Tuesday, July 5, 2022

Hye Kak Fa sini

Wrote by


Assalamualaikum


Masyallah lama Kak Fa tak update blog ni. Rindu nak berblog balik Insyallah kita akan start berblog balik lepas ni untuk sharing more pasal my life and new bisnes.

Untuk yang tertanya mana Kak Fa menghilang, Kak Fa busy dengan family. Alhamdulillah rasa last update blog ni masa anak 2. syukur sekarang Kak Fa dah ada 4 anak. 3 boys and seorang girl. Alhamdulillah.

Sebenarnya posting Hari ni, nak cerita pasal new bisnes Kak Fa iaitu Amway Business Owner. Mudah cakap sekarang Kak Fa jual Amway. Amway ni jual apa?

Amway ni mostly jual supplement, tapi yang bestnya Amway jugak ada gadjet rumah macam iron, vacuum, noxxa. eh macam-macam la. insyallah kak fa akan sharing dengan korang dari semasa ke semasa ye.

korang boleh folllow ig kak fa untuk lebih update pasal amway and my life

instgram kak fa : @faismail












Friday, October 27, 2017

Check up pregnant

Wrote by


Check up pregnancy dekat mana la fa oii? ramai jugak yang tanya fa dekat mana fa check up. so meh fa shre sikit mungkin ada mom to be tercari-cari doctor and hospital yang terbaik kan.


Masa Isa dulu (first baby) fa check Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. dekat nak bersalin baru Fa check up HUKM sebab planning nak bersalin sana. Boleh baca POST ni. Masa third pregnancy ni Fa dengan husband planning nak deliver dekat private sebab masa fa DNC dulu fa buat dengan TUNGKU AZIZAH WOMEN & CHILDREN HOSPITAL sekarang dah tukat nama SRI RAMPAI MEDICAL CENTER. so fa ingat nak continue check up situ sebab Fa selesa dengan Dr Kay gynea dekat situ and doctor Kay pun dah tau history keguguran Fa.
POST NI untuk cerita keguguran Fa.





Kitaorang decide nak check up Tengku Azizah dengan Dr Kay masa Fa masuk 6 months preggy tapi awal pregnancy Fa ada bleeding. masa ni cuak la. sebab ada dair cair sangat keluar. so fa dah dup dap la sebab fa pregnant balik 1 month lepas DNC and dulu doctor suggest fa rest dulu pregnant balik after 3 months. Tapi rezeki Allah cepat pulak. 





So daripada benda tak elok jadi Fa call Hospital Tengku Azizah nak buat appoiment jumpa Dr Kay. lupa rupanya fa dah cerita sebelum ni dekat POST ni.


Start tu every months fa check up dua tempat TUNKU AZIZAH dan KKIA (Klinik Kesihatan). Fa pergi jugak Klinik Kesihatan sebab check up dia lagi detail kan and ada buku pink semua. So in case ada apa-apa kita ada buku check up. and fa ambil supplement dekat KKIA sebab free. so  dekat Tunku Azizah fa inform fa dah ada supplement.


Gynea Fa Dr Kay. Very recommended sebab lembut ja persis ibu-ibu bila consult kita. Fa pun sangat selesa dengan dia.  Service dia sangat tip top. Hospital tu pun bersin yang bestnya semua staff dia perempuan. Tu yang penting so aurat kita terjaga.




Bab menunggu turn kadang cepat kadang lama jugak. Fa selalu kalau weekday ambil pagi time anak school. So lambat sikit pun tak apa so tak la penat si Isa menunggu. Kadang pergi malam husband temankan.


Fa bersalin pun dekat sini. Fa ambil single room. So far rate sangat murah dalam kl. Normal delivery dalam RM2500 rasanya masa tu. sekarang dah naik sikit rate dia. so far okey ja. Murah lagi. nanti next fa share =)



Tuesday, October 24, 2017

BERAT TAK NAIK BANYAK SECOND PREGNANCY

Wrote by



Benda paling mak-mak geruni masa pregnant kalau berat naik kan. Sebab masa first preganancy fa naik 20kg lebih kot. Pastu nak turunkan mak aih punya la susah lepas bersalin. Nak pulak Fa ni menyusu baby lapar setiap masa.

So masa third pregnancy Fa ubah alhamdulillah berat naik dalam 11kg macam tu ja. every month naik on track just ada masa hujung tu ja naik banyak sikit tapi overall still naik seperti yang doctor sarankan.

