Friday, May 31, 2013

Antenatal kelas HUKM

Wrote by





masa awal preggy dulu berpikir beribu kali patut tak pergi antenatal kelas...bila baca blog mom to be ramai yang attend antenatal class...pastu bila pikir-pikir yang fa nih 0 pengalaman and information pasal bersalin nih.. yela ada jugak la membaca tapi tak sama kalau ada yang mengajar kan...terus cakap dengan hubs... hubs ok ja....then start la sesi mencari kelas antenatal dengan mengoogle...yela tak tahu nak pergi hospital mana kan untuk kelas..sebab awal tu kan kitaorang plan nak bersalin dekat kedah....then last nih tukar bersalin dekat kl ja....insyallah dekat hukm...bab hukm lain entry la ya....lucky me... hukm pun ada buat kelas antenatal sebulan sekali...so kitaorang register and bayar RM100 untuk attend kelas nih....nih fa letak jadual..kot ada mom to be yang tercari-cari...kalau nk booking to boleh la call dulu hukm or korang pergi ja bahagian O & G terus...




fa pergi yang bulan mei tu..masuk 8 bulan fa rasakan masa sesuai untuk attend kelas antenatal.... ada sesetengah hospital antenatal kelas nih free...tapi kitaorang tetap pilih hukm sebab planning bersalin sana... so masa antenatal kelas nih diorang akan tunjuk labour room and ward...so rasa better kitaorang attend kelas dekat hukm walaupun berbayar...


tetiba date tu hubs tak dapat pergi sebab ada kelas...so fa pergi dengan sis in law...kitaorang ja kot couple perempuan..hahaha...yang lain semua dengan hubs...tapi nak buat macam mana..its ok la... sama ja..asalkan fa pergi kan...



nih la tentatif hari tu...makan pagi, tengah hari and petang memang disediakan....tapi makanan dia not bad..sedap..opss...nih pulak yang diberitahu..hahaha....


nih masa dalam lecture...haha.....lama dah tak masuk lecture hall..terus teringat zaman belajar dulu-dulu..




sebelum lawatan ward tu..siap ada praktikal senaman mengandung and dia ajar cara betul masa nak bersalin.. ahah..ketawa kitaorang sambil buat tau...



so far...kelas nih membantu jugak sedikit sebanyak....at least fa tau bila perlu ke hospital..cara teran dengan betul...cara mandi baby and susukan baby...hopefully dapat ingat la sampai ada baby nanti... so mom to be yang terpikir-pikir nak pergi ke tak kelas...fa rasa better pergi...tapi kalau tak nak pun okey... sekarang semua korang boleh baca dekat internet or buku kan...betul tak??





Thursday, May 30, 2013

atasi bengkak kaki masa preggy

Wrote by


Allhamdulillah today dah 32 minggu 6 hari preggy....kalau ikut perkiraan lagi 50 hari untuk baby keluar... hopefully semuanya lancar & selamat....amin...dah masuk 8 bulan nih... kaki fa cepat sembab atau bengkak... rasa kaki gemuk berserta jari-jari kaki akan gemuk sekali..alahai sekali tengok comel jugak sebab montok-montok...tapi rasa tak selesa la...hari tu keluar berjalan dengan hubs kaki membengkak dengan juaranya pastu teman hubs hantar kawan dia dekat lcct.kan lama dalam kereta...lagi la kaki nih membengkak dengan sungguh sihat...sampai selipar pun ketat gila....tapi kaki fa bengkak paling cepat sebelah kiri...kanan kurang sikit bengkak...tapi bengkak nih jadi kalau fa banyak berjalan and duduk lama....


fa tak berapa risau kaki sembab/bengkak time preggy nih..sebab ianya perkara biasa...sebab fa dah baca pasal nih dari awal..so tak la rasa risau...so preggy mommy if kaki bengkak jangan risau tau...

Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.


Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.


Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.


Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.




tengok si kim nih sanggup pakai kasut gini lagi time kaki sembab kan...sungguh tak selesa...



so apa yang fa buat....fa akan lapik bantal dekat kaki time tido..so kaki akan tinggi sikit...jadi cecair yang berada di kaki akan mengalir lancar..nih yang fa buat..and ianya sangat berkesan..bangun pagi ja..kaki fa dah kurus seperti biasa...tak sembab lagi....tips lain untuk preggy mommies...

  • Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.



  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.




  •  


    nih la rupa mak buyung di ambang 8 bulan preggy...dah kembang semangkuk dah...




