Tuesday, July 26, 2016

BLEEDING MASA 5 WEEKS PREGNANT

Wrote by


Pregnancy selepas keguguran adalah pregnancy yg pling cuak utk setiap ibu? Sapa pernah keguguran mst tkut2 perkara sama berulang. Sma la dgn fa. Masa tahu pregnt dah ckp dgn husbnd kalau jd mcm dlu mcm mna.. husbnd siap mrh jgn la pkir bkn2. Ada rezeki insyallah ada.. just jaga diri. Jaga mkn smua.. start from tu mmg fa jaga.. masa baru tahu pregnant kali ketiga nih. Fa and husbnd & sorg je kwn fa yg tahu.. dkt fmly pun xbgtau. Fa siap pesan dkt husbnd. Nanti bila dah nampak heartbeat baby baru kita ckp dgn semua org.. so ktorg kuat la memegang rahsia nh..
.
.
Sampai one day ptg tu. Fa pergi toilet and nampak ada brown spotting.. terus cuak rasa nak ngs semua.. tapi sikit sgt spotting tu and cair je color.. fa whtspp kwn fa dlu tya dbb dia pernah bleeding masa pregnt. Dia suruh fa g hosp cpt nnti doc akan inject and bagi ubat... fa terus call hospital tmpt fa buat dnc Tengku Azizah Maternity Setapak nak buat appoimnt dgn doc Kay hari nih jgak.. sbb lucky me.. Dr Kay on duty hari tu ptg smp mlm.. so dah set appoinmnt smua terus call husbnd... husbnd otw balik dri work.. dlm hati nh xhbs2 mengucap and hope xde ap2 jadi.. planning dgn husbnd dlm 3months pregnt baru nak jmpa doctor check up dgn Dr Kay. Tapi dh jd gini mmg start la sesi check up dgn Dr Kay..
.
.
Dah smp sana.. tunggu turn smua.. isa pulak meragam ajak husbnd main dkt luar.. so fa je masuk bilik doktor. Bagi tahu doc smua ada spotting and Im pregnant.. doc pun terkejut sbb fa baru dnc dgn dia.. and dia ckp u should rest about 3 4 months.. dia kata xpe..jom kita scan...
.
.
Masa scan dah nampak kantung.. tp blum lagi nampak anything inside.. doc ckp saya inject ubat kuatkan rahim ye.. so fa ok je. Mengiring and dia inject atas sikit dri pinggul.. fuhhh sakit jgak la injection tu. Tapi demimu anak mama kuat.. so doc ckp nh tanda nak gugur.. tp xpe..kalau mmg rezeki dia akan kuat.. next week another appoimnt nk tgk mcm mana..doctor jgak ada bagi dupaston ubat utk kuatkan rahim..mkn 3 kali sehari...
.
.



Selepas tu 2 3 hari jgak la brown spotting still ada.. fa dah risau2.. stiap kali solat akan baca doa utk elak.keguguran...smp la 1 week appoimnt dgn doc.. masa tu fa dah xde keluar spotting apa2 dah..  kantung mkin mmbesar dan dh nampak tiny dot dky dlm which is baby la tu... tp time nak x clear sgt baby sbb kcik lg..doctor Kay ckp kita inject utk last time je.. so kena la injecton kuatkan rahim lagi...  doctor suruh continue mkn dupaston and next appoimnt lagi 2 weeks.. alhamdulillah syukur dah tgk kantung makin mmbesar.



After 2 weeks.. Alhamdulillah dh nampak baby clear dkt dlm and heartbeat pun dah nampk masa nh baby dah 7 weeks plus...syukur sgt baby membesar dgn sihat..kalau fa google org ckp ubat dupaston tu bgus kuatkan rahim kita.. kalau baby xjd dia reject dri badan kita.  Gitu la
.
.



Monday, July 25, 2016

ISA DAH 3 YEARS OLD

Wrote by


Alhamdulillah khamis lepas birthday my 1st baby. Si isa dah 3 years old maknanya 3 tahun lepas bertarung nyawa lahirkan si isa. Alhamdulillah Allah anugerahkan anak yg sihat, bijak, pandai ambik hati..kdg2 mencabar jugak keimanan mama. Tapi biasa la budak nk mmbesar mmg byk peel kan. 
.
.
Planning this year nak buat birthday party dia tapi mama mcm xde tarikh yg sesuai je nk buat.  Sbb papa dia xnk buat musim raya nh.jln jem kesian org nk dtg.. so ntah xtau nk buat bila. Jdinya masa 21st july lepas. Tokpa isa nak dinner 1 family utk bday isa... ktorg pilih restoran seafood dkt shah alam tu je.. isa pun happy je bab mkn mmg dia sentiasa on..
.
.




