Wednesday, January 1, 2014

blender untuk solid food

Wrote by


Ya Allah..tahun baru nih baru ada mood nak update blog...ramai yang wechat la whatsapp tanya kenapa tak update blog... jawapannya bukan lupa password...tapi kekangan masa...bz dengan isa yang dah makin lasak..pastu urus bisnes Lil'Qarmaa...Alhamdulillah...rezeki anak kan...hope azam tahun baru nih dapat update blog sekerap mungkin..Insyallah..fa cuba ya...sayang blog nih terbengkalai gitu macam rumah tak cukup simen ja nak siapkan...


Alhamdulillah isa sekarang dah 5 months..and syukur masih diberikan rezeki untuk fullu breastfeed isa... next month isa dah boleh makan..teruja la mama dia nih..now tengah survey blender untuk buat solid food isa..tak kan la nak guna ja blender cabai bawang dekat dapur tu kan..kesian pulak isa nanti.. biasa la google la sumber info sekarang nak cari barang-barang...al maklum la mama dia nih excited... tiap malam kot survey blander ja... jangan kata balnder..nak bli selimut isa pun fa survey dulu dalam blog ( tutup muka..malu btoi)

now fa ada 3 pilihan blender yang memang dah terlekat di hati...fa upload gambar ikut harga termahal sampai paling murah ye...



avent steamer and blender..senang kerja uols.. potong buah pastu masukkan..steam..dah settle steam pastu terbalikkan dah boleh blend..mak aih..senang kerja kan... pastu nak cuci pun satu benda ja.. sesuai untuk mommies yang kerja dan masa terhad... ye la dah 2 in 1 harga pun alahai rm400 lebih tau... memang hajat hati nak nih...tapi pikir balik macam tak lama ja baby nak makan puree kan..so cancel...sebab harga mahal pastu nak guna kejap ja...





pilihan kedua avent mini blender... nih kecik omey omey senang nak bawak travel tau... harga dalam rm200 lebih..kalau nasib baik ada promo boleh dapat RM100 lebih ja..nih pun banyak mommies revies best..tapi tak ada stemaer ye...blander je.. pastu siap dapat storage cup dengan buku resepi lagi... ok hati sudah tertawan dengan avent mini blender nih....





last sekali philips mini blender...juga kecik dah nama pun mini... harga lagi murah dari avent mini blender ye...nih pun dah terlekat di hati..now tak tahu nak yang mana dah... tapi dah ajak hubby pergi survey blender japg..mana la tau ada new year promo kan... hope ada la..nantikan mana satu blender fa beli ye..




Friday, December 13, 2013

TIPS MENGAJAR ANAK

Wrote by

maybe ada yang dah baca blog adlil rajiah dia share tips ddari chilf psychistrist...now fa copy and paste de4kat blog fa..share untuk korang... and takut fa tak jumpa blog tips sis nih..so fa mohon share ye sis
 
..

Tips berguna dari Child Psychiatrist

 1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.  Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.

 

2. Don't expose to too much things in a box. 
"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T
Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D
So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?
Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"
Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
 
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."
Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.
 
Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T
 
 
3) Stimulate their imitation skills.
Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.
So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.
Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).
Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T

Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.
 
 
 
4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.
Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-
 


5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"
Camtu.
Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.
Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,
"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."
"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."
Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.
6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.
Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.
Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D
Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.
7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.
Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, 
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.
 
 
8) Overly-attached to one person is not a good sign.
Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.
9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.
 
 
 
10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.
Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.
Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
 "Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"
Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab. 
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.
 
 
credit blog: ADLIL RAJIAH 
 
 again...nih semua fa COPY PASTE dari blog sis ADLIL RAJIAH..jom kita share semsama..hope dapat membesarkan dan mengajar anak dengan baik..
 
 
 
 


Thursday, November 28, 2013

berkesan tak perineal massage dkt fa?

Wrote by


last update blog october..now dah hujung november nak masuk december dah..baru ada masa nak update...biasa la dah ada baby nih...masa fa dah makin terhad untuk diri sendiri..kadang nak mandi lama-lama pun tak sempat tau...tadi buka blog..terus la banyak la comment..sorry tau fa tak reply lagi..tak sempat...nih nak update laju-laju..sebab isa dah bangun...

ingat tak perineal massage masa preggy yang fa buat tu...tak ingat KLIK SINI...fa beria la buat everyday massage tu...tapi apa kan daya..masa bersalin kena episotomy jugak...fa pun tak tahu panjang ke tak...maybe cara fa buat salah kot...terpaksa la menahan sakit dijahit dan menunggu luka jahit baik...sadis betul..




