Friday, November 2, 2012

TAKLIK

Wrote by



 


itu la rupa lafaz taklik dalam bahasa jawi...so wahai jejaka yang mahu berkahwin dengan gadis dari kedah... be prepared untuk berhadapan dengan lafaz taklik dalam bahasa jawi...mostly la dekat kedah jawi.. nak dapat rumi..ada jugak..tapi tak banyak kot tok imam bagi kertas taklik rumi...mr husband hari tu pun dalam jawi...so wahai groom to be, nih fa ada bagi..so korang cepat pergi translate dan cuba hafal ya..so tak la gagap masa nak baca depan ramai orang nanti...wahai bride to be boleh bagi nih dekat pasangan korang untuk prepare eh... masa fa dulu... fa dah awal bagitau mr husband suruh prepare..dia pun google la taklik dan tiap malam baca dan cuba hafal... kalau yang dah teror baca jawi pun..jangan berlagak tau tak nak prepare sebab kadang boleh terbabas jugak sebab nervous kan...



disebabkan hari nih jumaat, fa dengan baik hati tolong korang translate taklik ye..


Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika : 

 1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan sengaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau:

(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:


(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluqi.




p/s: lepas kahwin baru fa tau dalam islam taklik nih pengantin perempuan boleh tambah sendiri....kalau fa tau nak tambah  halang poligami dalam taklik tu...so wahai bride to be sila tambah apa syarat yang korang mahukan tau... jangan siakan peluang nih...sedih sebab fa dah siakan peluang tambahan dalam taklik..





1 love notes:

hana said...

tak boleh pun sis kalau nak tambah halang poligami sebab nye mende tu adalah boleh dan halal dalam islam. hehe. yg boleh tambah, if berkaitan yg memudharatkan si isteri sahaja. :)



 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com