Showing posts with label TIPS CIK FA. Show all posts
Showing posts with label TIPS CIK FA. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

tips berpuasa dan menyusukan anak

Wrote by


Alhamdulillah 3 hari puasa dengan jayanya.. kenapa over excited? sebab dapat berpuasa sambil fully breastfeed isa... tu adalah satu kejayaan untuk ibu-ibu menyusukan anak kan...? alhamdulillah. .. kalau lemau sikit petang-petang tu biasa la.. rasanya orang yang tak menyusukan anak pun lemau bila dah petang..ye tak? last year sempat berpuasa 11 hari masa tengah sarat... tahub nih pengalman baru berpuasa dan menyusukan isa...



rasanya tak layak nak bagi tips tapi fa share jugak la... tambah pahala dibulan puasa kan... bagi mak-mak yang menyusukan anak tu..please buang jauh kejap niat nak diet.. sebab nak banyak susu kena la makan banyak tau (alasan paling fa suka..yeayyy)...  



niat
apa pun start dengan niat..kalau niat memang nak susukan anak..insyaAllah Allah akan makbulkan... kuatkan niat supaya mindset kita cakap susu cukup...jangan pikir pasal susu tak cukup time puasa...nanti kita stress.. bila stress memang pengeluaran susu merudum...



jangan skip sahur
sebelum bulan puasa..fa dah ganti puasa..yola kan lahirkan isa masa puasa last year.. so kena ganti tau..masa tu dah testing dah antara sahur dan tak... kalau tak sahur.. masa zohor fa dah lemau... so lepas ty memang sahur tak boleh skip.. masa sahur fa memang makan nasi... kalau tak makan nasi... fa minum segelas milo dengan kurma 3 biji... kurma wajib fa ambil masa sahur...kalau korang tak suka kurma.. ha..bli chocodates tu.. kurma salut chocolate dalam ada badam... lagi sedap... so senang sikit korang nak telan..Kurma mengandungi glukosa yg mampu berikan tenaga segera kepada badan. Ia kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%...




makan selagi boleh
mama yabg menyusu nih memerlukan tambahan kalori kira2 700 kalori sehari, 500 kal diambil dr makanan ibu & 200 kal diambil dr lemak dlm tubuh ibu (sbb itu bf mom bantu turunkan berat badan)..kena pastikan tetap makan 3 kali sehari even bulan puasa iaitu sahur, berbuka & sebelum masuk tidur. Makan sikit2 tapi kerap, selagi buka mata tu mengunyah je la..



minum banyak air
start dari berbuka sampai sahur kalau tak tidur kerja minum air ja... sampai berkali-kali ke toilet.. ada aku kisah..janji air dalam badan cukup.. kalau tak macam mana badan nak hasilkan susu ye tak...elok minum 3 liter air.. fa minum lebih kurang 2 liter.. ok la kot kan...




kerap pump/ direct feed
kalau korang bekerja jangan skip time pump susu... macam fa memang buat kerja dekat rumah..  so memang kerap direct feed isa.. so pengeluaran susu tak berkurang...  ingat supply vs demand kan... selagi ada oermintaan insyallah susu ada...



milk booster
kalau nak lagi yakin...makan or minum milk booster yang memang sesuai untuk korang.. sebab tak semua orang sama milk booster..kena try mana sesuai tau..


tu je kot tips yang fa apply..korang boleh cuba..apa pun mindset kena betul.. jangan pikir negetif and stress tau..insyallah semua mama mampu...


Friday, December 13, 2013

TIPS MENGAJAR ANAK

Wrote by

maybe ada yang dah baca blog adlil rajiah dia share tips ddari chilf psychistrist...now fa copy and paste de4kat blog fa..share untuk korang... and takut fa tak jumpa blog tips sis nih..so fa mohon share ye sis
 
..

Tips berguna dari Child Psychiatrist

 1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.  Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.

 

2. Don't expose to too much things in a box. 
"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T
Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D
So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?
Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"
Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
 
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."
Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.
 
Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T
 
 
3) Stimulate their imitation skills.
Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.
So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.
Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).
Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T

Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.
 
 
 
4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.
Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-
 


5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"
Camtu.
Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.
Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,
"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."
"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."
Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.
6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.
Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.
Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D
Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.
7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.
Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, 
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.
 
