Saturday, July 6, 2013

Register deliver dekat HUKM

Wrote by


Insyallah fa akan deliver baby dekat HUKM Cheras...yela mama dia kan ex UKM..baby pun nak jugak keluar dekat HUKM...haha..no lah..nih semua hub yang nak..dia cakap HUKM bagus sebab officemate dia...ramai wife deliver dekat HUKM...and review diorang cakap bagus...so lepas kitaorang bincang..and fa setuju ja..asalkan semuanya selamat...HUKM nih ada 2 ward..general ward and yang private wings.. malas nak berprivate wings...general ward sudah..sebab dekat HUKM nih..ward ja berbeza...labour room still sama..so keselesaan hanya pada ward...setengah orang nak privacy..so korang boleh pilih private wings la.. fa pilih general ward ja...kalau private wings tu korang boleh pilih doktor untuk deliver and check up...


so macam mana nak register deliver dekat HUKM? nih fa buat entry sebab ramai yang bertanya dengan fa macam mana nak register bersalin dekat HUKM...first sekali korang kena minta referral letter dari klinik yang korang selalu check up...kalau macam fa, dekat KKIA la...fa minta nurse tu buatkan surat untuk deliver dekat HUKM...and korang kena bawak BUKU PINK check up tu..kalau korang kerja government bawak sekali la guarantee letter ya...kalau kerja swasta yang tak ada..so tak payah la...


korang bawak surat and buku pink pergi bahagian O & G HUKM tu dekat kaunter...then diorang akan registerkan korang and bagi date lain untuk appointment check up dekat HUKM... so far fa dah 2 kali check up dekat HUKM..masa register nih diorang tak minta bayaran apa-apa..just masa first check up nanti baru korang kena bayar...first check up dekat HUKM tu..fa kena RM70 untuk register & scan baby...next check up tu kena tak sampai la RM70...fa dah tak ingat berapa...


so far fa suka doktor HUKM..sebab diorang baik and membabtu sangat masa check up...banyak jugak fa bertanya masa check up...and diorang sangat membantu dengan info-info...so hope sudah terjawab ya mom to be macam mana nak register untuk deliver dekat HUKM...fa pergi register nih masa masuk 7 bulan preggy...


nih fa letak sekali kos untuk deliver dekat hukm general ward..







Thursday, July 4, 2013

Teknik bernafas masa contraction & bersalin

Wrote by

Teknik Bernafas Waktu Kelahiran

Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.

1. Peringkat awal (early labour)
Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.

2. Peringkat aktif (active labour)


Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.

3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)

Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya panting-panting – hembus.

INFO TAMBAHAN

Pernafasan Lamaze


Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.

Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami kontraksi.

Teknik betul meneran

Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh doktor dan jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang boleh.

Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat. Teran perlahan lahan untuk mengelakkan koyak teruk.



Tuesday, July 2, 2013

Barang hospital mama & baby dah ready

Wrote by


37 weeks bersamaan 9 months plus preggy baru la mempunyai semangat nak kemas bag hospital...(sila jangan contohi fa ya wahai mom to be)...sepatutnya 7 months preggy tu dah kena ready..in case baby nak keluar awal..tapi allhamdulillah sempat dah fa kemas beg hospital dikala 9 months...and baby still happy inside tummy mama ...mesti baby tau kan yang bag tak berkemas lagi...tu yang dia pun dok rileks lagi dalam tummy mama...now mama dah ready sayang...menunggu kamu ja wahai baby N....dulu fa ada berkongsi CHECKLIST FOR MAMA & BABY...now semuanya dah terkemas rapi di dalam bag...



barang baby
Beg baby
Baby Diapers (10 keping)
Baju / seluar (5 pasang)
Minyak mestika baby
Baby Wipes/Wet Tissue (1 pek)
Tuala Mandi (1 helai)
Stokin/Sarung Tangan Bayi (5 pairs)
Peralatan Mandi
Bedung (3 helai)
Barut (3 helai)
Topi (1 helai)
Sapu tangan (1 helai) 


pastu fa dah ready barang baby untuk dibawa ke labour room..fa dah letak dalam satu paper beg kecil...so nanti hub tak payah susah-susah selongkar beg tu kalau nurse minta barang baby...kalau nurse minta..just bagi beg kecil tu terus dekat nurse...

barang baby untuk dibawa ke labour room
baju/seluar (sepasang)
baby diapers (1 keping)
Stokin/Sarung Tangan Bayi (sepasang)
Bedung (1 helai)
Barut (1 helai)
Topi (1 helai)


 

barang mama
Kad Lawatan Hospital / Buku pink
Kad Pengenalan
Telefon Bimbit
Baju (2 helai) 
Palazzo pants (untuk keluar hospital)
Stokin (1 pairs)
Kain Batik (1 helai)
Panties (3 helai) 
Disposable panties ( 3 packs)
Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
Tuala Mandi
Maternity Pad(1 pek)
Selipar (1pasang) 
Makanan/Minuman (Air Masak/Horlicks,Buah Kurma, Air zam-zam)
Bag Plastik
Baju Sejuk (Sweater) (1 helai)
Breast Pad (4 pair)
Nursing Bra (3 helai)
Tuala muka (1 helai)
Minyak mustajab pati halia
Tisu


 

tadaaaaaaa.....semuanya dah tersedia and ready to go...hanya tunggu masanya sahaja...





