Friday, June 28, 2013

mandi wiladah selepas bersalin

Wrote by


Allhamdulillah today genap 37 weeks preggy...baby dah boleh keluar bila-bila masa...when? Only Allah knows..so doakan kami ya..bab bersalin preparation baby and mama allhamdulillah complete.. ada la sikit barang..tapi tak penting pun...nak bersalin nih..kita perlu la tahu mandi-mandi wajib selepas bersalin kan.... mesti ramai yang anggap mandi wajib sekali ja..lepas kering nifas kan..?...


sebenarnya kita selepas bersalin perlu mandi wiladah....Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak...manakala mandi nifas ialah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis)tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksimaialah 60 hari.Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itumandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.


Niat mandi wiladah : Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala


 Mandi Wiladah dan nifas
 
Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing

sumber dari : http://halaqah.net 
 
 


6 love notes:

Anonymous said...

Salam mandi wajib selepas bersalin hanya sekali sahaja....mandi wiladah apabila selepas brsalin x keluar darah...ttp jika keluar darah ( nifas) haruslah mandi setelah darah tersebut kering. Memadai mandi skali shja bkan 2 Kali...wallahuallam..

Anonymous said...

Mandi sekali je..mana yg pling last

Unknown said...

Nice sharing.....peringatan utk diri sendiri.

Anonymous said...

Klau lahirkn bby..bby tu meninggal pon tetap kne mndi wiladah ke???

Anonymous said...

Sy nk tnye..mandi wiladah dan mandi nifas perlu dilakukan waktu bile? Boleh dilakukan dlm 1 mase atau berlainan..mohon pencerahan.

Faizal said...

Sila rujuk hukum kewajipan mandi wilayah kepada ulamak bertaulah di http://www.ustazshauqi.com/2013/04/mandi-wiladah.html?m=1



 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com