 
8) Overly-attached to one person is not a good sign.
Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.
9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.
 
 
 
10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.
Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.
Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
 "Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"
Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab. 
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.
 
 
credit blog: ADLIL RAJIAH 
 
 again...nih semua fa COPY PASTE dari blog sis ADLIL RAJIAH..jom kita share semsama..hope dapat membesarkan dan mengajar anak dengan baik..
 
 
 
 


Thursday, May 30, 2013

atasi bengkak kaki masa preggy

Wrote by


Allhamdulillah today dah 32 minggu 6 hari preggy....kalau ikut perkiraan lagi 50 hari untuk baby keluar... hopefully semuanya lancar & selamat....amin...dah masuk 8 bulan nih... kaki fa cepat sembab atau bengkak... rasa kaki gemuk berserta jari-jari kaki akan gemuk sekali..alahai sekali tengok comel jugak sebab montok-montok...tapi rasa tak selesa la...hari tu keluar berjalan dengan hubs kaki membengkak dengan juaranya pastu teman hubs hantar kawan dia dekat lcct.kan lama dalam kereta...lagi la kaki nih membengkak dengan sungguh sihat...sampai selipar pun ketat gila....tapi kaki fa bengkak paling cepat sebelah kiri...kanan kurang sikit bengkak...tapi bengkak nih jadi kalau fa banyak berjalan and duduk lama....


fa tak berapa risau kaki sembab/bengkak time preggy nih..sebab ianya perkara biasa...sebab fa dah baca pasal nih dari awal..so tak la rasa risau...so preggy mommy if kaki bengkak jangan risau tau...

Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.


Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.


Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.


Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.




tengok si kim nih sanggup pakai kasut gini lagi time kaki sembab kan...sungguh tak selesa...



so apa yang fa buat....fa akan lapik bantal dekat kaki time tido..so kaki akan tinggi sikit...jadi cecair yang berada di kaki akan mengalir lancar..nih yang fa buat..and ianya sangat berkesan..bangun pagi ja..kaki fa dah kurus seperti biasa...tak sembab lagi....tips lain untuk preggy mommies...

  • Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.



  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.




  •  


    nih la rupa mak buyung di ambang 8 bulan preggy...dah kembang semangkuk dah...




    Monday, April 29, 2013

    cara hilangkan hitam pada pelipat ketika mengandung

    Wrote by


    today fa nak share something yang fa rasa amat berguna untuk mommies yang tengah preggy...tapi kepada yang tak preggy belum berkahwin pun boleh ja...sesuai untuk semua...time preggy kalau perasan dekat bahagian pelipat dekat badan nih akan gelap kan..macam berdaki....nih kan sebab hormon badan preggy mommies tengah berubah...oh my..mesti risau kan takut tak hilang kesan hitam nih...fa pun tak terkecuali... terus try satu sabun nih...


    so far fa baru pakai beberapa hari...tak nampak lagi la perubahan kurang kesan gelap dekat pelipat tu...tapi fa dah notice yang dekat area siku and lutut fa yang selalu kering tu..dah tak kering dan mengelupas...sebab sabun nih melembabkan kulit... fa pernah cerita kan..hari tu bagaian leher jadi merah-merah sebab orang cakap alahan mengandung kan.. pastu naik dekat pelipat tangan pulak baru nih..memang gatal la...biasa la bila gatal cepat ja tangan mengaru dan meninggalkan parut...tapi memang miracle la..lepas guna sabun nih..terus tak gatal parut pun hilang even baru guna beberapa hari....


    lepas guna and nampak perubahan dekat diri sendiri tu yang fa share dekat sini..sebab ramai preggy mommies or tak preggy mengalami masalah kulit kan...sebab banyak sangat product just focus untuk kecantikan kulit muka ja kan...sabun nih pun korang boleh guna untuk muka and satu badan... fa potong dua sabun nih...nak jimat la katakan..hehe..lagipun sayang takut habis nanti...banyak pulak fa review...tapi tak bagitau sabun apa kan...



    nih la sabun tu...MARINE ESSENSE BEAUTY BAR...color pun comel kan....sabun nih berasaskan garam buluh...so memang natural product ya..so selamat digunakan even tengah preggy..untuk anak yang ada ezcema pun sesuai guna sabun nih..