So jumaat tu mama dgn papa dh prepare celebrate bday isa dkt school pulak utk kwn2 dia. Happynya la sbb dia request kek bday dinosour drpd mama. Akhirnya dh dpt. Xde memasak apa pun mama bwk ke school. Order kfc dgn kek je 😊😊😊 
.
.






Happy 3rd bday my boy


Sunday, July 24, 2016

Pregnant semula selepas keguguran

Wrote by


 Assalamulaikum.. selamat hari raya.. lamanya x update. Last update pasal miscarriage april lepas.. alhamdulillah kalau yg follow fb fa mst dah tahu skrg fa tgh expecting next baby.. syukur Allah makbulkan doa fa nk next baby selepas keguguran lepas.. dh 3 bulan skrg.. fa & baby alhamdulillah sihat.. hopefully dipermudahlan sehingga baby dilahirkan dan semuanya selamat
Amin
.
.
Cepatnya fa lekat balik? What u pregnt balik? Kan baru dnc? Ya ya ya... kalau ikutkan doktor after dnc kna rest dalam 3 4 month utk conceive balik. Tapi mana mungkin kita menolak takdir dan rezeki kan.. lps dnc fa ada terpikir ada ke lagi rezeki nk pregnt balik ye.. sbb my period still ting tong tau.. lps dnc mmg fa x period. Fa dnc 4 april.. 15 mei reception my sis in law.. mmg berjln ke sna sni.dukung si isa je.. mkn mmg byk tau time nh.. keesokkannya on 16 mei fa period.. tapi eh period xmcm selalu.. setitik dua je selama 2 hari.. lps tu stop.. eh apesal pelik je nih.. so fa mcm ada terdetik.. eh pregnt ke ye? Masa isa dulu ad jgak shri period tp keluar skit je. So fa pun apa lagi ambl la pregnancy test.. buat upt. Tp second line tu very2 blurrr tau.. kalau skli tgk mmg xperasan.. so perasaan fa kuat katakan Im pregnt..
Whatsapp husbnd fa bg pic upt.. tp dia lagi la blurr.. xfhm line dkt upt tu..  
.
.
Start hari tu every day fa buat upt tau.. sbb fa ada beli upt strip yg murah tu byk2 Rm1 je 1.. start la aktiviti test urine everyday. ..kdg smp sehari 4 kali pun ada tau.. tp blur jugak.. bila test makin hari makin terang.. alhamdulillah.. fa ada jugak test pakai upt cassete. Yg nh lagi clear dri strip. Alhamdulillh  rezeki Allah bagi lagi..
.
.




Last fa beli digital pregnancy test nh je yg dpt detect awal.pregnancy lagi tepat.. masa menunggu result keluar dkt screen upt digital tu nervous lahai..m tiba2 keluar pregnant dulu.alhamdulillah.. rezeki utk pregnant semula..doakan fa & baby selamat ye.. yg tgh ttc atau tgh menanti kehadiran cahaya mata byk berdoa.insyallah akan smp rezeki semua nanti
.
.





Wednesday, April 20, 2016

PART 2 - Keguguran my little baby

Wrote by

Jom sambung kisah semalam. Sampai la isnin date fa booking untuk dnc. sehari sebelum nurse Hospital Azizah call inform fa kena admit 1pm. Dia cakap puan datang buat dnc rehat kejap. if tak ada apa dah boleh balik same day. Puan kena puasa start 7pm isnin tu. Okey fa tak ada rasa nervous ke apa. tapi terbayang kena bius tu sebab seumur hidup belum pernah kena bius,. Fa banyak google pengalaman orang dnc., and banyak tanya kawan-kawan. At least kita ada gambaran macam mana proses tu nanti.

Sampai je hospital register semua. Dia bawak naik wad. nurse tanya nak single room ke open ward. fa pilih open wad je sebab kejap je kan dekat situ.Buat apa nak membazir. Buat dnc nih pun mahal dah.. Tambah sikit memang lebih kurang harga bersalin dah tau. **pengsan**. Kenapa fa pilih Hospital tengku azizah setapak? 1st fa memang planning second baby nak deliver situ. Lagipun banyak review bagus dengan gynea situ and paling penting semua staff situ perempuan. So tak ada isu aurat nanti. Fa pilih dr kay sebab banyak review dia bagus. . So memang rezeki adik baby keluar daripada rahim mama dari tangan dr kay jugak walaupun awak keluar belum sempurna sebagai janin lagi.

