Friday, May 31, 2013

Antenatal kelas HUKM

Wrote by





masa awal preggy dulu berpikir beribu kali patut tak pergi antenatal kelas...bila baca blog mom to be ramai yang attend antenatal class...pastu bila pikir-pikir yang fa nih 0 pengalaman and information pasal bersalin nih.. yela ada jugak la membaca tapi tak sama kalau ada yang mengajar kan...terus cakap dengan hubs... hubs ok ja....then start la sesi mencari kelas antenatal dengan mengoogle...yela tak tahu nak pergi hospital mana kan untuk kelas..sebab awal tu kan kitaorang plan nak bersalin dekat kedah....then last nih tukar bersalin dekat kl ja....insyallah dekat hukm...bab hukm lain entry la ya....lucky me... hukm pun ada buat kelas antenatal sebulan sekali...so kitaorang register and bayar RM100 untuk attend kelas nih....nih fa letak jadual..kot ada mom to be yang tercari-cari...kalau nk booking to boleh la call dulu hukm or korang pergi ja bahagian O & G terus...




fa pergi yang bulan mei tu..masuk 8 bulan fa rasakan masa sesuai untuk attend kelas antenatal.... ada sesetengah hospital antenatal kelas nih free...tapi kitaorang tetap pilih hukm sebab planning bersalin sana... so masa antenatal kelas nih diorang akan tunjuk labour room and ward...so rasa better kitaorang attend kelas dekat hukm walaupun berbayar...


tetiba date tu hubs tak dapat pergi sebab ada kelas...so fa pergi dengan sis in law...kitaorang ja kot couple perempuan..hahaha...yang lain semua dengan hubs...tapi nak buat macam mana..its ok la... sama ja..asalkan fa pergi kan...



nih la tentatif hari tu...makan pagi, tengah hari and petang memang disediakan....tapi makanan dia not bad..sedap..opss...nih pulak yang diberitahu..hahaha....


nih masa dalam lecture...haha.....lama dah tak masuk lecture hall..terus teringat zaman belajar dulu-dulu..




sebelum lawatan ward tu..siap ada praktikal senaman mengandung and dia ajar cara betul masa nak bersalin.. ahah..ketawa kitaorang sambil buat tau...



so far...kelas nih membantu jugak sedikit sebanyak....at least fa tau bila perlu ke hospital..cara teran dengan betul...cara mandi baby and susukan baby...hopefully dapat ingat la sampai ada baby nanti... so mom to be yang terpikir-pikir nak pergi ke tak kelas...fa rasa better pergi...tapi kalau tak nak pun okey... sekarang semua korang boleh baca dekat internet or buku kan...betul tak??





Thursday, May 30, 2013

atasi bengkak kaki masa preggy

Wrote by


Allhamdulillah today dah 32 minggu 6 hari preggy....kalau ikut perkiraan lagi 50 hari untuk baby keluar... hopefully semuanya lancar & selamat....amin...dah masuk 8 bulan nih... kaki fa cepat sembab atau bengkak... rasa kaki gemuk berserta jari-jari kaki akan gemuk sekali..alahai sekali tengok comel jugak sebab montok-montok...tapi rasa tak selesa la...hari tu keluar berjalan dengan hubs kaki membengkak dengan juaranya pastu teman hubs hantar kawan dia dekat lcct.kan lama dalam kereta...lagi la kaki nih membengkak dengan sungguh sihat...sampai selipar pun ketat gila....tapi kaki fa bengkak paling cepat sebelah kiri...kanan kurang sikit bengkak...tapi bengkak nih jadi kalau fa banyak berjalan and duduk lama....


fa tak berapa risau kaki sembab/bengkak time preggy nih..sebab ianya perkara biasa...sebab fa dah baca pasal nih dari awal..so tak la rasa risau...so preggy mommy if kaki bengkak jangan risau tau...

Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.


Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.


Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.


Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.




tengok si kim nih sanggup pakai kasut gini lagi time kaki sembab kan...sungguh tak selesa...



so apa yang fa buat....fa akan lapik bantal dekat kaki time tido..so kaki akan tinggi sikit...jadi cecair yang berada di kaki akan mengalir lancar..nih yang fa buat..and ianya sangat berkesan..bangun pagi ja..kaki fa dah kurus seperti biasa...tak sembab lagi....tips lain untuk preggy mommies...

  • Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.



  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.




  •  


    nih la rupa mak buyung di ambang 8 bulan preggy...dah kembang semangkuk dah...




    Tuesday, May 28, 2013

    diapers bag yang sangat stylo

    Wrote by


    Allhamdulillah...so far barang for my baby almost complete..just ada sikit-sikit lagi nak dibeli...barang untuk mama pulak..yarrrrrrr.....harus la barang mama yang tak selesai lagi... set berpantang pun fa tak beli lagi... biasa la dahulukan baby kan..kalau dah jadi mama nih...sentiasa dahulukan anak..baru la faham bila kaum ibu cakap kalau pergi shopping mesti masuk kedai baby ja..dah tinggalkan kedai-kedai untuk mama kan.... now pregnant pun fa dah rasa semua tu....macam tak penting ja barang untuk mama...


    fa diapers bag untuk baby pun tak beli lagi....sebab biasa la kalau perempuan yang jenis gilakan beg.. sampaikan beg diapers anak pun nak yang cantik...tak boleh lari hakikat nih kan..masa awal preggy dulu...ada terbaca post Dr halina wife sheikh muzafar and blog pwettypearl pasal diapers bag tapi macam handbag..so 2 in 1...mommies tak payah bawak handbag dah....sebab  bag diapers nih pun dah macam handbag and sangat stylo...tak percaya??? tengok nih..








    storksak nina print tan





     

    STORSAK olivia



     

    Storksak Sofia Canvas Natural








     Storksak Sofia


    banyak lagi pilihan storsak nih...tapi nih di antara yang fa suka la... suka tak beerti perlu beli kan.. sebab harga dia mak aih..... tak sepadan kot sebagai diapers bag...tapi bila pikir..boleh buat jadi handbag..terus bermimpi-mimpi storsak nih.....alahai..anyone yang nak hadiahkan???


    korang boleh beli storsak nih dekat BEBE TOTZ UKAY BOULEVARD...memandangkan butik sis in law atas bebe totz nih ja..so kitarang selalu jugak ke bebe totz...setiap kali pergi mesti g tengok-tengok section storsak nih...meleleh air liur tengok..hah..






    Tuesday, May 21, 2013

    POST LARANGAN KEPADA IBU MENGANDUNG EDISI KEDUA

    Wrote by






    semalam fa pergi jumpa supplier restock long singlet warna-warni nih....sebab ramai sangat nak.. macam jual pisang goreng panas dah....customer siap beli banyak-banyak...so fa restock la lagi...sekarang yang available color MUSTARD YELLOW, PINK, ELECTRIC BLUE, GREY, BROWN, OLIVE GREEN... anyone yang interested nak order...boleh pm di page Lil'Qarmaa....atau whatsapp fa 0149301585...


    semalam adalah hari berjimba-jimba bersuka ria bersama sis in law...jalan-jalan mencari baju baby.... preggy mommies mana yang tak akan beli bila terlihat baju comel di kedai...rasanya waib beli kan walaupun sehelai.. nafsu membeli baju baby yang comel tu tak tertahan....sila sabar wahai kaum adam sekalian...fitrah seorang wanita kan gitu....tambah sekarang naluri keibuan semakin mebuak-buak...haha...alasan kan..




    oh my perut fa dah merampas kawasan orang dah sekarang kalau bergambar.....maafkan saya ya... so bila dah berjimba-jimba harus la kehausan kan....seperti biasa akan beli chatime...favorite sepanjang masa...tambah sekarang hubs pun dah menggilai chatime....sikit-sikit mengidam chatime..kalah preggy mommy tau..



     first time try passion fruit fruit QQ...sedap tak terkata....kejap ja habis fa minum...lepas nih nak order yang nih lagi... biasa la kalau dah berjimba wajib pergi mengisi perut yang lapar kan...so kitaorang berhi-tea dekat delicious....so preggy mommies....sila kuatkan semangat...kalau semangat anda tak kuat...sila jangan scroll sampai bawah...bahaya..takut mengidam pulak...


    tapi kitaorang nih dah bukan hi-tea ja...siap order sampingan lagi...hi-tea dekat delicious nih memang berbaloi...sedap bangat....hi-tea for tu nih dalam RM59.90...