    Antara kelebihan ni :
    - Mencerahkan kulit bahagian badan yang gelap - leher, ketiak, lutut, celah peha, etc
    - Mengurangkan masalah eczema dan kulit sensitif
    - Melembutkan kulit kering
    - Menghilangkan jeragat dan kesan parut jerawat
    - Merawat masalah bau badan


    kalau korang berminat and nak order boleh whatsapp/sms shj fa 0149301585 atau email ke lil.qarmaa@gmail.com




    Wednesday, February 20, 2013

    Tips malam pertama

    Wrote by


    baca tajuk nampak sangat macam 18sx kan...but jangan risau..ianya bukan cerita malam pertama di dalam kelambu bagai ya....tips yang dalam kelambu macam tu boleh la cari dekat tempat lain...haha...tak smestinya tajuk malam pertama pasal tu ja kan..ada lagi banyak benda penting harus dibuat oleh newly bride and groom di malam pertama...


    fa selalu share benda nih dengan membe-membe yang bakal berkahwin..now turn korang pulak dapat tips nih dari fa....fa dapat nih masa pergi kursus kahwin hari tu...terngiang lagi kata ustaz tu...malam pertama jangan pikir tu ja...kalau boleh..solat la berjemaah berimamkan suami kamu...lepas habis solat... salam dan cium tangan suami..masa nih korang minta la kebenaran siap-siap..kebenaran korang nak keluar rumah nanti kot la ada yang korang lupa bagitau nanti....macam nak pergi sidai baju, buang sampah..yes..semua tu sebagai isteri..kita kena minta kebenaran dari suami...so masa nih la minta keizinan suami..minta maaf dengan suami kot la ada perkara kita buat...buat si suami terasa hati.....perkara nih dapat jauhkan kita dari neraka...ingat pahala seorang isteri kan di bawah tapak kaki suami....


    so jangan lupa tips nih di malam pertama korang...yang tak boleh solat tu...its okey...salam dengan suami dan minta izin malam tu tau...kenapa malam tu..esoknya tak boleh? ala..minta ja malam tu..sebab kan dah sah sebagai suami isteri...so malam tu kan macam privacy sikit...so apa salahnya kan..esoknya korang nak pergi basuh periuk belangan kenduri...kan senang sebab dah dapat keizinan suami..betul tak?


     insyallah..imam saya hingga syurga...




    Monday, February 18, 2013

    TIPS - kurangkan sakit pinggang dan belakang masa preggy

    Wrote by


    sekarang banyak idea nak update blog..tapi tak ada masa pulak..internet pulak macam siput...fuhh..  mencabar betul...tapi sejak bawak little junior kesana kemari dalam perut nih....rasa macam kuat pulak kesabaran dalam diri....hope anak mama pun jenis yang orang bersabar ye...nanti bila dah keluar..mama gomol-gomol pun baby sabar je ye layan mama kamu nih...heheh..tengah update blog nih terasa ada benda gerak slow-slow dalam perut...baby la tu kan..tengah main ke tengah  memberontak sebab mama tak update pasal kamu sayang..esok la mama update pasal kamu ye baby... bagi chance mama update pasal mama pulak,,,


    perut sekarang pun makin membesar...dah ada baju yang tak muat pun...perut membesar sakit pinggang pun dah terasa sekarang...kalau baring je..mesti susah nak pusing kalau tido atas lantai... nak bangun pun perlu ada step..nih normal untuk preggy mommy...Sebab tulang belakang kita yang sebelum ni hanya melengkung sedikit, dan ianya  semakin melengkung untuk menampung berat baby sekali.itula sebab kenapa pinggang sakit...



    ianya akan hilang until the baby is out! so bersabar la wahai mommy sekalian termasuk la fa...tapi ingat..kesakitan preggy dan bersalin banyak pahalanya...so bersabar ya...tapi fa share sikit tips fa jumpa untuk preggy mommy yang sakit belakang...bukan posisi semasa berbaring ja kena jaga.. posisi berdiri dan duduk pun sama untuk mengurangkan sakit belakang dan pinggang...








    kalau duduk tu..pastikan lapik bantak kecil dekat belakang ya...kalau nak lagi sedap beli maternity pillow macam gambar bawah..confirm sedap tido...





