Tuesday, November 6, 2012

PART 1 (RECEPTION KEDAH); MAKE UP

Wrote by


dah tengok video reception di SINI? kalau belum cepat tengok dulu..baru korang ada feel dan terbayang macam korang ada dalam majlis kan..so best sikit baca post pasal reception nih....


Allhamdulillah selepas sehari selesai majlis solemnization fa dengan mr husband...next day our reception day la..kalau melayu majlis kenduri kendara..preparation memang dah berbulan sebelumnya dah start buat tau..rasanya before engagement lagi la dah start planning, DIY bagai...sebab kenduri dekat kedah nih msak sendiri oleh orang kampung...tak hire catering pun....nih la baru lagi meriah kan...nih salah satu impian fa.. kalau boleh fa nak my wedding day tu nak la macam impian yang diangankan selama 24 tahun nih termakbul..tak gitu?? yela wedding nih kan once in a lifetime (hopefully..AMIN)...tau tak fa dulu kan selalu mimpi wedding day...pastu wedding day fa tu biasa ja...siap dalam mimpi boleh kata la..tak dapat pun macam diidamkan..macam menyesal dan sedihla.. nasibla semuanya mimpi..Allhamdulillah fa dapat apa yang dihajatkan walaupun tak semua...syukur sangat..


so part entry nih just nak bercerita pasal make up ye...yang lain next entry pulak...as u all  tahu...MUA pilihan fa adalah my SIL..sebab nak cari MUA dekat kedah yang make up cantik..tak banyak and fa tak tahu..so kerja mudah...make up semua event (engagement, solemnization, reception) dekat kedah my SIL yang make up..settle dan tak peningkan kepala nak mencari MUA...sebab nak cari MUA yang make up cantik amatla susah kan..selalu ja tengok muka bride macam over sangat..sampai nampak fake..


fa dah berjanji dengan SIL nak start make up around 10am macam tu...sebab dalam 12pm tetamu dah start datang...kalau boleh nak siap before tetamu datang so sempat la jumpa salam-salam dulu kan..okey disebabkan sejarah masa solemnization mandi lambat...masa weding nih fa mandi dalam pukul 9 am macam tu... nasib la ada BFF yang tido dekat rumah and tolong banyak sangat benda...lega rasanya..tq so much lili.. after mandi terus sarungkan my SPANX sebab nih la rahsia kurus masa wedding hari tu dan pakai loose pants and kemeja..bride to be sekalian kalau sesi make up tak kira la make up apa..sila la pakai kemeja dahulu..jangan pakai tshirt...pakai baju yang ada buttons penuh di depan..so korang akan senang buka dan tak rosakkan make up masa nak tukar baju nanti.. settle tu fa sempai pakai contact lens and EVERLYNN mask.kenapa perlu pakai mask..sila baca entry INI


so start la make up..sambil bersembang dengan SIL..tup tup dah siap..so korang enjoy la ya gambar make up...




 













    



 
masa nih terpaksa posing dengan handbouquet engagement dulu sebab bff tengah siapkan my handbouquet..




nih baru la handbouquet bff DIY...cantik kan...

kalau berkenan dengan make up SIL nih boleh contact nicky -fb NAJJAH NICKYCINTA


                                                                                                                                   to be continue....



Sunday, November 4, 2012

VIDEO RECePTION

Wrote by


settle review solemnization kan...so lepas solemnization mesti ada reception kan...so korang enjoy dulu video reception fa dengan hubby...


 

credit videographer : LENSA IN MOTION

nih la video yang pecah kepala nak memikirkan nak letak lagu apa..first tu hubby decide nak lagu chris medina tu..tapi videographer kata tak sesuai..nak lagu happening...so kitaorang buka la youtube cari mencari...last decide lagu nih..dont let me fall by lenka..okey tak?




Friday, November 2, 2012

PART 3; solemnization kami

Wrote by


part solemnization terakhir...mesti korang menarik nafas lega kan sebab dah last part nih..so next akan update reception pulak...tapi post nih nak update gambar je...nak bagi family and bff fa dan husband interframe sikit dalam blog fa nih...caption gambar korang letak sendiri la ya..haha...tengok punya la malas..nih sebab nak cepat update..then nak marathon adam dan hawa online...



 
 








  




  










  


  

  

  

  

done part solemnization...ada yang nak tengok gambar bergerak tengok la video solemnization kami...nak lagi upload dekat post nih even dah post pasal video akad..







TAKLIK

Wrote by



 


itu la rupa lafaz taklik dalam bahasa jawi...so wahai jejaka yang mahu berkahwin dengan gadis dari kedah... be prepared untuk berhadapan dengan lafaz taklik dalam bahasa jawi...mostly la dekat kedah jawi.. nak dapat rumi..ada jugak..tapi tak banyak kot tok imam bagi kertas taklik rumi...mr husband hari tu pun dalam jawi...so wahai groom to be, nih fa ada bagi..so korang cepat pergi translate dan cuba hafal ya..so tak la gagap masa nak baca depan ramai orang nanti...wahai bride to be boleh bagi nih dekat pasangan korang untuk prepare eh... masa fa dulu... fa dah awal bagitau mr husband suruh prepare..dia pun google la taklik dan tiap malam baca dan cuba hafal... kalau yang dah teror baca jawi pun..jangan berlagak tau tak nak prepare sebab kadang boleh terbabas jugak sebab nervous kan...



disebabkan hari nih jumaat, fa dengan baik hati tolong korang translate taklik ye..


Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika : 

 1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan sengaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau:

(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:


(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluqi.




p/s: lepas kahwin baru fa tau dalam islam taklik nih pengantin perempuan boleh tambah sendiri....kalau fa tau nak tambah  halang poligami dalam taklik tu...so wahai bride to be sila tambah apa syarat yang korang mahukan tau... jangan siakan peluang nih...sedih sebab fa dah siakan peluang tambahan dalam taklik..





 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com