Nak tahu ke Fa buat macam mana? Makan memang berselera sebab Fa tak ada alahan dari awal pregnant sampai hujung tu yang selera makan nauzubillah. scary hahah. tapi berat alhamdulillah terkawal. sebenarnya bahaya jugak kalau pregant and berat naik banyak. Sebab doctor takut ada kencing manis atau high blood tinggi yang akan menyebabkan uri lekang kot (ingat-ingat lupa yang ni doctor ada explain)

First Fa memang tak minum langsung susu preggy mom. Masa anak first hari-hari telan susu anmum sampai naik berat gila mendadak. so fa dah tak minum susu pregnant dah. Fa tukar ambil Fresh milk and kadang ambil susu kambing.

memang tak beli lansung maternity punya susu. Alhamdulillah start tu berat fa masa pregnant terkawal ja. baby pun membesar on track. alhamdulillahh.

Kadang ada terskip jugak minum sebab terlupa la malas la. memang Fa ni jenis tak konsisten pun dulu. kalau ingat minum kalau tak idok la jawabnya. (jangan tiru ya mommmies)





masa ni dah 34 weeks dah 

so mommies yang senang naik berat Fa suggest ambil la fresh milk tak pun susu kambing. susu ibu pregnant tu kadang rasa too much sugar yang senang naik berat mommies. so hati-hati ya


insyallah masa pregnant ni Fa tak yakin lagi dengan shaklee. Fa start ambil lepas bersalin untuk milkbooster and alhamdulillah fa dapat good effect (nanti fa share dengan korang)


insyallah next preganancy Fa nak ambil set shaklee sebabnya complete sangat untuk baby and mommies. et shaklee ni without sugar ataupun bahan chemical. yang best set shaklee boleh digunakan sampai dalam pantang . JIMAT tak perlu beli banyak sangat pregnant lain la pantang lain la =)



Thursday, August 3, 2017

PART 1: MERANA BENGKAK SUSU

Wrote by


Alhamdulillah kelahiran kedua Fa, Allah masih beri rezeki susu badan. Masa anak first Fa dulu si Isa. Fa dapat susukan Isa selama 2 tahun 2 bulan. Hope adik Nuh pun Fa dapat susukan selama 2 tahun minimum. Amin

Sapa kata perjalanan untuk breastfeed anak mudah. Penuh suka dan duka nangis dan tawa tau. Yang pasti hati kena cekal untuk teruskan. Kalau tak cekal memang surrender di tengah jalan. 

Tapi demi anak insyallah semua ibu sanggup redah jalan berliku tu. Fa awal masa susukan nuh dah berliku. Fa terasa nak share dengan korang jugak. Mesti sebenarnya ramai ibu luar sana rasa apa yang Fa pernah lalui nih.

Nuh lahir alhamdulillah susu fa banyak, diawal-awal tu Nuh kena jaundice and kerap tidur. Sampaikan Fa terpaksa pump buat stock susu badan. Sebab baju akan basah ja kalau biar. So time bidan mengurut dalam pantang, orang lain akan tolong susukan nuh guna botol. Nuh pulak okey je guna botol. dia tak nipple confuse.

Di penghujung pantang, Fa kena bengkak susu. Mula tu terasa ada ketulan ja di bahagian breast. Fa pun google la tips nak surutkan bengkak. Rata-rata Fa google ramai suruh tuam panas atau tuam sejuk. Fa isi air panas dalam botol, balut dengan towel lepas tu tuam part tu bagi pengaliran susu lancar. Alhamdulillah so far susu still keluar. Tapi bengkak tak surut. 

Fa ajak husband pergi klinik biasa and doktor cakap tak ada ubat just mandi bawah shower panas then urut ke arah nipple. Bagi susu keluar. Fa balik buat still sama. Fa cuba direct feed baby kerap side yang bengkak. Still sama jugak tak surut.

Last fa jumpa gynea. Bila gynea check dia marah la sebab dah lama baru datang jumpa dia. Sepatutnya awal dah datang dia akan bagi antibiotik. Nih dia bagi antibiotik untuk Fa. Dia cakap kalau sesuai bengkak akan surut kalau tak akan getting worst.

Balik Fa makan antibiotik. Last bengkak tu sampai jadi gelembung nanah dekat bahagian ats kulit. Masa nih dah cuak dah. Fa cakap dekat husband esok pagi kita terus jumpa gynea balik. Bila check jadual gynea fa tak ada pagi tu ada petang. Tapi Fa cakap dekat husband tak apa la kita pergi ja.

Masa pergi jumpa dengan gynea lain. Dia cakap kita try sedut guna syringe sebab susu tu dah jadi nanah dah dekat dalam. Memang kena buang. Masa nih nasib la ada bekalan susu stock. Fa bawak pergi hospital sekali. Sebab tak tahu nak kena warded ke apa. And nanti baby nangis nak susu kesian kan. Alhamdulillah syukur buat stock awal. (kadang org marah kan buat stock susu dalam pantang, tapi bagi Fa kita tak tahu kita sakit ke apa. At least ada stock susu untuk anak).


panjang lagi story kita sambung next post ya. TUNGGU...


 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com