    best kan kalau ada bantal macam tu..mesti lepas nih tido selesa...sekarang dah dapat green light dari en suami untuk beli... sebab first pregnancy kan..so boleh guna banyak kali..opss banyak kali???? maksudnya banyak anak ke?? kalau ada rezeki banyak baby...why not...mesti senyum lebar ja en suami kalau baca nih...bantal nih a little bit pricey jugak..tapi sangat berbaloi sebab korang boleh guna untuk bf baby jugak nanti...range harga dalam rm200 ke atas...kalau yang rasa benda nih tak perlu..korang boleh guna banyak bantal untuk dapatkan posisi terbaik untuk tido...






    Friday, November 9, 2012

    PART 4 (RECEPTION KEDAH) -MAKAN BERADAB

    Wrote by



    banyak fa dapat message dekat fb and email bertanyakan tentang my wedding dress untuk disewa... yes darlings...last entry fa ada cakap nak sewakan wedding dress set bride + groom..insyallah akan start december nih..kalau tanya sekarang fa belum ada jawapan la harga berapa...so nantikan dec nanti ye..


    sambung dengan part reception tergendala tu kan...settle make up before 12pm..allhamdulillah sempat jumpa guest yang datang...ramai jugak...meriahnya....masa nih la rindukan arwah mama..kalau mama masih ada mesti  la dia orang paling sibuk dan happy sangat...tapi fa tahu mama happy tengok fa dah berumah tangga kan mama...tu yang mama teringin sangat kan mama...sambil korang baca blog fa...hope dapat la korang sedekahkah AL-FATIHAH dekat arwah mama...


    masa minggu sebelum kenduri tu hujan ja..risau jugak fa kalau time kenduri hujan..kesian guest yang datang nanti...tiap kali solat sebelum kenduri sempat panjatkan doa supaya semuanya berjalan lancar dan cuaca pun elok...Alllhamdulillah..cuaca elok dan semuanya lancar..makanan pun cukup...nih paling dirisaukan tuan kenduri kan kalau time kenduri..takut makanan tak cukup...Allhamdulillah semua lancar...


    pihak pengantin lelaki sampai dalam 1 lebih...so masa tu fa dah siap simpan phone dalam laci..yela..tak kan pengantin ke hulu ke hilir pegang phone kan...tak sangka pulak mr hubby call cakap dah sampai.oppss.. punya melayan tetamu sampai lupa pengantin laki sampai...




      



     
    tengok si pengantin lelaki tengah call..haha..phone fa dalam laci..banyak kali kot dia call....



    fa pun muncul setelah my bridesmaid panggil...


      


    time nih dah nak start dah si hubby berleter sebab tak angkat phone..tapi fa maintain je senyum..hahah..



     

     masa nih pun rasanya tak habis lagi kot kena leteran...heheheh..kuat juga suamiku berleter ya..






     masuk terus ke rumah dengan berkasut..yes ramai ragu-ragu nak buka kasut tak time bersanding dalam rumah..yala kan kasut kotor jalan dekat luar then nak masuk rumah..tapi kalau tak pakai kasut atas pelamin macam kelakar pun dalam gambar nampai jari kaki kenit-kenit tu ....fa pakai ja..sebab orang yang buat pelamin tu sediakan red carpet dari pintu sampai ke pelamin....lagi kalau yang tak ada red carpet tu pakai ja.. ala kasut kahwin..mesti first time pakai kan maklum la baru beli..so bersih lagi..yang jalan tadi tu kejap ja..anggap ja kotor pun tak lekat dekat tapak lagi..nih masuk bersanding kejap sebab nak ambil gambar.. then terus ke meja beradab...


      
     masa nih mesti terpikir nak letak mana kan handbouquet...korang boleh letak atas riba..tapi nanti tak selesa kan nak makan..so bagi dekat pengapit korang..biar dia yang pegangkan masa korang makan.. macam fa bagi dekat pengapit fa..dia tolong letakan dekat kerusi pelamin..