    Tuesday, May 28, 2013

    diapers bag yang sangat stylo

    Wrote by


    Allhamdulillah...so far barang for my baby almost complete..just ada sikit-sikit lagi nak dibeli...barang untuk mama pulak..yarrrrrrr.....harus la barang mama yang tak selesai lagi... set berpantang pun fa tak beli lagi... biasa la dahulukan baby kan..kalau dah jadi mama nih...sentiasa dahulukan anak..baru la faham bila kaum ibu cakap kalau pergi shopping mesti masuk kedai baby ja..dah tinggalkan kedai-kedai untuk mama kan.... now pregnant pun fa dah rasa semua tu....macam tak penting ja barang untuk mama...


    fa diapers bag untuk baby pun tak beli lagi....sebab biasa la kalau perempuan yang jenis gilakan beg.. sampaikan beg diapers anak pun nak yang cantik...tak boleh lari hakikat nih kan..masa awal preggy dulu...ada terbaca post Dr halina wife sheikh muzafar and blog pwettypearl pasal diapers bag tapi macam handbag..so 2 in 1...mommies tak payah bawak handbag dah....sebab  bag diapers nih pun dah macam handbag and sangat stylo...tak percaya??? tengok nih..








    storksak nina print tan





     

    STORSAK olivia



     

    Storksak Sofia Canvas Natural








     Storksak Sofia


    banyak lagi pilihan storsak nih...tapi nih di antara yang fa suka la... suka tak beerti perlu beli kan.. sebab harga dia mak aih..... tak sepadan kot sebagai diapers bag...tapi bila pikir..boleh buat jadi handbag..terus bermimpi-mimpi storsak nih.....alahai..anyone yang nak hadiahkan???


    korang boleh beli storsak nih dekat BEBE TOTZ UKAY BOULEVARD...memandangkan butik sis in law atas bebe totz nih ja..so kitarang selalu jugak ke bebe totz...setiap kali pergi mesti g tengok-tengok section storsak nih...meleleh air liur tengok..hah..






    Tuesday, May 21, 2013

    POST LARANGAN KEPADA IBU MENGANDUNG EDISI KEDUA

    Wrote by






    semalam fa pergi jumpa supplier restock long singlet warna-warni nih....sebab ramai sangat nak.. macam jual pisang goreng panas dah....customer siap beli banyak-banyak...so fa restock la lagi...sekarang yang available color MUSTARD YELLOW, PINK, ELECTRIC BLUE, GREY, BROWN, OLIVE GREEN... anyone yang interested nak order...boleh pm di page Lil'Qarmaa....atau whatsapp fa 0149301585...


    semalam adalah hari berjimba-jimba bersuka ria bersama sis in law...jalan-jalan mencari baju baby.... preggy mommies mana yang tak akan beli bila terlihat baju comel di kedai...rasanya waib beli kan walaupun sehelai.. nafsu membeli baju baby yang comel tu tak tertahan....sila sabar wahai kaum adam sekalian...fitrah seorang wanita kan gitu....tambah sekarang naluri keibuan semakin mebuak-buak...haha...alasan kan..




    oh my perut fa dah merampas kawasan orang dah sekarang kalau bergambar.....maafkan saya ya... so bila dah berjimba-jimba harus la kehausan kan....seperti biasa akan beli chatime...favorite sepanjang masa...tambah sekarang hubs pun dah menggilai chatime....sikit-sikit mengidam chatime..kalah preggy mommy tau..



     first time try passion fruit fruit QQ...sedap tak terkata....kejap ja habis fa minum...lepas nih nak order yang nih lagi... biasa la kalau dah berjimba wajib pergi mengisi perut yang lapar kan...so kitaorang berhi-tea dekat delicious....so preggy mommies....sila kuatkan semangat...kalau semangat anda tak kuat...sila jangan scroll sampai bawah...bahaya..takut mengidam pulak...


    tapi kitaorang nih dah bukan hi-tea ja...siap order sampingan lagi...hi-tea dekat delicious nih memang berbaloi...sedap bangat....hi-tea for tu nih dalam RM59.90...




     

    nih menu yang ada dalam set Traditional English Afternoon Tea

    Warm Scones with Preserves & Cream
    Assortment of Finger Sandwiches
    Duck Confit Tartlets
    Strawberries with a Chocolate Dip
    Hand-rolled Chocolate Truffles
    Rosemary & Cheese Cookies
    Choice of any one piece from cakes on display
    Choice of any two cups of hot coffee or tea


     biasa la bukannya hi-tea sangat..kitaorang nih plus dengan lunch sekali rasanya....so order la makanan yang mengenyangkan....ala-ala for lunch la...




    Teriyaki Salmon Steak memang superb...kalau korang pergi wajib order ok...sebab memang sangat lazat...  tambah pulak fa memang suka salmon..so memang kena dengan lidah la...




    for dessert....Sin in law order Chocolicious Sundae...terangkat la kalau makan nih...memang sedap..so korang patut cuba...


    kitaorang lepak lama juga dekat delicous...sebab dekat delicious Dua Residency memang tak ramai orang..luas and selesa kalau nak melepak tanpa gangguan...so mak buyung nih dari awal dok tengok menu nasi lemak....sebab gambar sangat mengiurkan..so order lagi nasi lemak..portion sangat la banyak...nad rendang ayam memang sedap sangat..tak terkata...maaf ya tak sempat nak ambil gambar nasi lemak... sebab sampai ja terus melahap....overall delicious punya makanan memang sedap..



     
    Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
    Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com