Saturday, June 29, 2013

Nak free sample?

Wrote by




wah...free sample..wink*....siapa la tak suka barang free kan..fa dah dapat sample breast pad dari MAM nih dah lama...dalam sebulan lepas kot..sekarang baru teringat nak update sini...selalunya kita dapat free sample nih kalau beli something ke...dekat expo ka..kan...but korang boleh request free sample nih... melalui email sahaja..yang dah tau bagus la..if yang belum tahu...ha...yang nih good info untuk korang...after korang email...diorang akan reply minta detail untuk pengeposan...then dalam beberapa minggu...korang akan dapat sample tu...


sebenarnya banyak barang korang boleh request...disebabkan sekarang sibuk pasal baby..so korang boleh request barang baby and mama..macam breast pad, pampers, susu dan macam-macam lain.. then korang boleh try and nilai sendiri before beli barang tu banyak kan..nanti tak best..rugi pulak kalau beli banyak kan...


Breast Pad
MAM - email ke  hello@mymambaby.com

Diapers Free Sample
Huggies - http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx
Babylove - http://www.babylove.com.my/
Mamypoko - https://www.mamypokoclub.com/product/sample_request.php
Drypers - http://www.drypers.com.my/ms/Produk/permintaan-sampel/
Whoopee,email to: whoopee@peoplengrit.com
Sila sertakan maklumat berikut :
Name:
MyKad:
Address:
Mobile No:
Baby’s name:
Baby’s MyKid:
current diaper brand:
Request Sample size: (you are allowed to mix)


Sample Susu Percuma
Similac - http://www.abbottnutrition.com.my/node/29
Fernleaf (keluarga) - http://www.fernleafinstitute.com.my/BM/request-sample-KUAT.htm
Fernleaf (kanak-kanak) - http://www.fernleafinstitute.com.my/BM/request-sample-1-3.htm
S-26 - https://www.wyethnutrition.com.my/web/guest/our-products/free-samples
Dutch lady - http://www.smartmoments.com.my/momsclub/samplerequest
Friso - http://www.growinguptogether.com.my/members/login/register.html
Anmum - http://anmum.com/my/sample_request.aspx
Nestle Nan Grow - https://www.facebook.com/FirstSolidFoods/app_353743508012124
Dumex - http://www.dumex.com.my/login
Mead Johnson - http://www.meadjohnsonasia.com.my/sign-up.aspx?sampleReq=1
Isomil - http://www.abbottnutrition.com.my/member_features/mbr_sample_order.asp?type=1 (*kena register jadi member dulu baru boleh request free sample)





Friday, June 28, 2013

mandi wiladah selepas bersalin

Wrote by


Allhamdulillah today genap 37 weeks preggy...baby dah boleh keluar bila-bila masa...when? Only Allah knows..so doakan kami ya..bab bersalin preparation baby and mama allhamdulillah complete.. ada la sikit barang..tapi tak penting pun...nak bersalin nih..kita perlu la tahu mandi-mandi wajib selepas bersalin kan.... mesti ramai yang anggap mandi wajib sekali ja..lepas kering nifas kan..?...


sebenarnya kita selepas bersalin perlu mandi wiladah....Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak...manakala mandi nifas ialah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis)tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksimaialah 60 hari.Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itumandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.


Niat mandi wiladah : Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala


 Mandi Wiladah dan nifas
 
Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing

sumber dari : http://halaqah.net 
 
 


Thursday, June 27, 2013

Penting ke perut BESAR atau KECIL masa preggy?

Wrote by


penting ke perut besar atau kecik time preggy nih? bagi fa tak penting sangat as long as baby dekat dalam membesar dengan sihat...perut fa dikategorikan kecik jugak la time pregnant...kalau dalam gambar tengok macam besar..tapi hakikatnya tak besar sangat pun....


hari tu masa ada check up dekat kkia...masa 8 months plus kot..tak ingat dah..menunggu turn ambil bp... ada sorang kakak nih tegur fa..dah berapa bulan adik pregnant...dengan pantas fa jawab la dah 8 bulan kak... eh kecik ja perut tak macam 8 bulan..dah dekat nak bersalin kan..fa jawab maybe anak first kot sambil sengih je dekat akak tu...yes memang dari awal preggy fa perasan perut fa tak besar...awal dulu macam tak nampak pun...start la risau eh ok ke baby dekat dalam..membesar dengan okey ke...sebab perut tak nampak kan...sampai ada sekali check up...fa tanya doktor..kenapa perut saya tak nampak lagi..doktor cakap biasa la..anak first...perut tak besar sangat...sebab tak ada ruang baby lagi kan.. masa tu terus lega... 