     



     masa nih makan pun tak rasa apa sebab norveous..yela semua mata tertumpu dekat kita kan..tambah lens camera lagi...malam habis settle semua tu kot baru rasa lapar... 



    typical pose bagi semua pengantin kot kan...



     kenyang sudah walaupun tak rasa apa yang dimakan...betul tak perasaan nih wahai ex bride?



                                                                                                                 ......................to be continue


    Friday, November 2, 2012

    TAKLIK

    Wrote by



     


    itu la rupa lafaz taklik dalam bahasa jawi...so wahai jejaka yang mahu berkahwin dengan gadis dari kedah... be prepared untuk berhadapan dengan lafaz taklik dalam bahasa jawi...mostly la dekat kedah jawi.. nak dapat rumi..ada jugak..tapi tak banyak kot tok imam bagi kertas taklik rumi...mr husband hari tu pun dalam jawi...so wahai groom to be, nih fa ada bagi..so korang cepat pergi translate dan cuba hafal ya..so tak la gagap masa nak baca depan ramai orang nanti...wahai bride to be boleh bagi nih dekat pasangan korang untuk prepare eh... masa fa dulu... fa dah awal bagitau mr husband suruh prepare..dia pun google la taklik dan tiap malam baca dan cuba hafal... kalau yang dah teror baca jawi pun..jangan berlagak tau tak nak prepare sebab kadang boleh terbabas jugak sebab nervous kan...



    disebabkan hari nih jumaat, fa dengan baik hati tolong korang translate taklik ye..


    Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika : 

     1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan sengaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau:

    (2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:


    (3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluqi.




    p/s: lepas kahwin baru fa tau dalam islam taklik nih pengantin perempuan boleh tambah sendiri....kalau fa tau nak tambah  halang poligami dalam taklik tu...so wahai bride to be sila tambah apa syarat yang korang mahukan tau... jangan siakan peluang nih...sedih sebab fa dah siakan peluang tambahan dalam taklik..





    Thursday, November 1, 2012

    PART 2- solemnization kami

    Wrote by



    settle baca PART 1?? mari kita sambung part 2 sementara mood berblog dah datang..after selamat ja ijab dan kabul....husband solat sunat dulu after semuanya selamat...then start la sesi salam memohon restu...ini perkara wajib ya after korang selamat menjadi suami isteri..salam semua tetamu yang berada disekeliling...but waiitttttt.....salam hanya yang muhrim dengan kamu sahaja tau..=)




    kusyuk husband solat sunat..allhamdulillah husband sempat solat before dan after akad nikah..



     


     


      

     



     sempat juga salam bffku yang juga masa tu masih pengantin baru jugak..inai pun masih merah dijari...ambik berkat menjadi isteri solehah nih... 




    duit hantaran yang diletak sendiri oleh pihak husband...



    maharnya untukku..RM1288..cuba teka sempena apa 1288?



     
    ya itu surat nikah kami...




    ready untuk sesi sarung cincin dan terima mahar...tengok fa yang excited duduk dulu..





     
    nak jugak interframe ring pillow yang fa DIY sendiri..suka sangat gubahan bungan bff fa buatkan...nih yang diidamkan sangat...nampak ceria dan menarik..kalau fa nak sewakan ring pillow..ada yang nak sewa?



      
    masa nih ketat pulak nak sarungkan cincin dekat husband..gemuk dah dia..



    salam pertama kami sebagai suami isteri



    allhamdulillah..kami halal sekarang..



    maharku untumu...


      
     bff forever darlings..tunggu si tudung hitam pulak menamatkan zaman bujang..



     

    kini saya sudah ada dua bapa..ayah & papa..dua-dua berbaju biru... love them..







    naaaaaaaaaaa...belum habis part untuk solemnization lagi..