     

    nih menu yang ada dalam set Traditional English Afternoon Tea

    Warm Scones with Preserves & Cream
    Assortment of Finger Sandwiches
    Duck Confit Tartlets
    Strawberries with a Chocolate Dip
    Hand-rolled Chocolate Truffles
    Rosemary & Cheese Cookies
    Choice of any one piece from cakes on display
    Choice of any two cups of hot coffee or tea


     biasa la bukannya hi-tea sangat..kitaorang nih plus dengan lunch sekali rasanya....so order la makanan yang mengenyangkan....ala-ala for lunch la...




    Teriyaki Salmon Steak memang superb...kalau korang pergi wajib order ok...sebab memang sangat lazat...  tambah pulak fa memang suka salmon..so memang kena dengan lidah la...




    for dessert....Sin in law order Chocolicious Sundae...terangkat la kalau makan nih...memang sedap..so korang patut cuba...


    kitaorang lepak lama juga dekat delicous...sebab dekat delicious Dua Residency memang tak ramai orang..luas and selesa kalau nak melepak tanpa gangguan...so mak buyung nih dari awal dok tengok menu nasi lemak....sebab gambar sangat mengiurkan..so order lagi nasi lemak..portion sangat la banyak...nad rendang ayam memang sedap sangat..tak terkata...maaf ya tak sempat nak ambil gambar nasi lemak... sebab sampai ja terus melahap....overall delicious punya makanan memang sedap..



    Friday, May 17, 2013

    Gula-gula masa preggy

    Wrote by




    start sebelum preggy fa dah ambil supplement yang sesuai untuk preparation preggy iaitu folic asid... makan tak sampai sebulan and fa preggy..(jangan salah faham folic acid bukan supplement bagi preggy ya)..nak tahu kepentingan acid folic...KLIK SINI...fa makan acid folic sampai la preggy 3 months...then pergi klinik kesihatan fa dah dibekalkan obimin yang pil color pink besar tu...Antara bahan penting yang terkandung dalam obimim adalah Folic Acid iaitu (mencegah masalah neural tube, keperluan 0.6mg sehari bagi wanita biasa dan 4mg bagi yang ada sejarah neural tube defects), Ferrous (zat besi untuk tambah darah), Calcium (tulang dan gigi). Keperluan kalsium wanita mengandung, 1200mg, mungkin perlu ditambah dengan cara lain, seperti kalsium tablet atau 3 gelas susu sehari .Begitu juga dengan zat besi.Obimin mengandungi pyrdoxine (B6) yang boleh membantu mengurangkan kesan morning sickness.


    nurse siap pesan makan obimin nih dengan jus kalau tak boleh telan dengan air suam..takut muntah kan...dia kasi makan dengan kopi or susu....allhamdulillah so far fa bab ubat-ubat nih senang telan...mewarisi perangai ayah and arwah mama kot senang telan ubat...hope nanti baby mama pun senang la ya makan ubat...fa ambil supplement preggy SALINDAH...Salindah fa start ambil masa 12 minggu preggy ambil yang botol B1... now dah third trimester fa dan ambil botol B3....Salindah nih ramai sedara fa ambil..so mak sedara fa suruh la try..good for mama and baby....so far allhamdulillah fa masih boleh makan salindah nih lagi...salindah nih base on homeopati...so sangat selamat dari drugs...ubat dia tak berbau dan senang dimakan...fa sebelum ambil...fa baca TESTIMONI dulu...banyak good review...orang cakap nanti baby lahir tulang dia kuat and bijak...bijak sihat ketentuan ilahi....kita sebagai mama nih perlu la berikhtiar kan cari terbaik untuk anak...


