Monday, February 18, 2013

TIPS - kurangkan sakit pinggang dan belakang masa preggy

Wrote by


sekarang banyak idea nak update blog..tapi tak ada masa pulak..internet pulak macam siput...fuhh..  mencabar betul...tapi sejak bawak little junior kesana kemari dalam perut nih....rasa macam kuat pulak kesabaran dalam diri....hope anak mama pun jenis yang orang bersabar ye...nanti bila dah keluar..mama gomol-gomol pun baby sabar je ye layan mama kamu nih...heheh..tengah update blog nih terasa ada benda gerak slow-slow dalam perut...baby la tu kan..tengah main ke tengah  memberontak sebab mama tak update pasal kamu sayang..esok la mama update pasal kamu ye baby... bagi chance mama update pasal mama pulak,,,


perut sekarang pun makin membesar...dah ada baju yang tak muat pun...perut membesar sakit pinggang pun dah terasa sekarang...kalau baring je..mesti susah nak pusing kalau tido atas lantai... nak bangun pun perlu ada step..nih normal untuk preggy mommy...Sebab tulang belakang kita yang sebelum ni hanya melengkung sedikit, dan ianya  semakin melengkung untuk menampung berat baby sekali.itula sebab kenapa pinggang sakit...



ianya akan hilang until the baby is out! so bersabar la wahai mommy sekalian termasuk la fa...tapi ingat..kesakitan preggy dan bersalin banyak pahalanya...so bersabar ya...tapi fa share sikit tips fa jumpa untuk preggy mommy yang sakit belakang...bukan posisi semasa berbaring ja kena jaga.. posisi berdiri dan duduk pun sama untuk mengurangkan sakit belakang dan pinggang...








kalau duduk tu..pastikan lapik bantak kecil dekat belakang ya...kalau nak lagi sedap beli maternity pillow macam gambar bawah..confirm sedap tido...





best kan kalau ada bantal macam tu..mesti lepas nih tido selesa...sekarang dah dapat green light dari en suami untuk beli... sebab first pregnancy kan..so boleh guna banyak kali..opss banyak kali???? maksudnya banyak anak ke?? kalau ada rezeki banyak baby...why not...mesti senyum lebar ja en suami kalau baca nih...bantal nih a little bit pricey jugak..tapi sangat berbaloi sebab korang boleh guna untuk bf baby jugak nanti...range harga dalam rm200 ke atas...kalau yang rasa benda nih tak perlu..korang boleh guna banyak bantal untuk dapatkan posisi terbaik untuk tido...






Saturday, February 9, 2013

ulang tahun hero saya

Wrote by



Today bday hero saya yang sorang nih..allhamdulillah saya ada 3 heroes sekarang..eh tiga ke...? Yang ketiga tu tak sure lagi hero atau heroin....korang rasa?


Happy birthday ayah...moga ayah sentisa sihat, panjang umur...dan dimurahkan rezeki serta diberkati Allah S.W.T

Thursday, February 7, 2013

Sebiji buah pear, mengeluarkan satu nyawa

Wrote by



Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita. Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita. Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita. Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid." Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya? Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami. Ada sebab mengapa syurga bi bawah tapak si pemilik rahim.



 gambar di atas adalah salah satu risiko kepada ibu yang bersalin ceaser iaitu jangkitan pada tempat pembedahan...

dicopy dari facebook

Ya Allah..permudahkanlah proses mengandung sehinggalah proses bersalin kelak..AMEEN...




Friday, February 1, 2013

16 minggu baby dan mama

Wrote by



mama with 16 weeks baby dalam tummy


kerana terlalu jarang upload gambar sendiri sekarang dekat blog sendiri makan hari nih fa upload besar-besar...nak puas kan hati...nih salah satu sebab kebesaran badan yang berleluasa tak dapat dibendung tambah dekat perut tu...fuhh..membesar sakan...tu bukan berisi baby je...sekali dengan lemak yang tebal..tu la perut fa nih membesar cepat...


hari tu masa 3 month perut tak la besar sangat..siap tanya doktor..kenapa perut tak nampak..doktor kata sebab 1st baby..tup tup dalam beberapa minggu nih..cepat betul besar...memang jeans dah tak selesa pakai..sebab ketat dekat perut..kalau pakai tu duduk tu of course la kena buka buttons..kalau tak, tak bernafas la jawabnya...so lepas nih perlu borong palazzo pants dengan skirt...tu ja yang selesa sekarang...


allhamdulillah...baby today genap 16 weeks aka 4 bulan...kadang kalau fa duduk senyap mesti terasa something dalam perut macam gerak..tapi slow la..sebab baby tak besar and kuat lagi nak rasa betul-betul.. kadang rasa geli ja dalam perut..macam rasa ada butterfly berterbangan....apa la yang dibuatnya kan...heheh..geramnya dengan kamu baby..tak sabar tunggu lagi 5 bulan..lepas tu boleh la gomol-gomol kamu puas-puas...mama tunggu kamu ya baby...duduk dalam tu baik-baik ye...




info baby 16 minggu..

Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci.

Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya.

Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda. 
 
 


 
Copyright 2017 @ Fa Ismail | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com