                                                                                                                         ......to be continue


    Wednesday, October 31, 2012

    PART 1- solemnization kami

    Wrote by



    dah sebulan lebih kawen..today baru dapat start update pasal wedding..asalkan update..sebab ramai comment and inbox suruh review pasal wedding..so fa letak part by part la ye..tak la korang loya-loya muntah baca entry panjang berjurai kan...untuk date akad nikah..fa dengan husband yang pilih date akad..bukan date akad je.. semua date la kitaorang pilih sendiri..dari bertunang sampai reception sebelah mr suami...pilihan for akad fa dengan suami mengutamakan hari jumaat sebab macam hari jumaat kan penghulu segala hari..semua orang berebut nak date cantik kan..but untuk kitaorang tarikh cantik tak penting pun...cari punya cari date hari jumaat di kalender..so kami decide 21912 sebagai tarikh akad....ya 21912 ialah hari jumaat ok...kebetulan lagi tarikh nih nampak cantik kan bila disusun..tu bukan keutamaan kami sebenarnya...isnya hanya kebetulan yang cantik..problem pulak nak decide pukul berapa ya nak akad..sebab hari jumaat kan.. dekat kedah memang wajib akad dekat masjid ok...kalau ada sebab ja dapat akad di rumah tau..so ayah yang tolongdecide kami akad after solat jumaat around 3pm-3.30pm la...so ayah pergi awal beberapa hari untuk remind tok imam tarikh dan time akad..(ini penting ok bride to be...banyak kes tom imam lupa)



    dalam pukul 1pm macam tu MUA fa aka future sis in law masa tu (entry ini utk pilihan MUA fa) dah start make up..ya fa hari tu terlewat mandi sebab sibuk tolong bff buat hantaran kan..so sampai kena marah baru la pergi mandi..dah mandi pakai contact lens..then pakai mask (ini hasil dari bacaan blog renee meow)..fa pakai mask EVERLYNN...kegunaan mask before make up untuk muka korang nampak glow..memang besat sangat..fresh ja rasa muka..so siap make up pakai baju, shawl, veil semua dalam pukul 2.50 macam tu..dan terus gerak ke masjid...





    melangkah dengan penuh keyakinan tapi sebenarnya mr fiance (status masa dalam gambar nih la) nervous gila kot..sempat dia bbm masa fa tengah make up cakap nak termuntah sebab nerveous...fa just reply banyakkan selawat, zikir and lastnya good luck..insyallah Allah permudahkan urusan kita...



     
    family side mr fiance..lelaki berbaju putih belang tu adalah bff mr fiance...jauh fly dari sabah sebab nak attend wedding kami..itu la namanya kawan kan..



     

    masa nih rasa nervous sangat..nasib ada bff yang sentiasa menenangkan fa... fa syorkan time macam nih..cari orang yang korang rasa paling korang selesa untuk menenangkan korang berada di sebelah korang..



    tengak bff saya sentiasa berada disebelah fa time gementar macam nih..tq lili & husna..time nih imam tengah check kad pengenalan pengantin lelaki, perempuan and wali...tetttttt....fa tak bawak ic..cuak dah masa nih..nasib imam kata tak apa..just nak nombor ic ja..terus  ayah yang sebutkan...teringat lagi imam dengan saksi kata..eh..ayah ingat nombor ic anaknya..ya..ayah sentiasa ingat no ic fa dengan arwah mama.. no akaun bank..ingatan ayah memang kuat..nih fa dapat warisi...=)



     

    family side fa and mr fiance...nih tak semua..sebab ada yang terkejar anak-anak yang berlari dalam masjid..




    imam tengah bacakan khutbah masa nih...



    dah mahu start..masa nih tak tahu la nak cakap perasaan fa macam mana..Allah saja maha mengetahui..yang paling kuat dalam ingatan masa nih arwah mama...teringat sangat..sebab saat nih yang ditunggu arwah mama.. tapi tak sempat..tapi fa tahu mama happy dekat sana bila anaknya akan menamatkan zaman bujang...




    nervous kan muka mr fiance masa nih...tapi allhamdulillah dengan 2 kali lafaz..kami selamat sebagai suami isteri..kenapa 2?? sebab imam tersalah sebut mas kahwin yang lafaz pertama tu dan saksi kata mr fiance lambat sambung after imam stop..i don't mind berapa kali lafaz pun..asalkan semuanya selamat...



          
     allhamdulillah...kami sudah sah dan halal sebagai suami isteri pada jam 3.22pm (21912-jumaat bersamaan 6 zulkaedah 1433) .. 




    encik suami tengah baca taklik...sebak sangat time nih...



    senyuman tanda lega sekarang...my suami sudah time nih..




    senyuman seorang isteri...





    masa untuk tandatangan empat helai sijil nikah...





                                                                                                          .............................to be continue



     
    Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
    Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com