    then yang kuning tu NeuroGain pb..neurogain nih sejenis minyak ikan...fa start makan masa preggy 6 bulan... insyallah akan makan sampai bersalin nanti...NeuroGain ni mmg baik dan lagi bagus di makan masa 3 bulan terakhir sbb takut kalau makan dari awal preggy takut anak jadi hyperactive tp tak sure betul tak...tu apa yang fa pernah baca.. mungkin sesiapa yg dah pernah makan boleh share....neurogain nih bagus untuk perkembangan otak baby...neurogain nih fa beli dekat watson....kalau korang nak cari dekat farmasi pun ada jugak...


    last sekali yang pil brown tu iron tablets...untuk menaikkan hb..so far allhamdulillah hb fa tak pernah rendah..tapi atas sikit pada line la...then nurse kata...ambil la jugak iron tablets nih bagi naik lagi hb.... biasa la ubat free..sapa yang tolak kan...dari nak pergi beli..baik fa ambil and makan ja iron tablet tu..


    lain-lain fa still minum susu anmum materna....sebab ada membe dekat facebook bagi free...rezeki baby kan... so tu ja supplement yang fa ambil masa preggy nih...korang pulak ambil supplement apa... supplement nih kalau korang tak makan pun tak apa..asalkan makan makanan seimbang...fa nih perlu supplement.. sebab makan pun ikut suka hati...takut tak cukup nutrien pulak...tu yang ambil supplement...




    .


    Wednesday, May 15, 2013

    sesak nafas ketika preggy

    Wrote by


    Allhamdulillah today dah 30 weeks 5 days..bila masuk trimester ke-3 nih rasa cepat pulak masa berlalu... sekarang nih terasa jugak perut makin membesar dan berat...and malam nak tido mesti rasa macam sesak nafas sikit...pastu start la berpusing-pusing cari position yang selesa dan boleh bernafas dengan baik...fa tak risau sangat pasal sesak nafas nih...sebab pernah terbaca kan sesak nafas masa third trimester preggy perkara biasa...


    Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda.

    Tip Sesak Nafas 

    Salah satu gejala yang kerap menyerang ibu hamil adalah sesak nafas. Gejala ini mudah berlaku setelah kehamilan memasuki usia 6 bulan ke atas terutamanya pada trimester terakhir kehamilan.

    Keadaan ini disebabkan bayi yang semakin membesar dan menekan abdomen terutama di bahagian dada si ibu hingga mengurangkan ruang pada paru-paru yang menyebabkan anda sesak nafas atau adakalanya terasa sukar hendak bernafas.

    Berikut tip yang boleh anda cuba amalkan bagi membantu mengatasi keadaan ini.
    • Banyakkan melakukan senaman olahraga kerana ia akan membuat tubuh sihat dan segar serta membantu mengurangkan masalah sesak nafas.
    • Duduk dalam keadaan tegak agar ruang pada bahagian paru-paru tidak tertekan dan mengganggu pernafasan anda.
    • Semasa tidur pastikan bahagian kepala dan bahu agak tinggi sedikit agar paru-paru tetap mempunyai ruang yang cukup untuk memudahkan pernafasan anda.
    Jika anda berasa sukar bernafas, berhenti daripada aktiviti yang sedang anda lakukan, berehatlah dengan bersandar pada kerusi atau bantal.





    Tuesday, May 14, 2013

    kira baby movement & kick

    Wrote by


    last week fa ada antenatal check up untuk 7 months....sekarang dah perlu check up 2 minggu sekali..kalau tak sebulan sekali...so nurse dah suruh fa kira and tick pergerakan baby dalam masa 12 jam sehari...dari pukul 9am-9pm...baby kena ada movement dalam 10 kali..kalau movement kurang dari 10 kali..kena cepat-cepat pergi hospital...so far allhamdulillah pukul sebelum pukul 3pm...mesti dah cukup 10 kali kadang sampai terlebih...


    tak kan la nak bawak buku pink kehulu kehilir tanda setiap kali baby gerak kan...so apa lagi..fa search la dekat play store application untuk kira baby movement nih...finally terjumpa BABYKICK TRACKER... nih paling simple and cute untuk digunakan...



    nampak tak yang pink sebelah kanan tu...sekarang letak app nih dekat home screen handphone.. mudah..baby gerak ja..terus buka and click...




    nih la rupanya application tu...comel kan...?so bila korang rasa baby gerak...click ja dekat baby kick and save... mudah kan....




    nih la rupanya kalau korang dah klik baby movement...siap save dengan date and time..malam baru fa tick dekat buku pink....mudah kan?


    nurse pesan tick bila rasa pergerakan or baby kick yang kuat..yang slow-slow tak dikira...baiklah nurse...




