg...masa nih contraction tak rasa sangat...tak sakit lagi...siap bleh bergambar...then nurse cucuk jarum dekat tangan sebab nak masukan drip..boleh tahan jugak ye sakit cucuk jarum untuk drip...pastu nurse tinggalkan fa dengan hub dekat dalam bilik..then kejap-kejap nurse and doktor datang nak check bukaan.. pastu lepas seluk..doktor cakap dah 7cm...allhamdulillah cepat jugak bukaan...




sila cari nama fa...


 tengah check blood pressure...muka ada senyum lagi time nih....



akan bersambung...............


Monday, September 9, 2013

allhamdulillah....selesai dugaan berpantang

Wrote by


lamanya tak update blog..rasanya last update masa dalam pantang kan..allhamdulillah sekarang fa dah habis pantang...today dah 51 hari...wink..wink...best oooo perasaan habis pantang....bab makan dalam pantang fa ok lagi ok..boleh terima makan terpilih...maybe sebab mas preggy kuat sangat melantak..semua teringin..so dah puas kot makan... so masa pantang awal-awal hari tu selera fa kurang sikit...makan ke tak pun tak kisah..maybe penat nak biasakan diri dengan baby..yela..bila dah ada baby nih..jangan kau harap nak buat semua benda yang ko plan...timetable hari-hari baby yang tentukan..nak makan or mandi kena tunggu baby tido dulu..tak pun kalau ada orang ganti handle baby..so dapat la terkejar-kejar mandi makan semua...


bab yang tak sabar nak nak habis pantang ialah berjalan keluar rumah..ooo....tu tak boleh tahan kot sebab fa kaki jalan..hahah...dah la berpantang time raya..azab betul tengok orang pergi beraya...fuhhh... hope lepas ni  kalau bersalin lagi jangan la time raya...tengok gedik dah nak pikir baby lagi..100 hari pun belum fa oiii.. sesabar la.sorang nih pun mama dia dah tunggang langgang...hahaha....


tapi fa dah bawak baby isa g jalan-jalan semalam..tu pun pergi jusco au2 ja nak beli pampers isa... tu pun confident sebab jusco kan baby friendly...nursing room semua merata tempat...ya la baby isa nih kalau nak susu...mak aiii..maybe 1 jusco boleh dengar dia nangis tak sabar...tapi alhamdulillah baby isa behave ja masa kitaorang keluar....duduk dalam stroller...first time nih baby isa try duduk dalam stroller g jalan... mula tu dia tido ja..lepsa tu merengek sikt nak susu..lepas dah bf...letak dalam stroller terus tak tido...excited kot tengok merata tempat....suka ya sayang..puny la dia menahan mata dari tido..lepas tu naik keta.terus zassssss tido..


fa dapat banyak request suruh update pasal pengalam bersalin...next update ye dear...sebab nak update tu perlu kekuatan...fobia masih terasa nih..hahah.....next post ye..insyallah..




tengok dia excited ja dalam stroller...



nursing room yang sangat selesa dekat jusco....i loike....




Monday, August 26, 2013

7 days to go..

Wrote by


Mood today excited sebab lagi seminggu nak habis pantang..today dah 37 hari..wink**wink**... terasa ketidaksabaran pulak lagi 7 hari... akan rindu ka saat berpantang? Mungkin tidak...saat preggy la paling dirindui..entah la...mungkin time preggy nak makan banyak pun tak risau sangat sebab pkir makan untuk dua orang... sekarang
makan banyak dah risau takut gemuk..dah la lagi 10kg perlu turun...


Sekarang hari-hari belek anak...bertuah isa..ada mama yang sentiasa belek kamu... kamu tido kejap pun mama dah rindu...tapi kan mama suka usha kamu time kamu tido malam... rasa eh nih ya baby yang mama bawak 40 weeks kehulu kehilir... sekarang dah depan mata mama..sentiasa dalam pelukan mama..setiap masa mama cium... now dab datang feeling ibu-ibu..anak nangis dah risau..takut anak sakit kembung ke...anak berak pun dah happy..siap tengok poo poo dia normal tak..banyak tak...uishhh...anak boleh minim susu guna botol pun dah happy tahap nak melompat sampai langit... now baru dapat rasa feeling ibu dekat anaknya...macam anak nih segalanya la...mama sayang isa sangat tau...


Baby isa makin hari makin tembam fa rasa... pipi tu macam kena pam.. tapi badan tak la pulak naik sangat..pipi tu buat fa geram....tiap masa la kena kiss pipi gebu tu.. nanti bagi badan pulak bam bam ya isa...boleh mama gomol..nanti boleh wrestling dengan papa...

















