Monday, March 31, 2014

penyediaan beras untuk buat bubur nasi/ moi untuk baby

Wrote by



Alhamdulillah fa dah share cara buat puree untuk baby kan. So korang dah try? Mudah ja kan. Cara sama just tukar buah or sayur ja. now nak buat tutorial.. haha tutorial pun boleh.. cara fa sediakan beras untuk bubur nasi isa. Orang kedah panggil moi.. 



Rice baby start 6 bulan dah boleh makan. Tapi fa start ajar isa makan bubur nasi masa 7 months. 6 months fa buat puree untuk isa. Untuk mommy semua bagi baby
 food better start dengan puree.tak kisah la puree buah or sayur.... big no no untuk nestum or cerelac ye mommy. Tak bagus untuk baby...






Fa guna beras perang untuk isa.. s3bab masa study dulu reserach fa pasal beras perang. Yes..beras perang lagi banyak khasiat daripada beras putih. Beras perang tak ada kanji..m so senang baby nak poo poo...Tu harga lebih mahal sikit. Tapi untuk isa beli pack 1kg pun lama ooo tahan.. tak kisah la brand apa asalkan beras perang... kalau korang nak beli beras lain pun boleh ja..tak salah.. anda ada hak untuk memilih kan... yeahh.. 








Then korang rendam dulu beras.. macam fa rendam lebih kurang 2-3 jam dulu... seeloknya lebih lama dalam 12 jam. Dengan perahan lemon atau limau nipis.... untuk memudahkan penghadaman baby and nak bubur cepat masak... bila korang rendam beras perang nih...color akan luntur and air tu akan berbau masam macam basi...jangan risau.. tu semua sebab proses penapaian ..then korang boleh terus masak dengan air rendaman tadi... tapi fa macam was-was sebab air tu berbau... fa cuci sekali lagi lepas rendam...





Then fa keringkan dalam semalaman... macam fa cuci beras dan keringkan semamalamN...esok baru guna...


.




Esok pagi tu fa goreng beras tanpa minyak untuk pastikan beras tu kering sepenuhnya...kacau sikit bagi semua butiran beras kering.. takut kalau ada tak kering nantikita simpan beras berkulat...lepas goreng tu..biarkan seketika bagi beras sejuk... masa nih pergi la tengok si kecik tu buat apa..haha..










Pastu korang blend dalam blender kering tau.. nih blender kering sekali dalam blender mini philips yang fa beli tu.. berbaloi-baloi...make sure nak blend nih blender korang 0un dalam keadaan kering tau tau....korang blend la sampai jadi serbuk... senang nanti bubur nasi korang dah halus.m tak payah tapis...





Last sekali simpan dalam container kedap udara tau... nak guna nanti cedok ja terus masak bubur.. jimat masa... tap payah tiap kali nak masak nak kena cuci beras..blend beras kan.. jadi mak mak nih masa terhad kan..nak tengok anak lagi..kerja rumah lagi... so macam nih kan senang...



sekali fa sediakan beras nih tak banyak...bajet untuk seminggu or paling lama 2 minggu..  takut lama-lama berkulat...Nak masak bubur nasi next entry la ye..kita ajar step by step bagi korang faham...





Friday, March 28, 2014

cara mudah buat puree baby

Wrote by


Dah start semalam dengan post pasal blender. So next post kita cakap pasal solid food la ya.. sebab lepas update post blender. Ada orang request fa ajar cara buat puree untuk baby. Fa nih bukan pandai sangat pun... just share apa yang fa tahu and fa buat untuk baby isa. Ada orang prefer beli yang ready made puree yang dalam botol tu. Sebab senang kan. Bagi fa tak salah kalau mak-mak busy kan. Tak sempat. Tapi sebenarnya buat puree untuk baby nih senang and boleh simpan dalan freezer. Tahan 3 bulan ya macam kita simpan ebm. Kalau simpan peti ais bawah tahan dalam 3 hari... So rasanya tak ada alasan lagi mak-mak nak ngelat masak untuk anak..



Kalau tak ada masak buat banyak jenis puree and bekukan dalam feeezer.. bila nak guna cairkan dan panaskan ja.. dah boleh suap baby dengan makanan air tangan ibu kan.. fa dulu macam nak ja beli heinz dalam botol tu untuk isa. Yela dah nama untuk baby mesti selamat kan. Tapi bila baca group mom to be. Ramai yang tak kasi sebab ada pemanis and pengawet kan nak bagi tahan lama. So memang tak bagus la untuk baby.. fa pernah la sekali terbeli heinz botol tu untuk isa. Lepas tu dah tak beli. Fa buat sendiri puree untuk isa. Yola fa nak memang tak tahu masak. Setakat buat puree tu.. boleh la.. hehe. So mak-mak yang tak pandai masak jangan risau mudah sangat nak buat puree..