tapi jeles tengok preggy mommies lain perut besar ja...macam comel ja tengok...now fa dah tak risau...sebab setiap kali check up baby and scan..doktor cakap berat and saiz baby okey...tak kecil tak besar...saiz and berat baby mengikut minggu sepatutnya..Allhamdulillah...so preggy mommies yang mengalami perut kecil ja masa preggy...jangan risau as long as baby sihat and membesar dengan okey... perut kecil or besar tak ada kena mengena dengan baby dekat dalam tau..


preggy mommies lain selalu juga bercerita dengan fa perut diorang kecik ja orang tegur...fa selalu la nasihat its ok perut kecik asalkan baby ok kan...best perut kecik tak besar sangat tak membazir la duit perlu beli maternity blouse ke....just beli pants ja...kalau yang boleh muat lagi pants before preggy lagi untung... and tak perlu la berat-berat sangat bawak perut kan...abaikan ja mulut orang..asalkan both mama and baby sihat kan..


masa nih fa dah preggy tapi tak tahu lagi preggy..maybe dalam beberapa weeks




15 weeks preggy (3 bulan)




18 weeks preggy (4bulan)



 

21 weeks preggy (5 bulan)




24 weeks preggy (6 bulan)




30 weeks preggy ( 7 bulan)




35 weeks preggy (8 bulan)



36 weeks preggy (9 bulan)


esok fa genap 37 weeks...kalau ikutkan..37 weeks baby dah considered full term....so baby dah boleh keluar bila-bila masa...so masanya tiba untuk menunggu hari...doakan both of us ya blog readers...




nih fa letak sikit table anggaran berat baby dengan weeks kandungan....



Wednesday, June 26, 2013

baby care pilihan

Wrote by




lamanya nak update pasal baby care product yang fa pilih for my baby....masa dulu memang tercari-cari nak beli product apa...sebab banyak sangat suruh go for organic products kan...sebab bagus for baby... pastu bila organic product pulak..brands apa yang okey..sebab banyak sangat brand dekat pasaran kan... last fa decided beli brand BUDS....sebab banyak positive feedback...and harga pun affordable la... disebabkan BUDS nih tak ada baby powder...so fa beli baby powder and baby oil pigeon..kenapa pigeon? pigeon bukan organik kan?? sila baca sampai habis ye...




 fa beli yang travel set dulu BUDS nih...tak berani nak beli yang besar-besar...try dulu dekat baby... kalau baby okey..so lepas nih kita beli yang botl besar pulak ya....dalam travel set nih ada infant head to toe clenser, nappy time change cream and infant cream.....harga dalam RM39.90...tapi fa beli dekat bebe totz...so ada less...tak ingat berapa..15% kot...




 

 pastu fa tercari-cari baby powder and baby oil yang selamat untuk baby..last terbaca banyak blog mom to be review pasal brand pegion sakura nih....sesuai untuk sensitif skin...dan paling penting Free from harsh chemicals, it does not contain paraben, sulphates and coloring agents.  It uses natural ingredients such as our signature Sakura extract, renowned for its moisturizing and anti-inflammatory properties.  So mild and gentle, it is proven safe on baby's sensitive skin. so memang bagus la kan...bagus or tak for my baby.. nanti lepas guna untuk si kecik fa akan review lagi...


so mommies sekalian..tolong la periksa dulu any products kalau nak beli..especially for baby...

Apa itu PARABEN???
Paraben adalah sejenis bahan sintetik pengawet yang digunakan dalam makanan, farmaseutikal, kosmetik dan produk penjagaan peribadi seperti deodorant, pembersih muka, gel mandian, pelembab dan syampu. Paraben membantu produk-produk tersebut tahan lama; tetapi, paraben boleh memasuki sistem badan kita melalui kulit apabila kita menggunakan produk tersebut.
Kesan pada bayi?
Baligh Lebih Awal. (Early Puberty)
Kebolehan paraben meniru hormon lain menyukarkan sistem endokrin berfungsi sempurna.


Maka akan menyebabkan kanak-kanak perempuan boleh baligh lebih awal contohnya seawal lapan tahun. Para pengkaji paraben mendapati bahawa, pembesaran buah zakar dan buah dada kepada kanak-kanak lelaki juga boleh berpunca daripada paraben.






 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com