    Friday, May 10, 2013

    MGTT & #5 barang untuk baby 'N'

    Wrote by

    today terpaksa pergi minum air gula dekat kkia...sebab arwah mama fa ada diebetes..so takut ada faktor keturunan kan diebetes...then nurse buat appointment suruh minum air gula pagi tadi pukul 8am....macam biasa la ambil no dan tunggu...wow first time today dapat no 1...keluar terawal kot pastu mrr2 pun tak jem..awal la sampai...then nurse ambil darah dekat hujung jari..sepatutnya ambil dekat tangan..tapi mesin rosak..so dia cakap ambil dekat jari ja...kalau tinggi baru kena repeat next time ambil dekat tangan....malam tu kena start puasa dari pukul 10pm...tak boleh makan kecuali air kosong sahaja...mak aii..pukul 12 lebih fa lapar kot,,tapi menahan ja....baby pulak bersilat gayung dalam perut...biasa la time dia katif tengah malam..habis la mama nanti kena berjaga malam dengan kamu sayang....


    lepas ja ambil darah...nah perkara yang tak disukai preggy mommy...kena minum air gula segelas... mai ai...pekatnya la air gula tu...fa ada terbaca yang setengah tempat checp up..air gula diorang ada flavor...fa punya semata-mata air gula...ya pun buat la teh ais manis-manis..fuhhh..confirm fa telan dengan laju...allhamdulillah tak muntah...kalau tak tak pasal kena minum balik...tapi terasa la loya-loya... fa minum air kosong ja lepas tu..so far bertahan la dari muntah...sebaba terasa loya ja...


    dua jam lepas tu kena pergi balik klinik untuk ambil darah...allhamdulillah..fa bebas dari diebetes... nih result sebelum dan selepas minum air gula...



    lepas ja settle semua..nasib bawak buah jambu sebagai bekal loya...so hilang rasa loya lepas makan buah...fuhh..planning ke mid valley pulak nak terjah MOM & BABY EXPO...terpaksa la pergi sorang sebab hubs keja kan...haha/...semangat betul kan mom to be nih...nasib rasa berbaloi..sebab dia buka 3 hall...so banyak la choice kan and price pun fa rasa murah berbanding kedai and online...




    nih ja yang fa beli sebab pergi sorang klan...tak larat mengangkut banyak barang...tah sah kalau tak membeli baju..haha..tambah rompers...hubs dah bising cakap baju banyak baby dah...takut tak lama pakai..okey hubs saya berpuasa tengok baju baby ya...tahan nafsu ya fa..hehe...then beli nursing pillow bumble bee...price biasa dalam RM90 lebih kan..kalau less dekat sogo pun boleh dapat RM79.. nih fa beli RM59...murah kan...then beli milk storage bottle and bags,,both brand autumz.. bottle tu rm28 untul 10 bottles and bags 7oz rm9 kot kalau tak salah fa.. .then beli drypers petpet newborn....price RM25..mahal ke ye?? sebab fa tak pernah survey harga drypers lagi..just mahu mecuba petpet dulu....kalau sesuai dengan baby...boleh teruskan..




    nih pulak dapat free gift...drypers huggies and bumble bee insect repellent balm..so kalau baby kena gigit nyamuk boleh la try sapu bumble bee balm nih kan...ada tak yang pernah try balm nih?? berkesan tak? nanti fa try and fa akan cuba review ya....




    Mom & baby expo

    Wrote by



    wah MOM & BABY expo la start today sampai ahad...maybe nih last baby expo untuk fa before deliver... pergi or tak?