Mula-mula korang cuci dulu sayur or buah. Then buat kulit and potong. Lepas tu steam kan sayur or buah tadi dalam 15-30minit. Fa recommend korang steam atau kukus daripada rebus. Sebab kalau rebus, habis zat or vitamin dari sayur or buah keluar masuk dalam air rebusan. So korang steam atau rebus tau.lagi bagus. Kalau untuk ibu kesuntukan masa korang boleh steam semua jenis sayur or buah untuk bekalan beberapa minggu.






Dah settle steam buah or sayur tadi. Biarkan sejuk seketika. Then korang masukan ke dalam blender and tambah air sikit and blend sampai halus. Sebab kalau baby baru nak start makan nih. Sistem penghadaman diorang tak kuat lagi. So blend sampai halus tau. Macam isa dia suka puree cair. So fa lebihkan sikit air. Kalau baby korang suka yang pekat. Korangkurangkan air tau. Blend buah or sayur ikut jenis tau. Jangan campur semua sekali. Contoh blend carrot dulu. Pastu cuci blender tu, blend brokoli pulak dan seterusnya.






Settle blend, simpan puree dalam bekas untuk dibekukan. Macam fa nih guna baby cubes. Boleh beli dekat kedai baby. Jangan lupa label nama piree dan tarikh korang buat tau. Macam label ebm...Nanti baby nak makan keluarkan dari freezer dan panaskan. Then sedia untuk dimakan. nyum2... nyum...





p/s: kalau boleh elakkan la ready food dalam botol tu tau sebab banyak pengawet dan perasa. tapi kalau tak dapat elak..its ok mommy..tapi start bagi solid food masa baby 6 months above. kalau below tu consult dengan doktor dulu ya. 




Thursday, March 27, 2014

Blender murah untuk buat solid food baby

Wrote by


Assalamulaikum..ada ka yang masih follow my blog..sudah sebulan lebih kan fa tak update apa-apa.. sekarang makin busy sebab isa pun dah mula nak buas plus rezeki order dari instagram lil'qarmaa.. syurkur alhamdulillah.. sampai tak masuk dalam list harian nak update blog sebab kekangan masa.. 



alhamdulillah now isa dah masuk 8 months 21 mac lepas. makin lasak dia sekarang. dah start nak berdiri..gigi baru nak naik satu dekat bawah... excited mama bila tengok perkembangan anak. rasa everyday ada ja benda baru isa discover. subhanallah memang cukup indah hidup bila ada anak. kadang jadi pengubat stress...



fa banyak tak cerita lagi pasal perkembangan isa kan... isa start makan solid food masa 6 months.. fa introduce puree apple dulu. tapi isa tolak.. try 4 days rules bagi jugak even isa tak berapa nak makan... fa tak putus asa...then lepas 4 hari fa bagi puree pumpkin.. sama jugak..ada la kot dia makan sikit..yeah..sangat sikit..hujung sudu ja kot.. then try puree pear.. yang nih dia makan banyak sikit..tak banyak sangat tau... maybe sebab nak masuk 6 months tu isa demam. so fa bagi ubat demam. maybe dia fobia bila kita suap dia. dia ingat ubat.. sian anak mama..



fa siap tanya dekat group solid food lagi kalau baby reject makanan. semua suruh try pelbagai puree.. tapi start 7 bulan lebih isa dah mula nak makan. fa buat bubur nasi campur dengan puree.. bukan main lagi dia makan. nampak sangat melayu kan isa..hehe.. nak makan nasi jugak.fa guna brown rice untuk isa. nanti kalau ada kelapangan fa akan update pasal solid food isa.. untuk mama yang hadapi problem anak reject makanan pada mulanya. jangan give up.try ja bagi. lama-lama mesti anak nak makan. percaya la. 




nih masa fa time husband fa suap isa..bukan main tolak lagi..


ingat tak fa update pasal blender untuk solid food isi dekat ENTRY INI? finally fa beli philips mini blander. mula tu nak beli avent mini blander.cari semua kedai tak ada stock. nak beli yang avent steamer and blender macam tak guna lama kan steamer tu. kalau guna lama berbaloi kot dengan harga. so fa beli ja philips mini blander dekat sogo. harga pun dah lupa. lama sangat dah kan beli..tah salah fa RM100 lebih ja.so far memang berguna sangat mini blender nih. semua food isa fa blend guna mini blender nih. hari tu nak balik kedah naik flight pun. muat ja masuk dalam luggage sebab kecik ja..senang nak bawak travel. sebelum blend fa steam dulu makanan isa guna pengukus biasa. 



nih la mini blender philips.kecik comel je.




selain guna buat baby food. boleh blende jus jugak..2 in1..mama dia pun boleh pakai kan


so depends la pada korang..kalau poket tebal boleh beli avent steamer and blender. ramai review best kan. untuk isa nih pun fa rasa dah berguna sangat







 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com