Thursday, March 27, 2014

Blender murah untuk buat solid food baby

Wrote by


Assalamulaikum..ada ka yang masih follow my blog..sudah sebulan lebih kan fa tak update apa-apa.. sekarang makin busy sebab isa pun dah mula nak buas plus rezeki order dari instagram lil'qarmaa.. syurkur alhamdulillah.. sampai tak masuk dalam list harian nak update blog sebab kekangan masa.. 



alhamdulillah now isa dah masuk 8 months 21 mac lepas. makin lasak dia sekarang. dah start nak berdiri..gigi baru nak naik satu dekat bawah... excited mama bila tengok perkembangan anak. rasa everyday ada ja benda baru isa discover. subhanallah memang cukup indah hidup bila ada anak. kadang jadi pengubat stress...



fa banyak tak cerita lagi pasal perkembangan isa kan... isa start makan solid food masa 6 months.. fa introduce puree apple dulu. tapi isa tolak.. try 4 days rules bagi jugak even isa tak berapa nak makan... fa tak putus asa...then lepas 4 hari fa bagi puree pumpkin.. sama jugak..ada la kot dia makan sikit..yeah..sangat sikit..hujung sudu ja kot.. then try puree pear.. yang nih dia makan banyak sikit..tak banyak sangat tau... maybe sebab nak masuk 6 months tu isa demam. so fa bagi ubat demam. maybe dia fobia bila kita suap dia. dia ingat ubat.. sian anak mama..



fa siap tanya dekat group solid food lagi kalau baby reject makanan. semua suruh try pelbagai puree.. tapi start 7 bulan lebih isa dah mula nak makan. fa buat bubur nasi campur dengan puree.. bukan main lagi dia makan. nampak sangat melayu kan isa..hehe.. nak makan nasi jugak.fa guna brown rice untuk isa. nanti kalau ada kelapangan fa akan update pasal solid food isa.. untuk mama yang hadapi problem anak reject makanan pada mulanya. jangan give up.try ja bagi. lama-lama mesti anak nak makan. percaya la. 




nih masa fa time husband fa suap isa..bukan main tolak lagi..


ingat tak fa update pasal blender untuk solid food isi dekat ENTRY INI? finally fa beli philips mini blander. mula tu nak beli avent mini blander.cari semua kedai tak ada stock. nak beli yang avent steamer and blender macam tak guna lama kan steamer tu. kalau guna lama berbaloi kot dengan harga. so fa beli ja philips mini blander dekat sogo. harga pun dah lupa. lama sangat dah kan beli..tah salah fa RM100 lebih ja.so far memang berguna sangat mini blender nih. semua food isa fa blend guna mini blender nih. hari tu nak balik kedah naik flight pun. muat ja masuk dalam luggage sebab kecik ja..senang nak bawak travel. sebelum blend fa steam dulu makanan isa guna pengukus biasa. 



nih la mini blender philips.kecik comel je.




selain guna buat baby food. boleh blende jus jugak..2 in1..mama dia pun boleh pakai kan


so depends la pada korang..kalau poket tebal boleh beli avent steamer and blender. ramai review best kan. untuk isa nih pun fa rasa dah berguna sangat







3 love notes:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. janji boleh blender, tak kisah la murah ke mahal kan. hehehe nak mahal, invest la sket sebab boleh tahan lama kan.. anak buah sheila pun, suka sgt puree nasi campur sup yang nenek dia buat. hehehe ~~~

Unknown said...

isa dah 8months da? cepat sgguh masa berlalukan fa..rasa mcm br je baca entri baby isa lahir :)

aIEn said...

sy beli yg baby bullet tu.. so far ok la =)



 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com