Tuesday, August 13, 2013

my baby dah 24 days

Wrote by


Dah beberapa minggu fa tak update blog..biasa la ada orang baru dalam family..semua rutin dah tunggang terbalik...sebab semua masa mama, baby akan control...masa baru bersalin kelam kabut jugak dengan terasa sakit bersalin lagi..baby nangis nak susu.. oh lemahnya...kadang terasa macam baby blues sangat...but fa cuba kuat... alhamdulillah now dah makin okey...dengan sokongan husband and family... fa dah agak biasa uruskan anak...oh ya...fa belum bagitau nama baby fa lagi kan... nama si kecik kesayangan fa nih NIK ALIIF ISA... so boleh panggil my baby isa ja.. simple and sweet ja kan...


Allhamdulillah so far 24 hari nih..fa dapat direct feed my baby dengan susu ibu..hopefully journey breastfeeding fa dipermudahkan...amin...sekarang fa sambung berpantang dekat kedah...anyone yang nak datang melawat..jemput la...hub dah balik tadi... sedih pulak berjauhan dengan hub...selalu hub yang tolong fa uruskan baby isa.. tak apa mama tau isa memahami mama kan..kalau lambat pun isa cool ja kan...

Ramai yabg dah request suruh fa cerita pengalaman bersalin kan.. buat masa nih fa dekat kampung..tak bawak balik laptop....so susah nak update panjang-panjang...nih pun pakai phone ja update blog..insyallah habis pantang nanti fa cerita pengalaman bersalin fa ya...


Nik aliif isa - day 24







Wednesday, July 24, 2013

allhamdulillah

Wrote by




Baby boy
D.o.b : 21 julai 2013
Time : 2.22am
Weight : 3.35kg
Normal



Friday, July 19, 2013

40 minggu

Wrote by


ramai yang tertanya-tanya fa dah bersalin ke belum..ada yang whatsapp, sms, pm fb, instagram lagi...wow..ramai tertunggu-tunggu ya...korang tertunggu-tunggu tambah la fa..lagi la tertunggu-tunggu... fa belum bersalin lagi..today genap 40 weeks..yes my due date today 19 julai...tapi hari tu pergi check up dekat HUKM..doktor cakap kkia kira salah due date fa...dia tukar due date fa 20 julai...ala..sehari ja pun kan beza..tak mengubah apa-apa pun..sebab baby macam suka ja duduk dekat dalam lagi...


check up lepas doktor tambah lagi 9 hari kalau fa tak bersalin lagi...so kalau tak jugak gaya macam baby nak keluar terpaksa la serah diri dekat hospital 29 julai nanti...maybe kena induce..dengar induce dah macam seram kan..mesti lagi super duper sakit..tapi kalau itu ketentuan Allah S.W.T..fa redha...mesti ada hikmah kan...fa bersyukur sangat sebab tak ada masalah sepanjang preggy nih...Allah permudahkan perjalanan preggy fa dari mula sampai sekarang...tak ada alahan, hb, bp semua okey..kencing manis tak ada... fa and baby sihat...Allhamdulillah...maybe penantian baby keluar adalah dugaan kecil Allah bagi dekat fa... tambah bulan puasa kan...kena la belajar bersabar..ye tak??


best bila tengok instagram, fb ramai membe yang due lebih kurang fa selamat deliver baby...comel-comel pulak tu...lagi la tak sabar fa..hehe..tapi masa tu akan tiba jugak kan..so bersabar.maybe baby kesian tengok mama dia kena ganti banyak nanti...so dia pun nak keluar lambat...tak kisah la sayang...asalkan baby sihat dekat dalam...dapat menunggu selama 9 bulan..tak kan seminggu ja lagi tak boleh sabar kan...


Tuesday, July 16, 2013

Tips, petua and senaman untuk cepat bersalin

Wrote by


disebabkan nervous jugak baby belum keluar nih....tapi masih mampu buat relax lagi...haha..sebenarnya cuak.. yola..hari-hari update blog pasal dah dekat due date and baby masih tak ada hint nak keluar... mesti korang bosan kan...maaf la ya...just nak share aja dong..so fa ada la mengoole sikit petua-petua orang dulu-dulu and senaman untuk cepat bersalin...mana tau dapat membantu mom to be macam fa yang menunggu hari nih...



 petua-petua cepat bersalin
  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga. 
  • Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah. 
  • Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
  • Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
  • Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
  • Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg aku amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
  • Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
  • Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk (aku mmg failed nak pegang buku lali. Peha besar sgt...so pegang je la besi palang katil tu)
  • Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
  • Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
  • Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
  • Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang :)


Senaman Kegel (Kemut)
Senaman ini baik untuk kulit / otot vagina supaya lebih kenyal, dengan itu otot boleh mengembang dengan   lebih baik apabila proses kelahiran bayi. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot yang menyokong rahim dan untuk menjamin keintiman hubungan suami isteri. Senaman ini boleh dilakukan di mana saja. Salah satu daripada senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan, dan kira sampai 10 (atau 10 saat) dan baru dilepaskan bakinya..yang ni baik juga untuk suami..sebab sekarang ramai yg kena kanser prostat, senaman ini dpt mengurangkan risiko.
  
 
Tailor Sitting
Kebaikannya
Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis. Dapat memperbaiki postur badan. Melembutkan sendi pelvic. Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.


Kaedahnya:
Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak. Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai. Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha. Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai. Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.

Pelvic rock

Kebaikannya:
dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang dapat mengurangkan sakit belakang.

Kaedah
Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata. Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat. Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut / belakang. Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.


Wall slide

Kebaikannya:
Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan. 


Kaedah:
Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.  Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda. Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat. Naik ke atas semula. Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya. Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.
 


 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com