sekali fa ternampak ada orang post nih dekat fb..terus..nak menjerit sebab kita boleh tak benarkan doktor gunting kan...sebab fa rasa fa baru meneran sikit..dah nak keluar pun isa...doktor terus minta kebenaran gunting..untuk first time mama macam fa nih tah tahu apa-apa..and takut baby ada komplikasi ke apa...siap angguk ja benarkan...fa rasa fa mampu keluarkan isa tanpa gunting..sebab isa tak besar sangat masa lahir...maybe bukan rezeki kot..redha ja...


so mom to be yang lain alert ya benda nih..if korang tak ada masalah masa lahirkan baby..jangan benarkan doktor senang-senang ja nak epi korang tau...tapi kalau keadaan kritikal baru benarkan okey...nak menunggu luka baik satu benda yang sakit tau...sebab nak bangun kena slow-slow... dengan newborn baby nak kerap susu...mencabar jugak...


maybe bagi fa perineal massage tu tak jadi...sebab doktor terus nak gunting...tapi mom to be yang lain buat tau...fa rasa memang berkesan..sebab bukaan cepat sangat...fa dalam beberapa jam ja dalam labour room dah fully 10cm terbuka....good luck mom to be...


nak tempek sikit latest gambar isa..isa dah 4 bulan sekarang..dah pandai menirap dah..pastu suka sangat tarik spek dengan rambut...makin mencabar mama dia sekarang....








Friday, October 11, 2013

stroller baby isa

Wrote by


baru ada masa nak mengupdate blog..kalau tak bz ja dengan si kecik..nih ada masa of course la sebab si kecik tengah nyenyak tido...post nih fa nak cerita pasal first car baby isa...car untuk baby mesti la stroller kan...fa dah lama berkenan quinny....berkenan zapp la..buzz la...tapi lagi suka zapp xtra...hub suka sebab 3 wheelers...ramai review cakap best...boleh guna dari newborn sampai toddler kan...then masa preggy fa ada pergi mammours tanya pasal quinny zapp xtra nih.. sales girl tu cakap baik tunggu yang 2013 punya edition...sebab boleh fold sekali dengan seat...masa tu stroller tu tak masuk malaysia lagi...now pun still tak masuk lagi kan..sebab dekat kedai belum ada...tapi yang boleh fold nih 4 wheelers....yang lama tak boleh fold 3 wheelers kan...


fa nih kan kuat google cari mencari dekat online..still belum masuk...sampai la dekat bersalin...masa google..terjumpa online shop nih jual...ada ready stock and pre-order....masa tu kitaorang plan tak nak beli lagi...nak tunggu baby isa keluar dulu....pastu raya hari tu tok ma and tok pa baby isa cakap nak hadiahkan stroller...alhamdulillah rezeki baby isa...so tokma baby isa suruh order....fa terjump dekat instagram nih..online shop rtw_store...fa pun email tanya...pre-order 6-8 weeks and kena bayar full...then hub ada bagi la satu online shop nih dekat fb....fa pun terus inbox tanya...online shop tu mia fichita dekat fb... owner tu reply pre-order2 weeks and boleh bayar deposit dulu....so harga lagi murah...fa apa lagi terus la order and bayar deposit...


tak sampai 2 weeks barang dah sampai malaysia...hub nak ambil cod ja..so hub pergi ambil dekat rumah seller dekat bangi....alhamdulillah..service memang puas hati...cepat reply dekat fb and barang cepat sampai...selama keluar...hub yang buka and pasang...sebab fa kan dengan baby isa dalam kereta.. sampai la satu masa hari tu fa keluar dengan mil dengan sil bawak baby isa..tetttttttttt....tak tau macam mana nak unfold balik masuk kereta..hahaha....












perasan tak pelapik aka head and body support dalam stroller tu... untuk baby kecik macam isa nih... diaorang kan kecik lagi..better letak pelapik dalam stroller..so baby akan lebih selesa.... pelapik nih fa beli brand j cole....nak beli dekat one baby world dah sold out...cari punya cari...jumpa online shop mylittleboss.. harga pun agak murah sebab ada sale....so terus order... yes pelapik nih sangat selesa okey...lembut ja...




 


nampk selesa kan baby isa dalam tu...lagi satu kegunaan head and body support nih boleh lapik masa baby tido...masa makan dekat gyu kaku dengan family in law hari tu....baby isa tak nak tido dalam stroller...so kitaorang bagi tido atas sofa..





sangat praktikal kan..selain dalam stoller korang boleh lapik dalam car seat or rocker baby....


sekarang good new untuk pencinta quinny zapp xtra 3 wheelers tapi foldable seat..euro version dah ada... korang boleh beli dekat ig rtw_store....its ok isa..yang 4 wheelers nih pun mama dah suka..tapi kena belajar fold and unfold dulu bagi teror...haha...


stroller zapp xtra foldable seat nih kalau fold memang kecik jugak but keburukan stroller nih adalah berat ok...fuh...tapi tulang empat kerat fa nih masih mampu mengangkat ok...lepas nih naik muscle plus 6 pack la mama...=)




 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com