    Thursday, May 9, 2013

    YAY or NAY contact lense time preggy

    Wrote by


    follower instagram faismail mesti dah terbiasa kan tengok fa post picture syok sendiri depan cermin dalam bilik..al maklum la tak ada orang tolong ambilkan picture...terpaksa la cermin jadi mangsa... nak buat kenangan and nak tengok perubahan diri time preggy kan...tu yang syok sendiri ja selalu..kesian follower instagramku........


    kalau korang perasan...fa selalu pakai spek time preggy berbanding dulu akan pakai cotact lense kalau keluar....tapi sejak preggy nih fa dah tak pakai contact lense...masa memula preggy dulu..ingat lagi time kitaorang pergi honeymoon dekat krabi...fa pakai contact lense..pastu rasa macam tak selesa...mata cepat kering...nak kata contact lense lama..fa dah tukar baru...mula tu tak perasan lagi maybe sebab preggy...sampai terbaca dekat apps dekat phone pasal preggy...sometimes preggy mommies akan rasa tak selesa memakai contact lense...baru la fa tau..fa tak boleh pakai contact lense time preggy...after tu terus pakai spek jadi nerd nerd mom to be...


    'Namun, bagi sesetengah individu, misalnya mereka yang mempunyai mata jenis kering, menghidap sebarang jenis penyakit okular (mata), wanita mengandung atau mereka yang sedang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit yang serius, tidak sesuai menggunakan kanta lekap. Ini kerana dalam keadaan seperti yang dinyatakan, mata mereka biasanya lebih sensitif, mudah berlaku edema dan sebagainya.'







     



















    tengok...semua picture syok sendiri fa bercermin mata...NO NO contact lense time preggy nih... then teringat pulak masa preggy berapa bulan tah.,.fa rasa spek fa macam kabur...terus la terasa maybe power naik kan..so ajak hubs pergi nak buat spek baru...masa test mata tu..power still sama macam dulu.. fa pelik la sebab memang kabur kalau jauh...orang kedai tu cakap ..nih maybe sebab preggy..so inbalance hormone kan...so after deliver nanti maybe ok macam biasa...then fa tanya pasal pakai contact lense time preggy...dia cakap kalau boleh avoid la pakai contact lense time preggy... takut infection ke apa kan....so bahaya...and conclusionya...mari kita bercermin mata sahaja time preggy.. 


    nih bagi fa la..kalau ada preggy mommies yang selesa bercontact lense..so terserah la..setiap orang kan tak sama..=)




    Tuesday, May 7, 2013

    Allhamdulillah

    Wrote by




    fahamkah maksud ini?




    Friday, May 3, 2013

    Kebaya kimono cardi intrend

    Wrote by


    kimono cardi sekarang still intrend walaupun agak lama diperkenalkan...rasanya macam evergreen ja kimono cardi kan..senang kalau pakai dress or top ke..bleh ja sarungkan kimono cardi nih dekat luar...cantik ja if nak pakai dekat dalam tu plain or not...tapi fa lebih suka pakai yang plain di dalam..tambah time sekarang fa suka pakai kimono cardi..selesa dan dapat menutup baby bump yang makin ke depan nih..heh.. 


    credit: google

    bagi yang belum mengenali apa itu kimono cardi...inilah rupanya...cantik kan..miley cyrus pun pakai..nampak santai ja and stylo kan...



     credit pic : baajookoo


    tapi kali nih fa keluar kan kebaya kimono cardi 2 style....kebaya? yes...boleh dijadikan kebaya...just pinkan brooch besar pada bahagian depan...tadaaaaaaaa...dah boleh jadi kebaya...kebaya nih boleh style dengan pants atau skirt mahupun kain..mesti nampak klasik dan up to date kan....




    cakap banyak pun tak guna...jom kita tengok ada warna apa and berapa RM...


     caramel brown


     dusty pink



     black



     blue



    brown



    electric blue


    tentang price jangan risau...hanya RM50 je..and size ada FREE SIZE...muat dari uk4-uk16...so yang plus size..jangan risau..korang pasti muat.... material pulak 100% crepe chiffon (slightly stretchable and superb quality!)....

    nak order boleh pm FANPAGE LIL'QARMAA...sms/whatsapp fa 0149301585 atau email ke lil.qarmaa@gmail.com

     


     
    Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
    Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com