Dah dapat katil.. eh open ward tapi sorang je fa dekat situ, nurse cakap ramai dah discharge tadi. ok so fa pun baring dulu.. dengan isa bising dalam tu.haha nasib tak ada orang.nurse suruh tukar baju dan kencing ke nak membuang dulu. dah tukat baju pastu fa baring. pastu nurse datang masukan ubat dakat tut untuk bagi ada bukaan sebab fa tak ada bleeding so dalam tu tertutup lagi. mak aih masa nih memang terasa sakit sikit sebab nurse masukan ubat tu betul2 dalam.dia cakap sebab memang tertutup lagi.dah masuk ubat tu nurse tak bagi bangun selama 2 jam.
                                                         
                                                                   


fa pun baring je sambil main phone.nak tunggu 2 jam mak aih lamanya.boring la.nak tdo tak pulak nagntuk. dalam setengah jam ke sejam lepas tu nurse datang cakap puan jom pergi ot. doctor dah ready. so fa pun jalan je g ot. dia cakap nak wheel chair tak.fa cakap xpela saya ok. boleh jalan.  sampai je ot nurse suruh buka gelang ke rantai ke jam semua. kalau ko pakai gigi palsu ke apa pun kena buang. pastu datang pakar bius kenalkan diri. dia cakap saya akan bius je. yang akan buat procedur doktor kay. so fa masuk ot baring dekat katil...mak aih nampak batang tempat letak kaki tu yang untuk bersalin. masa bersalin isa tak guna pun benda tu. dah baring semua. doktor bius cakap saya nak cucuk nih.nak masukan drip. nanti ubat bius masuk melalui sini. nanti full bius ya puan. fa angguk je. pastu nampak kelibat doktor kay tengah sedia2.


pakar bius cakap puan saya nak masukan ubat dah nih. puan baca bismillah lepastu mengucap ye. lepas je mengucap. kelam dunia. tak sedar apa. tiba2 dengan orang panggil.puan puan dah siap. puan okey tak. masa tu fa lalok kau dah macam kena ganja dah. sedar dalam tak sedar. fa ingat fa ada tanya nurse tu. banyak ke keluar. semua ok x. nurse macam jawab je tapi fa tak ingat. so fa kena tolak masuk ward. sampai je ward pening lagi. nurse datang ambil bp. and cakap puan rasa nak muntah tak? fa cakap tak. tapi saya lapar. saya tak makan daripada malam tadi.dia cakap okey puan. sekejap ye saya bawakan makanan. dia datang dengan nasi ayam dengan sejug air kosong.nurse cakap puan minum dulu air kosong skit. kalau tak rasa nak muntah puan boleh makan, so fa minum and rasa ok je.so makan la nasi. habis sepinggan nampak sangat lapar.tapi makan dalam pening. dah tu nurse datang tanya puan okey tak. fa cakap saya pening la. dia pun check bp. ye blood pressure rendah. dia cakap xpe,puan rehat dlu,.saya tutp lampu puan tdo dlu. lepas tu fa tido. datang dr kay dengan nurse. doktor tanya awak okey tak. fa cakap fa pening skit.dia cakap xpe awak rehat dlu,.lewat2 skit awak dh boleh balik. dengar balik terus okey,


tak lama tu mak mertua dengan kakak ipar fa datang.. pastu nurse datang suruh pergi toilet kencing semua. kalau ok dah boleh discharge. so fa pergi toilet. yuop ada bleeding macam period gitu. so ready tkr baju semua. nurse cakap dah boleh discharge. dia ada bagi antibiotik dan pain killer kalau rasa sakit. so nak turun bawah nurse nak ambilkan wheel chair tapi fa tak nak. dia cakap puan boleh ke jalan.,boleh dik.tapi sebenarnya tengah pening lagi sikit. settle bil semua so boleh balik. dia bagi appoinmnt lagi 1 week jumpa doktor.
.

balik je rumah start la sesi berpantang. pakai stokin.pantang makan. 1 week fa tak keluar. duduk rumah je.  fa makan ikan haruan. makcik fa bawak dari kampung. hari2 makan.memang sedap la. berat pun turun tau. sakit? ada jugak terasa pedih2 dekat bahagian rahim maybe kesan cuci tu.  minta husband belikan minyak herbanika nona roguy. fa sebelum tu ada beli barang pantang nona roguy. beli phytonatal dengan teh herbanika. tapi fa start makan lepas habis antibiotik doktor. fa urut masa 1 week after tu. bookes yang spa ke rumah.fa buat urut, bertungku dengan bertangas. malam2 memang sapu je minyak nona roguy tu.








now alhamdulillah fa dah sihat. apa perasaan fa? fa redha. maybe Allah nak duga kita. fa yakin ada hikmah disebalik yang terjadi. kita perlu bersyukur sebab kita salah seorang yang Allah sayang dan dia duga kita. bagi yangs enasib dengan fa jangan sedih. insyallah ada rezeki kita lagi lepas nih. Allah tak pernah salah pilih orang untuk diberi dugaan sebab dia tahu kita boleh melaluinya.

 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com