Wednesday, August 21, 2013

check up 1 month baby isa & mama

Wrote by


Kalau nak diikutkan hari..isnin lepas genap sebulan (30 hari) baby isa...tapi kalau nak diikutkan tarikh..hari nih 21/8 kiranya sebulan baby isa dalam pelukan mama... 21/7 jam 2.22 pagi baby isa lahir...mama bersakit-sakit melahirkan baby isa..allhamdulillah baby isa lahir dengan mudah tanpa ada masalah..allhamdulillah. ..mama pun tak sakit lama..allhamdulillah doa mama termakbul....sekarang baby isa dah makin besar..tak sabar tunggu baby isa boleh ketawa..boleh main2...alahai...tak sabar mama


Today ada appointment check up baby isa dengan mama dekat kkia... pukul 9 pagi... berat baby isa sekarang dah 4.1kg...patut lenguh jugak mama dukung baby isa time menyusu... teruskan bam bam ye baby isa.boleh mama gomol2 kamu nanti....masa injection hepatitis b tu...bukan main melalak anak mama nangis...cian mama tengok...mama pun nak nangis tengok anak mama nangis tau....sekarang baru dapat rasa perasaan ibu-ibu kalau anak meraung sakit..


Fa pun kena check up tadi...check urine..check hb..luka jahitan...berat dengan bp..allhamdulillah semua ok..jahitan pun dah baik....berat fa dah turun 12kg..wink.... nak turun lg 10kg...harap berjaya la ya...




Nik aaliif isa - day 32


Monday, August 19, 2013

baby isa 30 hari

Wrote by


Pejam celik pejam celik hari nih dah 30 hari berpantang....maksudnya my baby isa dah berusia 30 hari....rabu nih 21 ogos baby isa kena g check up....cepat ke eh masa berlalu? Sebenarnya 30 hari dalam pantang fa rasa lama tau..sebab terperuk dalam rumah ja kan..al maklum la fa nih kan suka keluar... bila aktiviti terbatas tu yang rasa lama tu.....


Allhamdulillah baby isa selama sebulan nih dah pandai senyum kadang-kadang...dah pandai tengok orang..alahai..tak sabar mama tunggu baby isa pandai main-main..terseyum..gelak bila orang agah dia nanti...tulang baby isa kuat sangat...nih mesti ikut papa nih..klau pegang dia..mesti dia tolak kaki dia nak berdiri...ala anak mama... kuatnya dia...nak main ragbi macam papa ke bila besar....


Allhamdulillah selama 30 hari nih fa dapat direct feed my baby dengan susu ibu..hopefully banyak lagi la susu lepas nih untuk baby isa membesar... mama harap sangat anak mama membesar dengan sihat dan pandai....love u baby isa....




Nik aliif isa - day 30


Saturday, August 17, 2013

akikah baby isa

Wrote by


Masa baby isa genap 7 hari family in law buatkan majlis belah mulut & gunting rambut... tapi buat simple ja...tak ada majlis besar...just family sebab bulan puasa kan... majlis tu pun buat after tarawikh...fa nih nervous ja takut baby isa nangis masa majlis.. tapi allhamdulillah baby isa behave sangat....


Raya kelima pulak allhamdulillah settle buatkan majlis akikah untuk baby isa dekat kampung fa....korban 2 ekor kambing untuk baby isa...allhamdulillah selesai akikah untuk baby isa... ramai jugak yang datang sebab first baby fa kan and first cucu dalam family fa...



Abaikan fa yang selekeh mata panda....gemuk lagi...lepas nih kita bersenam la jawabnya nak kurus kan...



Friday, August 16, 2013

oh berpantang

Wrote by



Today dah 27 hari berpantang.....kira punya kira..mak aiiii..ada lg17 hari..oh my lamanya lagi....kalau tengok orang lain berpantang macam sekejap ja..bila kena diri sendiri......oiiii lamanya nak habis sehari...nih nak menanti lagi 17 hari.. walaweh....perlu kuatkan hati la... bab berpantang nih...fa rasa fa tak la betul macam berpantang kot...berpantang makan memang ya la..nak pakai bengkung bagai x pulak...pakai sehari dua masa baru hari tu ja.. berurut dengan bertungku pun 3 hari masa 2 mnggu bersalin hari tu.....


Kalau ko nih memang kurus tak apa fa oiii..dah la gems...tu malas lagi nak bertungku berbengkung..bajet dah kurus la tu...hub pulak tak bagi diet sebab fa susukan isa...tapi suruh berat fa 50kg..pengsan I papa oiii...masa kawen pun berat lebih 50kg... 
Tapi apa salah mencuba...bf baby orang kata akan kurus..n masa berpantang nih selera makan fa dah kurang tak macam masa mengandung.. gila la bab makan..macam kebulur ja.. adakah ini petanda akan kurus....hopefully. ...dah beranak nih perlu la jaga badan jugak kan.. semalam sempat whatsapp hub tanya pendapat nak online shopping...terkezut mak nokk...hub bagi green light....kalau tak...mesti bantah ja memanjang... hub cakap nanti habis pantang kena lawa-lawa balik...haha..teruja fa bila hub cakap gitu..so boleh la shopping untuk lepas pantang kan...hahahahahah....over kau..


Sekarang teruja menunggu stroller isa sampai malaysia...bab stroller nanti dah sampai... baby isa dah try baru fa review okey...hope baby isa suka la stroller idaman papa & mama nih tau..okey la..baby isa dah bangun nak menyusu....



Nik aaliif isa - day 6


 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com