Thursday, September 1, 2016

zika & preggy mommy

Wrote by





1. Apakah virus Zika?
Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).
Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.
 


Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

.

2. Bolehkah jangkitan Zika dirawat?Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.

.
3. Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis.Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washington DC yang bercuaca panas.Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.





4. Siapa berdepan risiko paling tinggi?
Bayi dalam kandungan paling berisiko sekiranya si ibu dijangkiti virus Zika.
Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama


sumber: astroawani

so pregnant women smua tmsuk fa hope kita smua dilindungi.Amin... ambil langkah berjaga2 ya...





Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM:
  1. Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu
  2. Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh
  3. Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.


Tuesday, August 30, 2016

keputihan ketika pregnant

Wrote by


Pregnant kali nih fa kena keputihan pulak. Sebenarnya normal keputihan ketika pregant sbb hormon kita tgh berubah. Tapi nih smp x selesa kdg gatal2. Fa inform dgn my gynea Dr Kay. So doc decide nak ambk sampel. Tkut2 ada gbs. Bahaya utk baby. Kalau kena gbs. Mama & baby kena antibiotik yg agak kuat.. so fa ok je.. ambl sampel mcm ala2 buat pap smear. Gitula rasanya..
.

Alhamdulillah dlm 1 week ke less xingt reault keluar.. keputihan normal.. bkn gbs.. so doctor kasi antibiotik biasa kena hbsikn dlm msa 1 week... Msa check dkt kkia pun fa inform nurse.. nurse xbgi cuci dgn feminine hygine wash tu. Suruh cuci dgn air suam. And tkr pantiliner selalu...
.
.

Pastu ada org petua mnum yakult yg botol biru tu utk elakkan keputihan. Tp jgn mnun kerap takut kang naik pulak gula dlm darah.. fa mnum shri sbotol.. sbb sdp kn.haha.skrg alhamdulillah dh xgatal2. And keputihan dah berkurangan tau... so spa2 ada keputihan xkisah la preggy ke x. Boleh la try yakult ye...
.
.




Monday, August 15, 2016

11 weeks pregnant boleh detect syndrome down

Wrote by


Masa around 13weeks+ tu lepas raya.. eh terlupa pulak nk buat nt scan baby awal.. sebab excited nak raya kot..hahasebelum tu.. apa tu nt scan?


Imbasan nuchal translucency (NT) ialah ujian saringan yang menilai samada bayi anda berkemungkinan mempunyai sindrom Down. Ujian saringan hanya boleh menganggarkan risiko bayi anda mempunyai sindrom Down, manakala ujian diagnostik seperti CVS atauamniosintesis akan memberi anda diagnosis yang tepat (tetapi mempunyai risiko kecilkeguguran).

Imbasan NT tidak dapat memberitahu dengan tepat samada bayi anda mengalaminya, tetapi ia boleh membantu anda membuat keputusan samada perlu membuat ujian diagnostik atau tidak.
Bagaimanakah imbasan NT ini dilakukan?Imbasan ultrasound mesti dijalankan di antara minggu ke-11 dan ke-13 tambah enam hari kehamilan. Sebelum minggu ke-11, imbasan sukar dilakukan kerana bayi masih terlalu kecil, manakala selepas minggu ke-14, sebarang cecair yang berlebihan mungkin diserap oleh sistem limfa bayi yang sedang berkembang.

Imbasan biasanya dilakukan melalui perut, tetapi kadang kala perlu untuk membuat imbasan faraj yang akan memberi pandangan yang lebih baik. Tiada risiko ke atas anda atau bayi dan ia tidaklah begitu tidak menyelesakan. Baca tentang imbasan faraj dalam gambaran keseluruhan tentang imbasan.

Untuk mengetahu dengan tepat tarikh kehamilan anda, doktor akan mengukur bayi anda dari hujung kepala hingga ke hujung bawah tulang belakang. Kelebaran NT juga akan diukur. Kulit akan kelihatan sebagai satu garisan putih, dan cecair di bawahnya akan kelihatan hitam.

Anda juga akan dapat melihat kepala, tulang belakang, tangan dan kaki bayi anda di dalam skrin. Beberapa ketaknormalan besar mungkin tidak dirangkumi dalam imbasan ini, tetapi anda disyorkan supaya membuat imbasan anomali terperinci pada kira-kira minggu ke-20.

Sumber: babycenter


Disebabkan sonoworld ampang nih sekankang kera je dari rumah. Fa terus booked slot online.. fa booked malam so huband balik kerja boleh pergi sama tgk adik baby.. sampai je sana tunggu turn.. dan sonographer pun start la scan perut. Alahai baby tgh sleep pulak waktu tu. Menghadap dalam. So xdpt nak tgk.. sonographer suruh ktorg g makan dlu baru dtg balik.. 
.
.
Ktorg pun g mkn dkt kedai blkg tu je.. lepas tu dtg baby dh berbaring dlm perut. Baru boleh ukur cecair belakang tengkuk dia.. alhamdulillah cercair blkg tgkuk adik baby 0.2cm. Ianya normal. Syukur alhamdulillah.. kalau normal rasanya less than 3.5mm kot. Lgi satu sonographer check ada x nasal tip. Tulang hidung. Alhamdulillah ada. So kita tggu 20 weeks + pulak nak  buat detailed scan dkt sni..
.
.
So far service sonoworld ampang mmg bagus la.. dia akan explain dgn terperinci. So kalau korg nak tya apa.boleh tya je..price buat nt scan nh Rm100. Korg akan dpt gmbr dan report scan..😊😊😊






Monday, August 8, 2016

short vacation - hibiscus lexis pd

Wrote by


Disebabkan husband cuti 10 hari last week.. sebelum kembali kerja dkt office baru kitaorg decide nak pergi holiday dkt2 je la.. lagipun minggu birthday isa.. so boleh la bwk dia holiday.. husband dh siap booking Hibiscus lexis before raya lagi.. sbb booking awl murah kan and tu time weekdays ktorg g. So price murah dari weekend..
.
.
Lexis hibiscus nh check in 4pm.. ktorg smp awl dri 4pm. Sbb weekdays bilik dah ready so boleh je check in awal. Bilik pun diupgrade percuma kepada premium pool villa.. husband booking excecutive pool villa je sbb dkt dgn lobby. Dah diupgrade free ktorg ok je..
.
.
Bukan main suka si isa tu.. sbb dpt swimming x kira waktu.. kejap2 request nk swimming.. boleh la anak.. janji berbaloi stay sana..ada sauna tau dlm bilik..so sapa nak panas2 boleh la bersauna lepas swimming...
.
.






Price booking dalam RM700 lebih rasanya.. Husband fa booking thru agoda je.. katil dia 2 queen size..memang boleh tido 4 adult tau.. berbaloi rasanya.. deco moden habis la.. sampai ktorg cri tv xjmpa. Rupaya disebalik cermin hitam dekat dinding. Sadis btul.hahah
.
.
Ktorg ada dpt voucher makan RM30 dkt hibiscus walk.. area situ jugak.. so ptg tu kita jln2 cri makan jela dkt2..
.




Esoknya lepas check out. Ktorg singgah ostrich fsrk kot namanya.. dekat pd jugak.. boleh bg makan kambing, ostrich, rabbit, ayam, mcm2 la.. suka la si isa tu..
.
.




 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com