Tanda-tanda nak bersalin & info kelahiran

Wrote by


37 weeks 4 days....sekarang menunggu hari...tapi buat masa sekarang tak ada tanda-tanda lagi...so boleh lagi untuk mengupdate blog dengan info-info for mommies semua..info nih fa terjumpa dekat fb...and fa rasa penting untuk share dengan preggy mommies untuk alert dengan info kelahiran....


Sekiranya mempunyai tanda-tanda hendak bersalin, anda perlu pergi ke hospital yang telah dirancang. Tanda tanda bersalin termasuk: sakit bersalin, petunjuk (terdapat kemerahan tanda seperti darah dan lendir di permukaaan serviks) dan pemecahan air ketuban.

Sebaik sahaja anda dimasukkan ke wad, kakitangan hospital akan melakukan perkara-perkara berikut:

1.Cardiotocography (CTG); untuk memonitor degupan jantung fetus

2.Enema; untuk membersihkan usus besar.

3.Pemeriksaan vagina; untuk memonitor bukaan serviks

4.Memasang titisan intravena; tiub plastik akan dimasukkan ke dalam salur darah. Tiub ini adalah untuk memasukkan ubat jika berlaku kes kecemasan.

Terdapat 3 peringkat proses bersalin:


1.Peringkat pertama

Serviks akan terbuka perlahan-lahan sehingga bukaan berukuran 10 cm bagi membolehkan bayi keluar. Pengecutan otot pada mulanya agak perlahan setiap 10 minit dan bertambah kuat dan kerap. Pada akhir peringkat pertama pengecutan berlaku setiap 2 hingga 3 minit dan berterusan selama 40 saat. Peringkat pertama biasanya mengambil masa lebih kurang 8 jam.

2.Peringkat kedua

Peringkat ini bermula apabila serviks telah terbuka sepenuhnya dan berakhir apabila bayi dilahirkan. Dengan bukaan serviks yang luas, bayi akan bergerak turun sehingga kepalanya muncul di bukaan vagina. Selepas kepala dan bahunya keluar, bayi boleh keluar dengan mudah. Peringkat ini mengambil masa 30 minit. Biasanya episiotomy (potongan di bahagian bawah vagina) dilakukan untuk mengelakkan vagina dari terkoyak.

3.Peringkat ketiga

Selepas bayi dilahirkan, uterus akan terus mengecut dan ia akan dikeluarkan. Peringkat ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.

~ Terdapat 5 jenis kelahiran. Ianya bergantung kepada keadaan kesihatan ibu dan kandungannya.

1.Bersalin spontan melalui vagina (SVD); bayi dilahirkan melalui vagina. Sewaktu dilahirkan, kepala bayi keluar dahulu dan doktor membantu bayi keluar dengan membuat insisi di bahagian bawah vagina.

2.Bersalin sonsang; punggung bayi keluar dahulu semasa dilahirkan.

3.Bersalin menggunakan forsep; Kaedah ini digunakan sekiranya bayi tidak bergerak atau ibu kehabisan tenaga untuk meneran. Forsep digunakan untuk memegang kepala bayi dan kemudian ditarik keluar untuk mempercepatkan kelahiran.

4.Bersalin menggunakan vakum; Kaedah ini digunakan sekiranya bayi tidak bergerak atau ibu kehabisan tenaga untuk meneran. Cawan vakum diletakkan di kepala bayi untuk membolehkan kuasa vakum akan menyedut bayi keluar.

5.Bersalin secara pembedahan (ceasarian section); Kaedah ini digunakan apabila bayi tidak bergerak keluar, ibu tidak mempunyai tenaga untuk meneran, terdapat masalah pada plasenta, saiz bayi terlalu besar atau kedudukan bayi yang tidak normal contohnya bayi berada dalam kedudukan sonsang.

~Selepas bersalin
Melahirkan merupakan proses yang memenatkan dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Selain itu, perubahan hormon sepanjang tempoh kehamilan juga menyebabkan anda berasa penat dan agak sensitif selepas bersalin terutamanya dalam tempoh 3 hingga 5 hari selepas bersalin. Penjagaan selepas bersalin harus diberi perhatian untuk memastikan proses penyembuhan berjalan lancar:

1.Mengamalkan diet yang sihat; untuk mendapatkan tenaga dan nutrien yang mencukupi

2.Minum banyak air; terutamanya bagi ibu yang menyusukan anak.

3.Rehat secukupnya; tidur 8 jam sehari.

4.Mengamalkan senaman; Ia membantu untuk menenangkan diri dan baik untuk proses penyembuhan badan. Walaubagaimanapun, anda perlu mendapat nasihat dari pengamal perubatan sebelum mula bersenam. Sekiranya anda bersalin melalui pembedahan, anda dinasihatkan bersenam hanya selepas 2 minggu kelahiran.

sumber: facebook







 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com